waktu jenjalan kat pasar siti khadijah kota bharu itu hari, the other half beria nak beli lempuk durian
then, i kata “kat rumah mak kan dah ada, no need to buy arrr”
pastu dia tanya i balik “sure ke kat rumah mak ada?”
i jawab “errr alamak, tak sure arrr” oklah, beli je lah” (apa daaa minah tu, beria ckp ada tp tak sure plak :-P )
then dia beli la seketul. balik rumah mak, memang ada pun lempuk yang mak dah buat itu hari
sebab dah ada, maka mak bagi lah we all bawak balik sini sikit lempuk yang mak buat tu..errr kat rumah mak pun takde siapa nak makan pun..…lagi satu kesian orang tu takut karang kempunan nak makan lempuk durian yang mak buat pulakkan
bila dah makan both lempuks tu, memang lerr yang di beli aaaamat manis rasanya, lempuk yang mak buat jugak jadi pujaaan
owh! NO! NO! i tak makan lempuk ye! the other half je yang makan
sebab lempuk yg di beli tu manis amat, so teringat sidia ni pernah buat kuih guna lempuk. maka di godek godek dapur dia ni and jadilah seri muka durian ni :-)
originately this recipe datang dari sini ye! bila tengok both of them punya seri muka, cantik aje rupanya tapi bila tengok my serimuka…hadoiii banyaknya lobang lobang tuh…apasal jadi macam tu pong i tatau..tapi i tau rasa seri muka ni sungguh lajat tau! even the other half pun agree with me ;-)
here’s the recipe
Bahan-bahan
Lapisan BawahCara-cara
- 250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
- 1/2 sk garam
- 170ml santan cair
- Daun pandan simpul
- 1/2sk gula
- Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (saya guna loyang biasa yg boleh di keluarkan bahagian bawah dia dan alas loyang tu dengan plastic wrap)
Bahan-bahan
Lapisan AtasCara-cara
- 150g isi durian (saya guna lempok durian)
- 125g gula (saya kurangkan kepada 65gm sahaja sbb lempok tu aaaaamat manis)
- 3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
- 35g tepung gandum
- 10g tepung jagung
- 375ml santan pekat (hana guna (saya pun sama) 200ml santan pekat + 175ml air (air ni saya blend dgn isi lempuk))
- secubit garam
- Sedikit pewarna kuning
- Blend isi durian (saya blendkan lempok dengan air )dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
- Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
- Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih (kalau masih berketul, then blend lagi skali).Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
- Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
- Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.
source: bisousatoi and hanamemories