Friday, June 25, 2010

cekodok labu

lagi kisah labu ye!

hehe agaknya selagi labu tu tak habis lagi selagi tu lah akan ada resepi labu ye?

ekeke..actually labu tu masih ada sebab dah tak tau nak masak apa dah…asyik asyik masak lemak labu je…

nak buat pumpkin rice, takde yang suka makan..then ingat nak buat pumpkin cake, terasa malas pulak nak mencari resepinya

so, sudahnya i buat cekodok labu pulak

resepi ni pun main hentam je macam nak buat cekodok pisang je sebab malas nak mengoogle resepinya

011

BAHAN BAHAN

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula castor

1 cawan air

1 tsp baking powder

1/2 tsp garam

labu di parut sebanyak mana yang anda suka

 

CARA CARA

di dalam bekas besar, masukkan semua bahan tadi dan gaul agar sebati

boleh di tambah lagi air kalau tak suka cekodok agak keras..(kami suka yang keras dan garing)

biarkan adunan selama 15 minit

panaskan minyak dan goreng seperti mana anda menggoreng cekodok pisang

hasilnya…hmmmm memang sedappppp :D

Sunday, June 20, 2010

masak lemak labu

 005

kali pertama masak lemak labu

itu pun sebab dapat free sebiji labu

kalau tak, memang takkan buat masak lemak labu ni lagi :D

tanya mak macam mana nak masak lemak ni tapikan rupanya mak pun tak pernah masak lemak labu tapi mak pernah makan la

so, mak suruh je masak macam masak lemak kobis tu

so, i pun main belasah je lah

bila dah siap…sedap bangat makan nasi dengan masak lemak labu, sambal belacan dan ikan goreng je :D

ini resepi yang i main belasah je ye!

 

 

bahan bahan

bahan yang di tumbuk

separuh ekor ikan kembung yang dah di bakar tawar ( boleh di ganti dengan ikan bilis ye!)

2 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

sedikit lada hitam (ikut suka kepedasan yang anda mahu )

semua ni di tumbuk ye!

 

seulas bawang besar di belah 4

satu cawan santan cair

1/4 cawan santan pekat

labu di potong kiub

garam secukup rasa

CARA CARA

masukkan semua bahan yang di tumbuk, bawang besar, santan cair dan labu di dalam periuk

masak di atas api sederhana sehingga mendidih (jangan lupa kacau ye!)

kemudian masukkan santan pekat dan garam secukup rasa

sentiasa kacau kuah tadi dan bila labu sudah empuk, sila tutup api

senang je kan resepi belasah i nih :D

anyway kalau ada cara lain nak memasak labu ni sila lah bagitau ye! sebabnya ada lagi sikit labu yang masih belum di masak :D

Sunday, June 6, 2010

no bake chilled cheesecake

 

 006

nasib baik buatkan cheesecake ni on thursday itu hari…bolehlah mengenyangkan perut i sebab the next day tu i demam and takde selera nak makan. segala benda yang makan tak sedap je tapi cake ni boleh plak i telan ye :-)

heeee sebab ada rasa masam masam cheese tu kot

anyway, i buat cake ni pun sebab kebetulan semua benda benda ada and lagi satu sebab ada banyak strawberries yang hasya petik itu hari..

okay, ni resepi dia ye!

no bake chilled cheesecake ni i amik from elisa taufik punya blog and elisa pulak amik from the fames nigella tu. anyway, suka tengok recepie elisa yg easy peasy itu. tapi la ni dia dah jarang post recepie. so, i cut and paste je lah ye...


Ingredients
10-12 Marie biscuits (Nigella used digestives)
2 tbsp soften butter/margerine
2 tbsp ground almonds, with 1/2 tbsp extra
300g pack of phildelphia cream cheese @room temp (i used 250gm)
1/2 cup icing sugar (more if you like your cheesecake sweet)
1 tsp vanilla essence
1 tbsp lemon juice (more if you like your cheesecake tart)
1 cup whipping cream or double cream of fresh cream
Fruit topping (I used strawberry )


Method
Brush sides of a round 6" spring form pan with butter, then sprinkle some ground almonds, shake to distribute evenly and remove excess.


In a food processor, ground biscuits then mix with 2tbsp butter and 2tbsp ground almonds, to form crumb like dough.

Press biscuit mixture on the bottom of spring form pan. Leave to chill in the fridge while you prepare filling.

In a bowl, mix well cream cheese, icing sugar, vanilla essence and lemon juice.
In another bowl, whip cream till soft peaks form (not stiff).
Fold cream into cheese mixture till well incorporated.
Pour filling into spring form pan.
Cover and chill for at least 2 hours.
To serve, run a knife on the sides of spring form pan before releasing the cheesecake.
Top with your favorite fruits

voila!!! sudah siap dan sedia untuk di makan :D

sorrylah ye sebab lupa plak nak buat elok elok tepi cake tu b4 amik gambor..heee tak sabar nak makan lah katakan :D

 

 

003

Wednesday, June 2, 2010

all time favorite chocolate cake

 

resepi ni my auntie yang bagi and rasanya dari dulu lagi tiap kali hari raya mesti ada chocolate cake ni at our houses

bukannya takde resepi yang lain tapi agaknya we all ni dah biasa makan yang ni so, itu yang asyik nak yang ni je kot :D

the other day masa mother’s day i buatkan cake ni for my friend’s mom sebab dia memang pernah makan cake ni and dia suka..and untuk miya’s wedding pun i buatkan cake ni jugak

so, here’s the recipe

BAHAN BAHAN

bahan A

1 cawan gula castor

1 cawan chocolate powder

1 caswan air

bahan B

1 1/2 cawan gula castor

250 gm butter

1 tbsp ovallete

6 biji telur

2 tsp essence vanilla

2 1/2 cawan self rising flour & 1/2 cawan susu segar

CARA CARA

masak bahan A hingga cair – ketepikan

then panaskan oven pada suhu 160 degree

dalam mixer, pukul gula,butter dan ovalette sehingga kembang

kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanilla

pukul lagi hingga sebati

kemudian masukkan tepung dan susu segar,mixed lagi sehingga fluffy dan akhir sekali masukkan coklat yang dah cair tadi

pukul hingga sebati dan masukkan ke dalam bekas dan bakar selama 45 minit

010

003

lupa nak amik gambar cake yg belum hias tu…sorrylah ye :)

anyway, untuk chocolate ganache tu i guna 250 gm cooking choc and 200 ml whipping cream

memula tu panaskan whip cream dgn cara double boiler biar hangat je and then masukkan cooking choc. kacau sehingga semua chocolate tu cair and if nak berkilat sikit, masukkan 1 tbsp butter dalam ganache ni…bila dah masak, sejukkan and then bolehlah hias kat atas cake tadi ye!

 

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails