Wednesday, January 13, 2010

120110 - maggi goreng dan ayam goreng ala kfc



pertama kali masak maggi goreng
malu pulak rasanya tapi takpe lah..
ini resepinya

bahan bahan
2 bungkus maggi kari (celur dan toskan)
1 biji bawang merah yg besar - di hiris nipis
2 biji bawang putih - di hiris nipis
4 biji cili api - di ketuk
1 biji cili merah di potong serong
1 biji telur
1 paket perencah maggi kari
3 sudu besar kicap
sayur seperti sawi dan tomato

minyak untuk menumis

cara cara

panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
pecahkan telur, gaul rata hingga telur masak
masukkan cili merah dan cili api
masukkan sayur, kacau lagi
masukkan perencah kari maggi
masukkan maggi mee tadi
tambahkan kicap
siap...






ayam goreng ala kfc pula








beberapa ketul ayam di cuci dan toskan
sebiji telur - pecahkan di dalam mangkuk dan pukul biar putih telur dan kuning sebati
serbuk tepung goreng ayam brand Puas (ini kali pertama zarin guna brand ni)

cara cara
celupkan ayam ke dalam telur
salutkan ayam tersebut dengan tepung ayam goreng tadi dan goreng di dalam minyak yang panas secara deep fry
bila dah masak, angkat dan toskan
sedap dimakan begitu sahaja atau di cicah dengan sos cili

**
brand Puas ni lebih sedap dan rangup jika di bandingkan dengan brand Adabi

Tuesday, January 12, 2010

110110 - udang masak kicap

plan asal nak makan spaghetti goreng je malam tadi
tapi tetiba hasya yang demam tu mintak nak makan nasi ngan sup
adoii terpaksalah zarin masakkan sup sayur dan nasi untuk hasya
bila dah masak nasi untuk hasya
jadi zarin masak banyak sikit la untuk zarin dan suami sekali lah kan..
takdelah banyak kali pulak kena masak memasak ni
dah lah semalam kepala zarin dok berdenyut2 sakit je:(

zarin buatkan udang masak kicap ni sebab inilah yang paling senang dan cepat
lagipun sangat sedap bila dimakan dengan leftover kari kepala ikan yang zarin buat untuk lunch hari sebelum tu

okay, ini resepinya..sangatlah simple dan senang

bahan bahan
20 ekor udang sederhana besar - cuci dan buang kulit sehingga separuh pada bahagian ekor, toskan kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit..biarkan sekejap

sebiji bawang besar di hiris nipis
sebiji bawang putih di hiris nipis
halia sebesar ibu jari dihiris nipis
sebiji cili merah dipotong serong
1 sudu besar air asam jawa
2 - 3 sudu besar kicap manis
minyak untuk menggoreng

cara cara
panaskan minyak di dalam kuali
goreng udang sehingga agak agak masak
angkat dan toskan

guna minyak yang sama tapi jika minyak tadi agak banyak, buangkan sedikit mimyak itu ye!
agak agak la banyak yang sesuai untuk menumis
tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau
masukkan cili..kacau lagi
kemudian masukkan air asam jawa dan kicap manis tadi
akhir sekali, masukkan udang yang telah siap di goreng dan gaul rata
tutup api dapur dan masukkan ke dalam pinggan
sedia untuk dimakan :)







Monday, January 11, 2010

100110 - kari kepala ikan, sambal tempe dengan ikan bilis dan kentang, puding sagu gula melaka dan sandwich

ini menu hari ahad kami
banyak kan!
tapi sebenarnya kari kepala ikan dan sambal tempe dengan ikan bilis dan kentang itu untuk makan tengahari
manakala puding sagu gula melaka adalah dessert untuk makan tengahari jugak
sandwich pula adalah makan malam kami :-)
semalam kami tak ke mana sebab hasya demam

kali ni zarin masak kari tanpa santan. saja nak cuba yang tak payah guna santan pulak. resepi ni zarin amik je kat belakang paket serbuk kari ikan babas.
hasilnya amat sedap bagi zarin lah


bahan bahan
sedikit jintan putih
sedikit jintan manis
sedikit halba
zarin tumbuk sekejap ketiga tiga bahan ini

sebiji bawang besar di hiris nipis
2 ulas bawang putih di hiris nipis
2 biji tomato di belah 4
daun kari
6 biji bendi
1 cawan air asam jawa
1 cawan air

kepala ikan
minyak untuk menumis
garam secukup rasa


cara cara
panaskan minyak
tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga naik bau
masukkan bawang besar, bawang putih, tomato dan daun kari
gaulkan biar rata sehingga bawang tadi agak kecut sedikit
masukkan serbuk kari ikan babas yang telah di campur air sedikit
tumis lagi sehingga pecah minyak
masukkan bendi
gaul rata
kemudian masukkan air asam jawa dan air
biar sekejap
kemudian masukkan kepala ikan
kecilkan api dan masukkan garam secukup rasa
biarkan di atas api kecil sehingga ikan telah masak



sambal tempe dengan ikan bilis dan kentang ni adalah salah satu masakan kegemaran zarin.
dulu suami zarin tak suka makan tempe, tapi bila zarin asyik buat je (maklum lah kegemaran zarin kan!) maka lama lama suami zarin pun dah suka tapi dengan syarat tempe tu mesti lah di goreng dengan garing dahulu.
kalau tak garing, dia tak suka :-)


bahan bahan
tempe - di potong dadu
kentang - di potong jejari
ikan bilis

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili kering
kesemua bahan di atas hendaklah di blender dengan sedikit air

garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis


cara cara
panaskan minyak di dalam kuali
goreng kentang sehingga masak, angkat dan toskan
kemudian goreng tempe sehingga garing, angkat dan toskan
goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan

guna minyak yang baru, panaskan di dalam kuali
tumiskan bahan yang di blender tadi sehingga agak garing ( guna api kecil)
kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa
kacau
kemudian masukkan tempe, ikan bilis dan kentang
gaul rata...dah siap :-)



zarin suka sangat makan puding sagu gula melaka ni. sebelum ni zarin tak pernah kisah pun macam mana nak buatnya. tapi sejak kenal puan lady ni barulah zarin tahu yang sebenarnya puding ni amat senang sekali untuk membuatnya. so, sejak hari tu lah, zarin selalu buat puding ni :-)


bahan bahan
sagu mata ikan
gula melaka - di cairkan dengan air panas
satu tin susu cair

cara cara
rendamkan sagu di dalam air selama 30 minit (zarin suka rendam sebab taknak masak lama sangat kat atas dapur tu )
masukkan sagu ke dalam periuk berisi air
masak sagu sehingga kembang dan likat
ketepikan dan sejukkan
(zarin masukkan sagu yang masih panas tadi ke dalam bekas kecil kecil dan kemudian baru di sejukkan)
bila hendak di makan, campurkan gula melaka dan susu cair tersebut ke dalam bekas yang berisi sagu tadi...dah siap
sedap di makan pada bila bila masa sahaja..itu bagi zarin lah yer!



sandwich ayam ini pulak adalah hasil dari lebihan ayam yang zarin masak malam sebelum ni. sebab sebelah siang tu, kami dah makan yang agak berat, jadi zarin buat sandwich aje lah untuk makan malam



bahan bahan
lebihan ayam panggang - di siat siat
daun salad di potong kecil2
tomato cherry di belah 2
2 keping hirisan timun
mayonaisse
chilli sauce
butter (Optional)
2 keping roti

cara cara
sapukan butter pada roti, bakar roti tersebut (kalau tknak sapu butter pun tkpe)
kemudian letakkan daun salad, ayam tomato dan timun di atas kepingan pertama
paipkan mayonaisse dan sos cili
kemudian tutup dengan lapisan roti yang kedua..

senangkan dan tak membazir ;-)

Sunday, January 10, 2010

090110 - roasted lemon chicken and pasta salad



ini dinner malam tadi
sepatutnya ini menu malam sebelum tu
tapi sebab suami zarin ada golf and dinner skali dengan clients dia
dan jugak sebab zarin kekenyangan makan apple pie
jadi zarin simpan aje lah untuk malam tadi
nasib baik bahan marinade ni kalau di simpan overnight lagi sedap rasanya :)



grilled lemon chicken


resepi ni zarin ambil dari mamafami (kalau u all ada terbaca kat sini)

okay ini resepinya
resepi ni zarin dah tukar ikut selera zarin dan ikut apa yang ada kat rumah zarin tau!
kalau sesiapa nak resepi yg original sila click kat mamafami ye!

BAHAN BAHAN :

12 ketul ayam(zarin slalu beli ayam yang dah siap di potong)
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar extra virgin olive oil (evoo)
1 sudu besar mixed herb (basil,oregano,thyme and rosemary)
1 sudu besar black pepper ~ crushed (zarin guna blackpepper yang dah siap crushed yg dlm botol tu)
1-2 biji kentang, cuci dan di potong 4
1 biji bawang besar di belah empat
1 biji karot di potong dadu memanjang
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar lee kum kee chicken marinade sauce
garam dan gula secukup rasa

CARA CARA :

1. cuci ayam dan toskan.
2. tumbuk bawang putih
3. dalam bekas besar, masukkan evoo, black pepper, sos tiram, sos marinade, garam, gula dan bawang putih tadi.
4. masukkan ayam dan salut bahagian ayam tadi dengan bahan marinade tadi. tinggalkan sedikit sos tadi untuk di gaulkan dengan kentang, bawang dan carrot
5. hiriskan lemon dan perahkan juice lemon ke atas ayam tadi dan letakkan lemon di sekeliling ayam tadi
6. tutup dengan aluminium foil dan perapkan di dalam peti sejuk selama 1 jam. untuk lebih sedap perap sekurang kurangnya 4 jam (zarin dah perap selam satu hari satu malam :))
7. gaulkan lebihan sos marinade tadi dengan kentang, bawang dan carrot. biarkan
8. bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 degree selama 30 minit.
9. keluarkan dari oven dan terbalikkan ayam tadi serta masukkan kentang, bawang, dan carrot. bakar lagi selama 30 minit lagi
10. dah siap..ayam ni sedap di makan dengan salad atau mashed potato tapi zarin makan dengan salad sebab suami zarin tk suka sangat mashed potato
bila nak makan tu curahkan gravy chicken tadi ke atas chicken ye!...lagi sedap rasanya



ini pula resepi pasta salad

BAHAN BAHAN

1/2 cawan fussili (pasta yang macam spring tu) - di rebus sehingga lembut
daun salad - crik carikkan biar kecil (ikut suka banyak mana nak)
12 biji tomato cherry (zarin tk belah pun sebab tomato ni kecil saja)
1/2 biji capsicum di potong memanjang
2 sudu evoo
2 sudu lemon juice
sedikit gravy dari ayam tadi


CARA CARA
masukkan daun salad, tomato cherry, capsicum dan pasta
masukkan evoo, lemon juice dan gravy tadi
gaulkan
dah siap...

Saturday, January 9, 2010

080110 - nasi goreng ikan dan apple pie

sungguh tak sesuai combination nasi goreng ikan dengan apple pie tu kan!
tapi sebenarnya kedua duanya tiada berkaitan :)
nasi goreng adalah lunch zarin dan hasya
sebabnya, dah beberapa hari hasya minta nasi goreng
hasya beria ria betul nak bawak nasi goreng ke kindie (hasya memang bawak lunchbox ke kindie..:))
agaknya hasya tengah kemaruk makan nasi goreng kot sebab rasanya baru beberapa hari lepas zarin ada buatkan nasi goreng sotong
tapi zarin buatkan jugak ni sebab seronok tengok bila hasya makan nasi goreng
sungguh berselera sekali..hmmm berbaloi zarin masak ye!
selalunya zarin masukkan ikan bilis dalam nasi goreng tapi disebabkan ikan bilis dah habis jadi zarin masukkan ikan kembung goreng je:)
resepi ni suami zarin yg suggest pada zarin masa mula2 kawin dulu
katanya MIL zarin slalu goreng nasi macam ni..
jadi zarin buat ajelah sebab suami dah suka walaupun sebelum tu zarin tak pernah makan nasi goreng ikan ni:)

okay, ini resepinya..panjang pulak zarin bercerita ye!


bahan bahan
ikan kembung di salut garam dan kunyit dan di goreng sehingga masak
- sejukkan dan kemudian siat siatkan ikan tersebut. jangan ambil tulang ye! nanti tercekik tulang pulak :)

satu cawan nasi
sebiji bawang putih di tumbuk
3 biji bawang merah di tumbuk
sayur i.e carrot, cauliflower dan broccoli
garam secukup rasa
kicap secukup rasa
minyak untuk menumis


cara cara
campurkan nasi dengan ikan yang telah disiat siat tadi
kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik bau
masukkan sayur
kacau sekejap (zarin lebih suka kalau sayur tu rangup)
masukkan nasi, sedikit garam dan kicap
kacau hingga rata
sudah siap :-)

p/s: zarin makan nasi goreng ni dengan sambal belacan sebab untuk hasya mestilah yang tak pedas kan..:)



ini pulak epal pie yang zarin buat petang semalam

pie epal dengan kismis (resepi asal dari CMG - izinkan zarin tampal di sini juga ye!)




ini caa yang zarin buat semalam - kalau mahu resepi asal, sila klik di sini

BAHAN PASTRI
200 g tepung gandum
80 g mentega
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI :-)
3 biji epal hijau
1/4 cawan kismis
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie
(zarin lupa nak sapu telur kuning di atas pie tu :-) )

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK PASTRI :-

Masukkan tepung dalam satu bekas.
Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti.
Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam.
* Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.


UNTUK INTI :-

Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang

kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut.
Tambah kismis, kacau rata.
Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat.
Matikan api dan biarkan inti sejuk.

UNTUK PIE EPAL & KISMIS :-

Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm.
Alihkan ke dalam bekas yang dasarnya boleh ditanggalkan.
Kemaskan doh dan potong lebihannya.
Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan.
Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti.
Tutup inti tadi dan potong lebihannya.
Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu.
Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit.
Sejukkan sebelum dipotong

ini bekas yang zarin gunakan


apple pie sedap dimakan dengan vanila sauce tapi yang ni zarin makan macam tu je (tk sempat buat sauce pun:))...lagi sedap bila dimakan panas panas:)

Friday, January 8, 2010

070110 - pizza margherita


ini dinner kami sekeluarga malam tadi
bila dah start tekak omputih ni
agak susah jugak nak hilangkan ye!
jadi malam tadi zarin buat pizza margherita (ikut resepi doh je..topping tu suami zarin nak jugak ada mushroom dan sedikit ayam..jadi zarin buat aje lah..kalau margherita pizza ni, cuma pakai tomato and cheese je sebagai topping...senang sangat)


bahan bahan untuk doh

7gram dried yeast (zarin guna mauripan je)
1 tsp gula
250 ml air suam
350 gram high protin flour
1 tsp garam
1 tbs olive oil

cara cara (zarin uli dengan tangan je..kalau ada bread maker mungkin lagi senang kot)

masukkan yeast dan gula ke dalam cawan dan campurkan dengan 50ml air suam tadi
biarkan selama 15 minit atau sehingga yeast itu kembang


di dalam bekas besar, masukkan flour dan garam
buatkan lubang di tengah2
masukkan olive oil, yeast yang telah kembang dan air suam tadi
uli sehingga menjadi doh

keluarkan doh tadi dari bekas dan mulakan proses kneading (lupa apa makna knead ni...lebih kurang macam uli jugak la..) di atas permukaan rata selama 4-5 minit atau sehingga doh menjadi lembut

kemudian, bulatkan doh tadi dan masukkan ke dalam bekas besar tadi dan tutup dengan plastik cling wrap. biarkan selama 30 minit atau sehingga doh itu menjadi dua kali ganda besar

selepas 30 minit, knead/uli lagi doh tadi selama 2 minit.
stretch kan doh tadi mengikut bentuk kesukaan.
jangan tebal sangat ye sebab doh ni akan menaik apabila di bakar nanti




sebab doh ni agak besar jadi zarin tak buat bulat macam pizza yang kita biasa beli tu.
zarin buat je ikut size baking pan zarin..rasanya 9" x 12" kot..
kalau nak buat bulat kecik kecik macam mini pizza pun boleh jugak:)


ini pulak bahan untuk topping pizza

20 biji tomato cherry di potong 2
1/2 biji capsicum di potong dadu
5 chicken stripes di hiris halus
6 biji cendawan butang di hiris nipis2
2 biji bawang putih di potong dadu kecil2
2 tsp dried basil
1 tbs olive oil
4 tbs tomato puree
150 gm mozarella cheese (ikut kesukaan masing masing...boleh di kurangkan atau di tambah)
2 tbs grated parmeesan cheese
garam secukup rasa


cara cara

panaskan olive oil di dalam pan
kemudian masukkan garlic, chicken stripes,capsicum, cendawan butang,garam, basil dan separuh dari tomato cherry tadi
biarkan dan kacau sekali sekala selama 20 minit atau sehingga bahan tadi agak mesra
kemudian masukkan tomato puree dan kacau rata
tutup api dan biarkan sejuk

kemudian sapukan topping ini ke atas roti pizza tadi dan jangan lupa hiaskan dengan separuh lagi tomato cherry di atas roti tu ye!
taburkan mozzarella cheese mengikut kesukaan anda dan juga parmeesan cheese tadi
bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 200 degree selama 20-25 minit
sedap dimakan panas panas atau sewaktu cheese itu masih lembik gitu :D

okay..selamat mencuba!

Thursday, January 7, 2010

060110 - sausage rolls and spaghetti carbonara with chicken stripes and mushrooms

agak rajin sikit pagi ni
jadi zarin buatkan sausage rolls ni untuk breakfast
selalunya makan cereal atau toast breads je :)




bahan bahan

4 roll sosej di belah dua
8 keping roti
sebiji telur
sedikit bread crumbs
minyak untuk menggoreng

cara cara

leperkan roti dengan sudu supaya menjadi lebih nipis
masukkan sosej tadi
gulungkan roti
sapukan telur tadi untuk mencantumkan roti
kemudian salutkan roti tadi dengan telur
lastly rollkan roti tadi di atas taburan bread crumbs

goreng dengan api kecil sehingga kekuningan
dah siap :)




untuk dinner pula
zarin buatkan spaghetti carbonara kesukaan hasya
hasya yang suka sangat carbonara
zarin ni boleh lah makan tapi kena ada chicken ke beef ke baru sedap sikit
kalau suami zarin, dia cuma makan sikit je carbonara ni:(
jadi zarin hanya buatkan carbonara ni kalau suami zarin tk dinner kat rumah :)

ini pinggan zarin lah ye :)



bahan bahan
1 tin prego carbonara sauce
5 kepinng chicken stripes (di belah panjang2)
10 biji cendawan butang (di hiris nipis)
2 sudu salted butter
1 sudu teh mixed herb


cara cara
panaskan carbonara sause
bila dah mendidih, ketepikan

panaskan butter di dalam pan
masukkan chicken stripes
goreng sehingga kekuningan
masukkan cendawan butang
kacau lagi
kemudian masukkan mixed herbs
gaulkan sehingga ayam dan cendawan masak
tutup api dan taburkan di atas spaghetti yang telah di letakkan sause carbonara tadi
sedia untuk di makan :)


p/s
spaghetti hendaklah di rebus dalam air yang telah dicampur sedikit garam dan olive oil

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails