Thursday, September 30, 2010

terung kicap

  027

terung lagi ye! hehe selagi tak habis terung terung tu kat rumah ni, selagi itulah akan ada cerita terung ye!

semalam i buatkan the simplest thing with terung ni…ya lah i sensorang yang nak makan kan! kalau i tak makan, alamatnya bususkla terung tu kan…haiii itu lah pasal, itu hari banyak tul i petik terung tu bawak balik sini ;-)

anyway, i’ve tried this recipe before. got it at little parlour and i ni memang suka anything with kicap and bawang and cili and limau nipis ni

so this recipe has become one of my feveret la..dah lah simple bangat, laaagi lah i suka tau!

okay ini resepinya

Bahan-bahan:
Terung
Bawang merah ( i guna bawang merah yang besar di hiris nipis)
Cili padi ( i guna cili padi and cili merah as long pedas)
Perahan limau nipis/kasturi
Kicap lemak manis (i guna kicap kipas udang yang manis tu)

sedikit minyak


Cara Cara
terung di belah 2 and setiap bahagian tu di belah 4 atau in my case i belah 2 je sebab terung i kecik je, jangan potong sampai habis ye! 
then goreng terung tadi dalam minyak sehingga layu

then angkat and toskan terung

then guna minyak yang sama,  goreng bawang dan cili sampai layu and berbau harum pedas pedas gitu ;-)

then angkat and tuang je atas terung tadi

pastu tuangkan kicap and perahlah limau nipis sebanyak mana anda suka ke atas terung dan bawang tadi

dah siap….

cuba lah…pasti terangakt babe!

kena pulak dengan nasi panas dan ikan goreng….hmmmm mak mentua lalu pun tak nampak tau!

033

028

saja nak tayang banyak skit gambor terung ni…ehehe..sebabnya terungku yang kecik cinonet tu dah kena selubung dengan cili and bawang hihi macam main hide and seek le pulak

Wednesday, September 29, 2010

popia simpul untuk cik lurpak

 

teringat janji pada cik lurpak nak taruk gambar on how i made my popia simpul

so, here it is ye!

some of the pictures tu tak clear sangat…camera tu shaking ke my hands yang shaking ke haper ke i pun tatau ;-)

anyway to cik lurpak, hope you understand what i was trying to say earlier :-)

- memula tu kena lah lembutkan popia sheets tu kejap before di potong ye! then tutup dengan towel basah so that dia tak cepat keras

 

038 039

042

045

i guna popia sheets yang besar, that’s why i potong 8 bahagian

048

belen popia sheets tu i tutup ngan towel yang basah so that the sheets tu tak cepat kering. kalau kering susah sikit nak simpul and boleh putus masa simpul, lagi satu, kalau kering nanti senang pulak isi perut tu terburai

051

i used serunding ikan sebab lagi halus mulus…boleh gak if u want to use serunding udang kering

057

 

 078

then fold/gulung the sheets into a thin cylinder

063

then pegang dua dua hujung ni

080

and ikat maca nak ikat shoe lace tu..

068

simpul kat tengah kat bahagian inti dia tu..i slalu taruk jari telunjuk kat lubang tengah tu, so senang lah nak masukkan hujung popia tu

073

then tarik both ends…jgn tarik kuat sangat kang terputus plak…gentle gentle ye :-)

074

dah siap…then boleh goreng dalam minyak yang panas but make sure api tu bior le kecik je…

081

bila dah nampak kuning tu boleh lah angkat ye! toskan and pastu simpan dalam balang kedap udara or in our case, terus masuk mulut si kecik tuh

027

pajeri terung

 

 

 004

 

kami berdua suka sangat makan pajeri terung tapikan seumur hidup i memang tak pernah masak pajeri terung ;-)

dunno why i never tried before hehe rasanya sebab terung ni bukan salah satu vege yang i akan slalu amik kot kalau ternampak kat pasar tu 

tapi yang peliknya tiap kali nampak pajeri terung kat kedai makan, musti kami berdua akan amik tau!

anyway since masa balik kampung itu hari i ternampak terung terung kat tepi rumah mak i berbuah dengan jayanya maka i pun dengan jayanya telah mengangkut buah terung yang dah masak tu bawak sini! owh tidak, i masih tahu malu lagi pada mak i, takde lah i angkut bawak balik pasu pasu terung tu ye, cukuplah sekadar mengambil beberapa biji terung sahaja….dalam kepala otak tu dah terbayang nak makan pajeri dah hihi..

so kan sebab seumur hidup tak pernah masak pajeri ni n i lupa plak nak tanya mak i camner nak masaknya maka apalagi, terus je lah i intai kat myresepi tu

so i found this recipe by nadia…thanks ye nadia…sedap pajeri ni di tekak dan memang kena pada selera kami ;-)

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 3 biji terung panjang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1btg kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
  • minyak untuk menumis
  • 3-4 biji lada hijau(optional)
  • 1/2 keping gula melaka
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  2. Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
  3. Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
  5. Kemudian masukkan terung, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
  6. Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.

 

001

Tuesday, September 28, 2010

easy peasy ayam goreng kunyit jerr :-)

 

buntu tak tau nak makan apa sebab dah muak betul dengan rendang ayam, ayam masak masak merah, kari ayam, satay ayam, ayam in kuah kacang and apa apa ayam lagi yang slalu menjelma time time musim raya nih

dah buntu tapi kena gak makan ayam sebab hanya ada ayam je dalam peti ais tu makanya terus ku goreng je macam ni :-)

 013

sedap weiii makan ini dengan nasi panas panas tu…di tambah lagi dengan adanya sambal belacan..hmmm bertambah tambah i n my other half makan tau!

haaa..i and my other half je makan macam ni…anak i tu tak makan nasi ngan lauk macam gini…hasya tu hari hari nak masak tumis air or sup air je…so sebab hasya tak makan, maka laaagi banyak lah mak pak hasya boleh balun ye ;-P

anyway, no need recipe for this coz i’m sure everybody knows how to do this kan…cumanya chicken ni i potong kecik kecik so that senang masuk seketul seketul dalam mulut….hehehe ini adalah cara orang malas nak cubit cubit ayam masa nak makan tu ye!

then i marinate jap chicken ni ngan bawang putih, garam and kunyit

then goreng je lah hingga hampir garing, pastu taruk je bawang besor and cili ijo tu…dah siap dah…nak cantik sikit, tarukla tomatoes and salad kat keliling pinggan…uishhh lauk yang tak menggoda pun jadi menggoda you :P

o oh lupa plak i suka makan cili ijo macam tu…sedap weiii tambah tambah lagi cili ijo tu mak i yang tanam and i cuma bawak balik je dari kampung itu hari …haish sronok tul bila balik kampung coz macam macam dapat ku hangkut bawak balik  :D

tomatoes and salad tu i beli je kat jj ye…idokler mak i tanam jugak menda alah tu ye! :D

 okay, selamat menjamu selera….

 

011

 

Monday, September 27, 2010

telur rebus bersambal

 

out of the blue kanak kanak kat rumah ni merengek rengek mintak nak makan telur rebus

malas nak dengar dia meraung dengan jayanya so i pun merebus lah 5 biji telur…sebabnya ada 5 biji je telur kat dapur tu and ingatkan bolehlah telur tu di makan dengan nasi lemak nanti..

tapikan elok je telur tu siap di rebus, segera kanak kanak itu makan sampai 3 biji hokkeh :-)

bila dah tinggal 2 biji lagi teruslah tak terasa nak wat makan ngan nasi lemak sebabnya dah tentulah kedua dua biji telur tu akan di serbu oleh kanak kanak itu lagi kan

so, i buat je lah sambal telur rebus ni :-)

001

heee 2 bijik pun 2 bijik lah kan..dapatlah sorang sebijik masa dinner tu :-)

hasya tak makan lauk pauk yang bersambal sambal ni…pedas katanya..sudahnya mak pak hasya lah yang makan

anyway, telur rebus bersambal ni je yang tekak i boleh terima sebabnya kalau telur rebus je memang tekak i takleh nak terima except bila di makan ngan nasi lemak..itu pun i amik sikit je buat syarat je hihi..selalunya bila dapat banyak telur rebus from kenduri tu, sure esoknya ke malam tu ke i akan buat sambal macam ni…takde lah membazir telur tu kan!

btw, here’s the recipe…i like it coz this is the simplest and easiest sambal to prepare ;-)

bahan bahan

2 biji telur di rebus dan di buang kulit

*1 ulas bawang putih – di blend

*5 ulas bawang merah atau seulas bawang merah yang besar – di blend

*6 tangkai cili kering di rendam dalam air panas – di blend

sedikit air untuk blend bawang dan cili kering

sedikit garam dan gula

3 tbsp minyak

cara cara

panaskan minyak dan goreng telur rebus tadi sehingga menjadi kekuningan dan menggerutu

angkat dan toskan

kemudian, guna minyak yang sama, tumiskan bahan yang telah di blend tadi sehingga pecah minyak dan agak pekat

then masukkan garam dan gula secukup rasa

akhir skali masukkan telur rebus tadi

gaul hingga rata dan matikan api

sudah siap….

 

003

i suka makan sambal ni dengan nasi putih atau pun dengan nasi lemak pun sodap :-)

Sunday, September 26, 2010

biskut dahlia

 017

masih dalam musim raya so, i buat sikit lagi kuih raya sebab kuih raya yang buat before raya itu hari dah habis lincin tinggal tupperware je :-)

heheh buat the easiest biscuits je pun tapikan walaupun resepinya very easy peasy gitu tapikan i rasakan after this i tak nak wat lagi lah biscuits ni gara gara i sungguhlah tak reti nak wat biscuits ni jadi bunga dahlia yang cantik itu

sudahnya herot petot je rupa biscuits ni :D

 

resepinya i guna je resepi yang sama macam i buat biscuits semprit extra long i tu cuma i tak taruk extra 1/2 cup of wheat flour

rasanya enak and gebu tapi sebab tangan kerasku ini susah tul nak buat bunga tu, makanya dah ku bye bye dah kat biscuits ni ye! cukuplah skali ku cuba tau!

okay, here’s the recipe

ingredients

300 gm butter 
150 gm icing sugar
2 egg yolk ( original was 2 1/2 egg yolk but i used 2 gred A egg yolk )
1 tsp vanilla essence
250 gm flour
100 gm corn flour
160 gm custard flour

 

method

  1. sift all dry ingredients together
  2. then in the mixer, beat the icing sugar and butter until fluffy
  3. then add the egg yolk and vanilla essence, continue beating until you get a creamy batter
  4. then add the dry ingredients (i used slow speed – speed 1)
  5. mix well and once all have bee mixed together, off the mixer and leave the batter for 10 minutes
  6. after 10 minutes, press using your desired shape and put a broken cherry on top and then bake in the oven for 17-20 minutes at temperature 175 degree

023

p/s:  jenuh cari rupa biscuits yang ok sikit rupanya semata mata nak amik gambor punya pasal ;- )

Saturday, September 25, 2010

bubur jagung

 

 

007

 

jagung ni my mom yang bagi masa balik kampung itu hari

asalnya my mom tanam pokok jagung ni kat kebun tapikan baru je pokok jagung ni nak berbuah, mulalah hujan ribut turun so, banyak jugaklah pokok jagung tu jatuh patah riuk sebab kena hujan ribut kan..sikit je pokok yang terselamat so dapatlah beberapa ketul jagung and untuk hasya ada  la 4 ketul je pun yang berjaya my mom simpankan

ingat nak buatkan masa kat kampung itu hari tapi sebab tak sempat, so i bawak balik je jagung tu and baru sempat buatkan bubur jagung ni

hmmm apa lagi, suka bangatlah kanak kanak ini :-)

okay, this is how i made hasya’s feveret bubur jagung

bahan bahan

4 ketul jagung di hiris nipis nipis – di cuci dan di rebus dengan sedikit air

1 cawan santan pekat

2 cawan santan cair

1-2 keping gula melaka

sedikit gula ( kalau ingin lebih manis) – i cuma guna gula melaka je

sedikit garam

sebiji telur

beberapa helai daun pandan

cara cara

rebus jagung yang di hiris tadi sehingga lembut

bila air rebusan hampir kering masukkan santan cair, gula melaka, daun pandan

kacau sekejap sekejap sehingga mendidih

then masukkan santan pekat, kacau lagi dan masukkan garam serta pecahkan telur tadi ke dalam kuah

biarkan seketika hingga mendidih dan kacau sekejap

kemudian tutup api

siap….

hasya paling suka makan bubur jagung bila dah di sejukkan dalam peti sejuk..hmmm yummy kata hasya ;-)

008

btw, i pakai gula melaka yang macam ni…that’s why i guna sekeping sekeping :-)

 

 

Friday, September 24, 2010

popia goreng extra taugeh

 

huh, memang ponuh dengan taugeh lah popia ni :-)

nampak kan…satu pinggan penuh dengan taugeh tu?

017

ini gara gara, my other half beli taugeh dengan jayanya itu hari…dia ingat ramai bebenor orang yang suka makan taugeh kat our house ni kot.

kesian pulak tengok taugeh ni dok berendam lama lama dalam peti ais tu, maka i pun pi lah beli kulit popia tu…boleh gak jadikan inti popia ye!

023

then, terlebih rajin sikit sebab tekak teringin nak  sangat sangat makan popia simpul ni, maka sempat jugakla i menyimpul beberapa helai kulit popia tu menjadi popia simpul ni :-)

yang ni takdak resepi ye sebab i guna serunding ikan yang di import dari kampung yang mak i beli kat pasar siti khadijah…nak merasa serunding ikan, serunding daging yang sedap, sila lah ke pasar siti khadijah ye! macam macam serunding yang seap sedap ada kat situ :-)

024

eh, sebelum lupa this is how i made my inti popia yang penuh taugeh tu

bahan bahan

2 ulas bawang merah – di tumbuk atau di blend

1 ulas bawang putih – di tumbuk atau di blend

sedikit ayam atau udang di potong kecik kecik ( i suka taruk udang)

carrot di hiris halus atau di grated

sebiji kentang di grated

taugeh sebanyak mana yang suka

sedikit blackpepper yang dah di tumbuk atau i pakai je yang course blackpepper

sedikit garam

2 tbsp olive oil untuk menumis

 

Cara cara

tumis bawang putih dan bawang merah, then masukkan ayam atau udang

biarkan sekejap

then masukkan kentang serta carrot dan taugeh

perasakan dengan garam dan blackpepper

biar sekejap

tutup api

 

bila inti dah sejuk boleh lah di masukkan ke dalam kulit popia dan lipat popia ikut sesuka hati anda :-)

then boleh lah di goreng untuk di makan or kalau dah buat banyak, bolehlah simpan dalam freezer dulu untuk bebila masa anda nak makan nanti

Thursday, September 23, 2010

bee hoon sup

 

 

017

bee hoon sup ni asalnya untuk hasya and i je sebab my other half tu agak kurang suka makan bee hoon yang berkuah kuah macam ni tapi sebab i buatkan jugak bergedil, ketidak sukaan my other half tu telah bertukar menjadi kesukaan ler pulak ;-)

lagipun bergedil tu memang ada belen yang i buat weekend hari tu, i dah sumbat dalam freezer and tinggal nak gentel kecik kecik cinonet and goreng je lah..hee senang je kan kejer i :-)

anyway, kena lah creative sikit kan kalau nak suh sang suami makan masakan kita..…resepi bergedil dah taruk kat sini and here’s my own version of bee hoon sup punya resepi je…bee hoon sup ni pun i main campak campak je segala apa veges yang i jumpa dalam peti ais tu..

 

 

011

bahan bahan

bee hoon di celur dengan air panas dan di toskan

Bahan Bahan Untuk Kuah
3 - 4 ketul ayam, di potong kecil, cuci bersih dan toskan
1 bunjut sup adabi
1/2 kiub pati ayam maggi
2 tbs olive oil untuk menumis
air (ikut suka sebanyak mana )
garam secukup rasa
3 ulas bawang merah kecil (di mayang nipis nipis)
2 biji bawang putih ( di ketuk)

6 biji fish ball di cuci dan di toskan

sayur sawi, carrot dan cauliflower dan apa apa sayur yang anda suka

 

Cara cara

1.guna api sederhana, masukkan olive oil ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah dan  bawang pituh, tumis hingga harum,

2. kemudian masukkan ayam dan goreng sekejap

3. then masukkan air, sup bunjut  serta kiub pati ayam maggi. kacau sedikit.

4.Kemudian masukkan fishball dan sayur sayuran.

5. renehkan sup sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa. dah siap…

 

Bila nak makan, tuangkan kuah sup ke atas bee hoon yanh telah di celur tadi dan hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. we all suka makan dengan bergedil dan cili kicap…hehe ala ala makan bee hoon soto le pulak ye!

anyway, happy trying and this is one of the easiest thing to prepare bila ada tamu datang secara mengejut di musim raya ni :-)

Tuesday, September 21, 2010

chocolate brownie

009

made this over the weekend itu hari

ada tetamu datang and buat je lah the simplest thing yang i can find in my kitchen tu hehe..kan baru balik dari kampung, banyak menda dah habis.

made chicken rice and mee soto for them and brownies ni kira macam tambahan pada kuih raya yang dah tak berapa nak ada tuh

anyway, resepi asal brownies ni from the famos chef wan tu tapi i taruk almond flakes je instead of hazelnut sebab itu je lah nuts yang ada kat rumah i ni

003

anyway, here’s the recipe

Bahan bahan

150g unsalted butter

340g coklat separa manis di cincang, ( i used 200g cooking choc and yang selebihnya guna choc chips je sebab cooking choc dah habis)

1 cawan gula castor ( i used 3/4 cup je)

2 biji telur, di pukul

1 tbsp esen vanilla

1/2 cawan tepung gandum serbaguna

1/2 cawan walnut di cincang ( i used almond flakes je)

1/2 tsp garam

Cara cara

cairkan butter dan coklat sehingga tidak berbintil

sejukkan sedikit

then, masukkan gula, telur dan esen vanilla. pukul hingga sebati

then masukkan tepung, nuts dan garam

kaup dan balikkan sehingga sebati

tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas pembakar dan bakar pada suhu 175 C selama 25 hingga 30 minit.

bila dah siap, bolehlah di potong dan di masukkan ke dalam paper cup atau dalam balang :-)

happy trying…

Tuesday, September 7, 2010

daging kicap blackpepper penutup ramadhan

 

003

salam aidilfitri untuk semua dan ampun maaf di pinta andai ada silap dan salah zarin pada anda semua.

mesti ramai yang dah balik kampung kan!

as for us, esok after zohor kami akan berangkat ke kemaman

this year beraya kat rumah mak mentua’

second day raya baru bertolak balik pasir mas

so hari ni masak yang simple je and sebab nak menghabiskan segala bekalan dalam peti ais tu so terjadi lah daging kicap blackpepper ni

 

bahan bahan

250 gm daging

seulas bawang putih

seluas bawang merah yang besar ( i tk guna bawang merah yg kecik2 tu)

sebiji kentang di potong 8

1 tbsp lada hitam

3 tbsp kicap

1 1/2 cawan air

garam secukup rasa

 

Cara cara

hiris daging nipis nipis dan cuci serta toskan..

tumbuk lada hitam, bawang putih, dan bawang merah

kemudian panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi

kemudian masukkan daging dan kentang

masukkan air 1 cawan

tutup kuali dengan tudung periuk

biarkan selama 15 minit atau sehingga kentang dan daging empuk

kemudian angkat tudung periuk dan masukkan garam dan kalau ingin berkuah, boleh masukkan lebihan air tadi, biarkan mendidih dan tutup api

siap

011

Sunday, September 5, 2010

honey honey cornflakes

 

012

siapa tak suka honey cornflakes kan!

tak kira lah kanak kanak, mak kanak kanak, bapak kanak kanak datuk dan nenek kanak kanak pun suka makan honey cornflakes ni :)

nasib baik nak membuatnya senang sangat so kan rasanya almost every year honey cornflakes akan ada waktu hari raya…

haaa kalau takde tu maknanya kanak kanak dan mak pak datuk nenek dah habiskan before raya lah tu :-)

okay, this is how i make my honey cornflakes…ehehe though i know everybody knows how to make honey cornflakes but i letak aje lah recipe dia kan, mana lah tau kot kot i kelupaan ke nanti :-)

bahan bahan

5 tbsp honey (kalau nak lagi sedap dan lemak berkrim pakailah honey yang mahal, i slalu pakai madu khaula yang i minum tu…)

100 gm castor sugar

150 gm butter

250- 260 gm cornflakes

colourful beads for decoration

cara cara

masukkan honey, sugar and butter ke dalam pan dan panaskan sehingga cair

then di dalam bekas besar, masukkan cornflakes dan tuangkan bahan yang telah di panaskan tadi ke atas cornflakes dan gaul rata

then sudukan ke dalam paper cup dan tabur colourful beads on top of the cornflakes

bakar dalam oven pada suhu 175 C selama 10 minit

sudah siap and then bila dah sejuk boleh di makan dan kalau tak habis bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara :-)

011

Friday, September 3, 2010

puding putih telur berkuah

 

008

 

tak tau nak taruk nama apa :-)

eh, actually lupa la apa dorang panggil puding ni so i main hentam taruk nama sendiri je lah

buat ni pun sebab ada lebihan putih telur itu hari

teringat mak mentua pernah ajar camner nak buat puding ni, so i pun buat je lah

okay ini resepinya

Bahan untuk agar agar putih telur
6 biji putih telur 
3 cawan air
3 tbsp gula (kalau nak lagi manis, sila tambah gula ye! )  agar agar tali ( i guna separuh saja)

sedikit pewarna merah atau ros essence


Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali putih telur. Masak atas api sederhana sehingga agar agar dan gula sebati, tutup api

then dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga gebu dan kental (bila terbalikkan bekas tu, putih telur tu tak jatuh ye!)

then bila putih telur dah kental, masukkan agar agar tadi sedikit demi sedikit ke dalam putih telur tadi dan kacau biar agar agar sebati dengan putih telur tadi sehingga habis agar agar tadi ye!

then masukkan dalam bekas atau loyang untuk sejukkan

boleh juga di sejukkan dalam peti ais

 

Bahan untuk kuah

1 tin susu cair
2 tin air 
2 camca besar tepung kastad
1 tin buah buahan campuran (fruit cocktail)

Gula secukupnya

Cara Cara 
Campur semua bahan dan masak atas api sehingga mendidih.

tutup api dan sejukkan. boleh juga di sejukkan di dalam peti ais

apabila hendak makan, potong agar agar putih telur tadi dan masukkan dalam bekas yang sesuai dan tuangkan kuah tadi ke atasnya



** make sure tiup tiup sikit agar2 tu sebelum di campur dengan putih telur ye sebab takut kalau agar2 yang panas boleh buatkan putih telur tu jadi berketul ketul n tak nampak gebu macam tembikai ni :)

006

Thursday, September 2, 2010

hasya’s favorite semprit

 

biskut ni kesukaan hasya sangat sangat :)

i cuba buat biskut ni pun sebab hasya yang mintakkan

nak biskut yang panjang panjang kata dia

haaaa memang panjang sungguh rupanya :D

014

itu rupa dia before i baked :-)

okay ini resepinya. i amik resepi ni from my aunty 3 years ago

ingredients

 
300 gm butter 
150 gm icing sugar
2 egg yolk ( original was 2 1/2 egg yolk but i used 2 gred A egg yolk )
1 tsp vanilla essence
250 gm flour
100 gm corn flour
160 gm custard flour

**extra 1/4 cup of flour


method

  1. sift all dry ingredients together
  2. then in the mixer, beat the icing sugar and butter until fluffy
  3. then add the egg yolk and vanilla essence, continue beating until you get a creamy batter
  4. then add the dry ingredients (used slow speed – speed 1)
  5. mix well and once all have bee mixed together, off the mixer and leave the batter for 10 minutes ( kalau adunan masih lembik, sila tambah flour dari yang extra 1/4 cup tadi..tambah flour sedikit sedikit sehingga mendapat adunan yang lembut dan senang di tekan di dalam acuan semprit..)
  6. press using your desired shape and bake in the oven for 17-20 minutes at temperature 175 degree

004

dan inilah rupa semprit yang dah di bakar…hehe itu i cari yang paling pendek tuh :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails