Monday, October 31, 2011

Orange n Raisin Scones

 

  IMG_9672-1

sedari minggu lepas asyik terbayang nak makan scone tapi tak makan makan sebabnya punya lah malas nak keluar. bukannya takde orang nak temankan tapi diri sendiri yang malas nak keluar.

dah lah malas nak keluar, pastu nak membuat sendiri scones tu pun malas jugak

semua malas padanlah muka kan! drool aje lah !

IMG_9687-1

then out of the blue, puan ini pulak tayang her scones! huh! double triple drooling mak tau!

tak buleh tahan, tadi pagi buat jugak scones..ehehe kiranya kali pertama mencuba buat sendirik scone kat rumah…yahooo! berjaya buat and berjaya memakannya..iyaaa saya makan dengan jayanya ye! habih dah kedroolan saya itu heheh :D 

 

 

IMG_9701-1

okay, here’s the recipe

amik kat buku 500 cakes and bakes

Bahan bahan

2 1/2 cwn tepung gandum

1 1/2 tbsp baking powder (saya punya bp habis, dpt sebanyak 1 1/2 tsp saja)

1/4 cwn gula castor

130 gm salted butter- potong kecik (nk guna unsalted butter pun boleh tp kena add 1/2 tsp garam ye)

1 biji orange – cuma ambil parutan kulitnya

1/2 cwn raisin

1/2 cwn buttermilk – (saya guna 1/2 cawan low fat milk campur 1/2 tbsp apple cider vinegar – biar selama 10 minit)

dan sedikit susu untuk glaze nanti

 

Cara Cara

Panaskan oven pada suhu 220 C.

Dalam bekas besar, campurkan gandum, baking powder, gula dan butter.

perlahan lahan gaulkan bahan tadi dengan jari sehingga menjadi seperti bread crumbs (berketul ketul halus tu)

masukkan parutan kulit oren tadi dan raisin

then slowly masukkan buttermilk tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan bread crumbs tadi.

guna spatula atau tangan dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut

taburkan papan menggiling dengan sedikit gandum dan roll kan doh tadi sehingga bulat. terapkan dengan penerap bulat atau boleh bentukkan dengan tangan sahaja

letakkan di pan yang telah di alas dengan baking paper dan sapukan/brushkan bahagian atas scones tadi dengan susu atau lebihan buttermilk tadi

bakar selama 15 minit. (buku tu cakap 15 minit) tapi tak tau kenapa my oven sungguh lembap nak panas tadi, so i bakar selama 25 minit. jadi pandai pandai lah ikut oven memasing ye!

nak tahu dah masak ke belum, scones tu tukar jadi golden brown and kalu masuk tooth pick, tak melekat tu dah masak la tu :D

Siap!

 

IMG_9686-1

sedap di makan dengan jam and butter dan secawan teh…hmmmm drool lagi hikhik

Friday, October 28, 2011

kish kish kish

 

 

IMG_9539-1

rindu nak makan quiche ;-)

bila rindu kenalah makan kan!

lama tak buat quiche sebab hanya my mouth and tummy saja yang suka makan. orang lain tak suka sangat. well, i don’t really mind coz it means more portion for me ahaks :DD

sebab terjumpa frozen pastry lebihan buat banoffe pie a couple of weeks ago, segeralah di jadikan quiche kan! erkk nak buat pastry from scracth for me aje agak tidak rajin. jadi bila dah ada frozen pastry tu cepat ajelah menjadi my quiche ni

IMG_9528-1

okay, here is the recipe.  semuanya main guna apa yang ada kat rumah aje

 Bahan bahan

for the pie crust

300g gandum
150g unsalted butter – potong kecik
5 Tbsp gula
2 kuning telur
3 Tbsp air sejuk

CARA CARA

Campurkan gandum, butter dan gula di dalam food processor atau mixer dan gaulkan hingga bercampur rata

Masukkan kuning telur dan sambung proses menggaul tadi sehingga menjadi seperti serbuk (crumbs)

masukkan air sedikit demi sedikit sehingga serbuk tadi bersatu menjadi doh yang cantik dan sesuai untuk pastri (tekan dengan jari, bila pastri tu tak berderai maknanya dah cantiklah pastri tu)

letakkan doh pastri tadi di atas board dan bentukkan menjadi bulat seperti bola. cling wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.

kemudian, guna rolling pin, roll kan doh pastri tadi menjadi leper dan masukkan ke dalam tart tin ( saya guna loose bottom tart tin size 9”)

cucuk cucuk bahagian bawah (base) pastri tadi dengan garfu dan masukkan ke dalam freezer selama 30 minit.

panaskan oven pada suhu 180C dan alaskan dengan baking paper dan beans di dalam bekas pie berisi doh pastri tadi (beans tu nak suh berat aje).  bakar selama 15 minit atau sehingga pastri tadi menjadi golden brown

alihkan baking paper berisi beans tadi dan sambung bakar selama lebih kurang 5 minit lagi.

then boleh masukkan fillings dan sambung proses pembakaran selama 35-40 minit atau sehingga masak ;-)

IMG_9513-1

       For the Fillings:- 

1 tin button mushrooms – potong dadu or suka hati lah ye!

1 dada ayam – potong dadu

1 biji bawang besar – potong dadu

2 biji bawang putih

3 biji telur

1 cawan resh cream or heavy cream

garam dan pepper secukup rasa

shredded cheddar cheese – i guna dlm sejemput aje (hujung jari)

3 tbsp olive oil

 

Cara Cara

Panaskan olive oil dan tumiskan bawang sehingga wangi

masukkan mushroom dan kacau sehingga mushroom agak garing (kering air)

then masukkan ayam – kacau sehingga ayam masak

tutup api

dalam bekas lain, campurkan telur dengan fresh cream tadi, serta perasakan dengan garam dan pepper secukup rasa

then masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam egg and cream mixture

gaul agar sebati and then tuangkan ke dalam bekas pastri tadi

taburkan dengan cheddar cheese

dan bakar dalam preheated oven suhu 180 C selama 35-40 minit

 

IMG_9538-1

Monday, October 24, 2011

cheesy cheesy cheese ;-))

IMG_9475-1 

 

nachos/cachos with cheese and jalapeno… hmmm heaven babe!

i tell u, this is one of my favourite snack!

as for hubster, dia lagi prefer nachos with salsa sauce. i pun suka jugak salsa sauce tapikan i laaagi suka dengan cheese sauce ni..hmmmm nak yg ada cheese aje! pastu bila demuk bising aje kan!

dulu buleh makan sensorang tapi now ni kena berebut ngan hasya plak..uishh jadinya makin sikitlah portion untuk i makan hahaha tamak haloba sungguh kan!

anyway, on the other hand, bagus jugak berebut ngan hasya sebab portion kecik, kuranglah kedemukkan i kan ;-)

IMG_9473-1

hokkay this is how i made my cheese nachos

bahan bahan

1/2 paket cachos/nachos – i slalu beli yang original flavor jek!

1 tbsp butter

1 tbsp gandum

3/4 cawan dutch lady low fat milk

1 cawan grated cheddar cheese

1 biji jalapeno – hiris nipis

 

Cara cara

panaskan oven pada suhu 175C

masukkan nachos ke dalam pinggan dan bakar di dalam oven selama 10 minit

in the mean time cairkan butter di dalam pan dan masukkan gandum, kacau sekejap – nampak gandum dah mixed dengan butter

then masukkan susu

biar susu menggelegak then masukkan grated cheddar cheese tadi

kacau hingga cheese dah melt and agak2 mendapat kepekatan yang di ingini, tutup api

keluarkan nachos dari oven dan taburkan jalapeno

kemudian tuangkan cheese sauce tadi ke atas nachos

siap!

** if tk nak tuangkan cheese sauce kat atas nachos pun takpe, boleh aje di letak dalam bekas asing dan cicah aje

IMG_9471-1

Wednesday, October 19, 2011

kepingin udang masak lemak dengan nenas

 

masak ini on saturday itu hari

IMG_9480-1

tak tahan kepingin sangat sangat

sebenarnya baru tahu kewujudan masak lemak udang dengan nenas ni masa potluck itu hari

masa tu meen yang masak, bila dah makan tu i terus jatuh hati pada masak lemak ni..hmmm cakap ajelah awak tu memang suka makan udang and suka makan nenas ;-))

anyway, kepingin punya pasal, harus ku txt meen semata mata nak tahu cemana nak membuatnya..

ini resepinya, i main ingat ingat jek apa meen cakap itu hari.

 

bahan bahan

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
4 biji cili merah
3 biji cili padi (optional)
sedikit belacan
2 biji buah keras
sedikit hirisan nipis lengkuas

200 ml santan (i guna santan paket ayam brand – satu kotak 200ml kan!)

200 ml air (i isikan air dlm kotak santan tu jugak, nak lagi pekat, kurangkan air, nk kuah cair tambah lg air)

1/2 biji nenas – potong potong

15 ekor udang – cuci dan toskan

1 keping asam gelugor

1 helai daun kunyit – hiris nipis

2 batang serai - diketuk

garam dan gula secukup rasa

 

Cara Cara

tunbuk atau blend kering bawang merah, bawang putih, kunyit, buah keras, cili padi, cili merah dan belacan

then masukkan ke dalam periuk beserta dengan nenas dan serai

panaskan periuk dan biar nenas dan bahan tumbuk tadi sekejap di atas dapur

then masukkan santan, air, asam gelugor dan daun kunyit

kacau sekejap sekejap dan biarkan hingga mendidih

then masukkan udang, garam dan gula secukup rasa

biar hingga udang masak.

dah siap!

IMG_9490-1

sangat sedap bila makan masak lemak udang ni dengan ayam goreng dan sambal belachan. bertambah tambah makan nasi hokkay!

anyway, to my lovely friend meenyusuf, thanks a bunch for sharing this wonderful recipe. i love it so much and guess what? this recipe is definitely a keeper babe!

Monday, October 17, 2011

nasi minyak carotina dan kurma ayam

 

Huh, panjang berjela tajuknya :D

IMG_9239-1

buatnya many many many moons back ;-)

lama kan peram!

baru update sebab baru terjumpa dalam folder ;-)

nasi minyak pesen ni slalu di buat bila nak cepat ;-)

thanks to along/linda sebab bagi idea nasi minyak macam gini. hubster suka..hasya pun suka…

saya?

saya pun suka jugak sebab senang sangat nak membuatnya hikhik nak yang senang senang aje kan!

IMG_9234-1

Bahan bahan:

  • 2 cawan beras – (cuci dan toskan) i guna beras jasmine biasa ajek
  • 1 biji bawang merah size besar ~ dimayang nipis – nak blend pun ok gak
  • 3 ulas bawang putih ~ di mayang nipis  - nak blend pun ok gak
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • beberapa helai daun sup
  • garam
  • air secukupnya (i guna 2 1/2 cawan air)
  • 3 tbsp minyak carotina

Cara Cara:

  1. Panaskan minyak carotina
  2. masukkan bawang merah dan bawang putih.
  3. tumis hingga bawang layu dan wangi, masukkan kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
  4. Masukkan air, biar hingga mendidih
  5. Masukkan beras dan garam.
  6. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak macam biasa sehingga nasi masak 
  7. Bila nasi dah masak, masukkan daun sup. tutup periuk agar bau daun tu mesra dengan nasi tadi (tak payah taruk pewarna sebab minyak carotina kan dah ada warna )

IMG_9238-1

Bahan Bahan

8 ketul ayam – di cuci dan di toskan
2 biji kentang di belah 4
1 paket kecil rempah kurma adabi  
1 1/2 cawan santan pekat (nak lagi pekat tambahlah santan pekat ye!)

2 cawan cair  (nak kuah banyak, tambahlah air lagi ye!) 

2 ulas bawang putih – mayang halus

6 ulas bawang merah – mayang halus

1/2 inci halia – mayang halus

1 biiji bawang merah besar yg telah di belah 4
garam secukup rasa

1/2 cawan minyak

Cara Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di mayang tadi sehingga wangi.

Then, masukkan rempah kurma yang telah di campur sedikit air sehingga menjadi paste. kacau sehingga naik bau

Masukkan ayam dan kacau sehingga paste tadi telah mesra dan menyelimuti ayam tadi.

Kemudian masukkan santan, kentang dan bawang merah yg di belah 4.

Guna api kecil dan biarkan sehingga kuah gulai mendidih. Masukkan garam secukup rasa. kacau sekejap sekejap sehingga ayam dan kentang empuk. siap!

Friday, October 14, 2011

just mac n cheese for her

 

 

 IMG_9447-1

one of her favorite!

dua hari dua malam makan menda alah ni pun takpe…hahaha ini kes dera anak ni kan! dua hari dua malam bagi anak makan benda sama jek ye!

actually bukan dia ajek yang sukak mac n cheese ni. mak pak dia pun sukak jugak tapi mak pak dia takleh la makan menda yang sama jek dua hari dua malam tu… demok debab jadiknya mak pak dia babe!

 IMG_9445-1

anyway here is the recipe!

Bahan bahan

6 genggam macaroni – rebus hingga lembut - toskan
4 tbsp butter
2 tbsp gandum
1/2  tsp garam 
sedikit ground pepper – i taruk sikit jek, kanak2 tu tak makan pedas 
1 1/2 cawan susu (i guna low fat milk)
shredded cheddar cheese -  1 – 1/2 cawan kot..tak ingat la pulak..anyaway, nak banyak cheese, taruk banyak lagi..i kurangkan amount cheese sbb ada org takut demok hahaha

Cara Cara

Panaskan butter dalam saucepan and then masukkan gandum, garam dan pepper. Then masukkan susu, kacau hingga pekat sikit and menggelegak lah

then, alihkan dari dapur dan gaulkan dengan macaroni dan cheddar cheese tadi. masukkan ke dalam bekas casserole dan tutup bekas casserole tadi dengan aluminium foil

bakar pada suhu 180C selama 20 minit.

Wednesday, October 12, 2011

banana bread butter pudding

 

IMG_9428-1

banana and bread…hmmmm i just love their combination ;-)

paling suka makan peanut butter with banana and toast bread..hadoiii itu adalah salah satu menu untuk lunch saya ye!

saya jarang masak untuk lunch. just makan apa yang ada aje..slalunya makan leftover dinner the nite before. itu kalau ada leftover, kalau takde leftover, cukuplah dengan fruits and yogurt or bread and peanut butter aje…haiii terukkan! memang kemalasan tahap gaban nak kelentung kelentang kat dapur semata mata untuk saya makan sorang ajek. kiranya dapur kat rumah tu hanya berbunyi kelentung kelentang bila nak malam ajek kot!

anyway, i made this wonderful banana bread butter pudding for my late lunch or should i say luntea sebabnya buat bbbp ni waktu tea time ;-)

IMG_9425-1

inspired by jamie oliver punya recipe tapi saya adjust sikit mengikut apa yang ada dalam dapur tu

bahan bahan

6 keping roti gardenia – potng serong dan leperkan dengan sudu or whatever lah ye!

softed butter (untuk sapu pada roti dan bekas)

2 biji telur

1/4 cawan fresh cream

1/4 cawan susu segar atau susu cair

1/4 cawan gula castor (ikut kemanisan masing2 ye)

1 tsp vanilla essence

4 -5 biji pisang emas (suka hati nak pisang banyak mana ye! kat rumah ada 5 bijik je)

roasted almond (nak ganti ngan any types of nuts or raisin pun ok jugak)

icing sugar for dusting

Cara Cara

sapukan butter pada setiap keping roti dan keliling bekas

dalam bekas lain, pukul telur dengan gula kastor sehingga gula hancur

then masukkan fresh cream, vanilla essence dan susu cair

kacau rata

kemudian celupkan sekeping roti ke dalam adunan telur dan susu tadi

susun roti di dalam bekas bakar agar menutupi bahagian bawah dan tepi bekas

then susun pisang yang dah di potong serta taburkan almond

then susun lagi roti sehingga habis

tuangkan lebihan adunan susu dan telur tadi ke dalam bekas berisi roti dan bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 180C

2011-05-267

dah siap, taburkan icing sugar dan boleh di hidangkan begitu sahaja! sedap dan lajat di makan masa puding ni masih warm!

 

Monday, October 10, 2011

sambal mangga muda

 

olla peeps!

it’s monday oredi kan! how are u today? ada monday blues kaa? hikhik what a question to ask kan?

anyway, i’d like to share the sambal mangga yang my mak slalu buat masa i kecik kecik dulu…

IMG_9389

kenapa mak slalu buat masa i kecik dulu? iya lah kan, masa kecik dulu kan dok kat rumah ngan mak, dah besar ni dah tak dok ngan mak lagi dah..bila balik kampung sesekali tu panjang sangat list yang nak makan sampai asyik lupa jek nak mintak mak buat kan sambal mangga ngan ikan nih

IMG_9388

i love this sambal so much! nak nak lagi kalau cili api tu pedas berapi punya hahhaha..sambil makan sambil kesat hidung berair..pastu tak sedar dah hampir 2 pinggan makan nasik ;-)

anyway, this is what you need in order to make this sambal mangga or sambal pauh

IMG_9384

Bahan bahan

1 ekor ikan kembong – di cuci dan di bakar/panggang (tk payah taruk garam kunyit ye! bakar/ panggang mcm tu jek)

1 biji mangga muda – di cuci dan di racik halus

10 biji cili api – di cuci

sedikit garam

lesung batu ye ;-)

IMG_9387

Cara cara

asingkan isi ikan dari tulang

tumbuk isi ikan tadi dengan cili api sehingga cili hancur

then masukkan garam, gaul rata

masukkan mangga yang dah di racik dan tumbuk lagi biar mesra

siap!

 IMG_9391

Wednesday, October 5, 2011

masak lemak putih kacang panjang

 

huh, masak lemak yang paling senang di dunia ni kan!

IMG_9379

tak payah susah susah nak tumbuk apa, just campak campak everything in the periuk and then on kan gas stove..tup tup dah siap dah

senang hati i bila si anak dara mula pandai makan nasi with masak lemak putih ni. iyya anak dara saya tu baru pandai makan nasi ngan kuah. all this while kan si anak dara ni suuusah sangat nak makan nasi..kalau nampak nasi tu mula lah no no no datang. sejak kena lunch kat kindie, dia terpaksa makan nasi tapi balik rumah terus mintak noodles for dinner. tak leh masuk dah nasi for dinner

of late ni je dia slalu sebut yg dia suka makan nasi ngan kuah lemak putih. padahal mak dia slalu jugak buat lemak putih ni tp tk pernah nak makan.tup tup bila cikgu buat, dia makan ngan jayanya

so atas permintaan si anak dara, maka terhasillah masak lemak putih kacang panjang nih..kenapa kacang panjang? hahaha sebabnya hanya kacang panjang ajek yg ada kat rumah :D

 

bahan bahan

6 batang kacang panjang – potong pendek, cuci and toskan

sebiji bawang merah besar (belah 4)

sebiji cili merah (potong serong)

1 ekor ikan sardin - (patutnya di rebus dulu but i was so lazy, i asingkan isi ikan dengan tulang then tumbuk isi ikan sardin tadi, pastu buat bulat kecik2 mcm fishball)  - boleh je guna ikan bilis

santan kara satu kotak (200 ml)

200 ml air (kalau nak kuah cair lagi tambahkan air lagi ye!)

garam secukup rasa

Cara cara

masukkan ikan sardin yg dah jadi fishball tu, bawang merah dan santan yang dah di campur air ke dalam periuk

renehkan sehingga mendidih

then masukkan kacang panjang dan cili merah

kacau sekejap dan masukkan garam secukup rasa

tutup api

siap! senang kan!

IMG_9375

Monday, October 3, 2011

roti jala cik su dan gulai ayam makcik som

 

kenapa roti jala cik su? sebabnya  both hubster n me suka makan roti jala yang my aunt buat…eh eh...hasya pun suka jugak makan roti jala yg my aunt buat ni

sebab si anak dan suami suka kan her roti jala, maka dengan muka tak malunya i pon call my aunt mintak tunjuk ajar cemana dia buat roti jala tu..

pastu bila dah dapat tau cemana nak buatnya makanya syawal itu hari asyik makan roti jala aje lah every time ada tamu datang rumah ahahaha… almost every weekend ku buat roti jala hahaha sib baik tamu yang datang tu bukan orang yang sama aje tiap minggu kan!

IMG_9216

bahan bahan

2 cawan tepung gandum

2 1/3 cawan air

1 biji telur gred C

1 tsp garam

1 tbsp melted butter

beberapa titik pewarna kuning telur

 

CARA CARA

Masukkan semua bahan dalam blender.

Blend hingga semua sebati.

Biarkan selama 1/2 jam.

Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali.

Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

 

this time asyik makan roti jala with chicken curry babeh ;-)

IMG_9214

gulai ayam resepi mak cik som saya …bukan cik som ni tau!

Bahan-bahan:


8 ketul ayam – di cuci dan di toskan
2 biji kentang di belah 4
1 paket kecil serbuk kari ayam adabi  or 2 tbsp
1 1/2 cawan santan pekat (nak lagi pekat tambahlah santan pekat ye!)

2 cawan cair  (nak kuah banyak, tambahlah air lagi ye!)
bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis
2 ulas bawang putih – mayang halus

6 ulas bawang besar – mayang halus

1/2 inci halia – mayang halus

1 tbsp tomato puree
garam dan gula secukup rasa (my aunt guna gula melaka sikit)

 

1/2 cawan minyak


Cara Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bunga cengkih,bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga wangi.

Masukkan bawang dan halia yang telah di mayang tadi dan tumis lagi sampai wangi.

Masukkan rempah kari yang telah di campur sedikit air sehingga menjadi paste. kacau biar pecah minyak

Masukkan ayam  dan tomato puree dan kacau sehingga paste tadi telah mesra dan menyelimuti ayam tadi.

Kemudian masukkan santan, kentang, garam dan gula secukup rasa.

Guna api kecil dan biarkan sehingga kuah gulai mendidih. kacau sekejap sekejap sehingga ayam dan kentang empuk. kalau kuah pekat sangat and tak nampak macam pecah minyak,  tambahlah air panas sikit ye!

IMG_9218

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails