Wednesday, January 20, 2010

190110 - macaroni bake



minggu lepas, asyik makan nasi je
jadi semalam tekak kami sekeluarga meminta minta nak makan makanan omputih pulak
jadi zarin buatkan aje lah simple macaroni bake and mushroom bruschetta
resepi bruschetta tu nanti zarin taruk ye!
kita citer pasal macaroni dulu ye!
zarin suka bake macaroni ni sebab ianya tersangatlah senang nak membuatnya
dah lah senang, rasanya pun sungguh lajat
itu bagi zarin dan keluarga lah ye!
lain orang lain tastenya kan!


okay ini resepinya

BAHAN BAHAN
1 cawan macaroni di rebus dengan air mendidih dan 1 tbs evoo sehingga lembut. toskan dan ketepikan

1 biji kentang - di hiris nipis

1 biji bawang besar di hiris nipis

1/2 cawan mozarella cheese (agak agak boleh menutup permukaan macaroni )

100 ml thick/heavy cream

garam dan pepper secukup rasa


CARA CARA

masukkan kentang ke dalam baking pan (menutupi bahagian bawah pan) - sebagai lapisan pertama

kemudian tabur hirisan bawang besar - lapisan kedua

taburkan garam dan pepper

taburkan macaroni - lapisan ketiga


taburkan mozarella cheese sebagai lapisan keempat

lapisan atas sekali ialah thick cream/heavy cream tadi (sapu agar menutupi lapisan cheese tadi

bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 200 degree C selama 20 minit

bila oven dah bunyi n lapisan atas tu warna keperangan..maknanya dah masaklah tu..

cepat dan senang kan!

okay selamat mencuba :)




macaroni yang baru keluar dari oven :)



p/s
kalau nak taburkan garam dan pepper di setiap lapisan pun ok jugak..cuma pandai2 lah budget kemasinan garam tu ye!

180110 - kueteow goreng




lama sungguh zarin tak makan kueteow goreng kat rumah ni
hari isnin hari tu tetiba je tekak ni terasa nak makan kueteow goreng
jadi, lepas tengok wayang tu, terus je zarin beli bahan2 kat JJ tu

sebab lama sangat tak makan kueteow goreng
maka habis licin kami sekeluarga makan malam tu
gambar tu pun tak sempat zarin nak taruk make up biar cantik sikit..
semua dah kebulur..dan yang paling suka makan ialah hasya
bertambah tambah dia makan
nampak gayanya kena buat lagi lah ni :)


okay ini resepinya...rsanya semua dah tahu kan!

BAHAN BAHAN

600 g kueteow
1 ikat daun kuchai - dipotong2
Taugeh...(sesuka hati lah nak banyak mana ye!)

10 - 15 ekor udang (ini pun sesuka hati jugak)
1 ekor sotong - di potong2 kecil (ini pun sesuka hati nak banyak mana)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 ulas bawang merah dicincang halus
1 camca besar cili kisar (zarin taruk sikit je sbb hasya tk suka pedas)

2 biji telur

2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili (zarin tk masukkan)
4 camca besar kicap lemak manis
garam secukup rasa

1/4 cawan air
minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Cuci kueteow. Tos dan sejatkan.

2.Cuci taugeh dan daun kucai .toskan. Ketepikan.

3. panaskan sedikit minyak dan masukkan telur..jadikan macam scramble egg. keluarkan dari kuali and ketepikan

4.Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kacau rata

6. masukkan udang dan sotong. masukkan air biar hingga mendidih

7. Bila mendidih, masukkan kueteow, kecil kan api dan gaul kueteow hingga rata.

8.Masukkan daun kuchai, taugeh dan telur tadi

9. masukkan garam dan kacau rata dan tutup api dapur

11. boleh di hias dengan daun bawang, cili merah, bawang goreng dan limau kasturi

zarin punya kueteow ni pun cukup nasib baik sempat amik gambar..kejap je dah hilang

selamat menjamu selera


Tuesday, January 19, 2010

170110 - banofee pie

sabtu dan ahad itu hari zarin tak masak
asyik keluar je..
ada aje benda yang nak di buat on weekend nih
walaupun tak masak untuk lunch atau dinner tapi zarin ada buatkan desset ni
sesuai jugak di waktu petang

resepi ni zarin amik dari waterlily in da kitchen
senang dan sedap sangat rasanya
first time zarin try resepi ni masa puasa itu hari
sejak hari tu, banofee pie dah jadi salah satu desset kesukaan zarin dan suami
dan sekarang dah jadi kesukaan hasya jugak:)




Bahan2 : (zarin copy paste saja ye!)

Untuk base:

250 gram digestive biscuits

100 gram butter - cairkan

Untuk caramel :

85 gram gula perang

85 gram gula pasir

175 gram butter

397 gram susu pekat (1 tin kecil)

Lapisan atas

Pisang secukupnya

250 ml whipping cream

Sedikit serbuk koko


Cara Membuat :

1. Hancurkan digestive biscuit, dan gaul bersama butter cair. Tekan ke dalam bekas sehingga rata. Sejukkan.

2. Sediakan caramel - panaskan gula perang, gula pasir dan butter di atas api sederhana sehingga gula cair. Masukkan pula susu pekat dan kacau lagi sehingga pekat (an indication when the batter is ready is when you can draw a neat line at the back of the batter coated spatula.)

3. Tuangkan bahan caramel ke atas base tadi. Sejukkan semula selama 1 - 2 jam. Susun hirisan pisang di atas lapisan caramel yang telah sejuk tadi.

4. Untuk lapisan atas - pukul whipped cream until its stiff and spiky (sorry, tak reti nak translate daa..) dan ratakan di atas lapisan caramel dan hirisan pisang. Sprinkle with some cocoa powder - dan susun lagi dengan hirisan pisang di atas nya.

sejukkan dan keluarkan apabila hendak dimakan :)

Monday, January 18, 2010

150110 - asam pedas ikan tenggiri





asam pedas ni zarin masak hari jumaat itu hari
tapi sebab belum post lagi resepinya
jadi zarin taruk aje lah kan
sabtu dan ahad hari tu zarin tak masak
sibuk sangat ke hulu ke hilir
jadi we all makan kat luar aje..

okay, rasanya semua dah tahu resepi asam pedaskan!
ini zarin punya resepi ye!



Bahan-bahan


4 ketul ikan tenggiri (zarin dan suami sangat suka kalau bahagian ekor ikan tenggiri)
2 sudu besar asam jawa, di bancuh dgn 1/2 cawan air
segenggam daun kesum
2 kuntum bunga kantan
3 sudu besar cili kering (yg sudah dikisar)
minyak untuk menumis
1 sudu gula
garam secukup rasa
7-8 biji kacang bendi
2 cawan air
5 ulas bawang kecil di hiris halus

Bahan tumbuk/kisar

1 inci kunyit hidup
1 inci belacan

1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
7-8 biji lada hitam

Cara cara



tumis bawang kecil hingga hampir garing.
kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.
Campurkan sekali cili kering yg dikisar.
kacau lagi
masukkan gula dan garam.
Biarkan sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air dan juga campuran air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan kacang bendi, ikan, daun kesum dan bunga kantan.
Boleh juga ditambah tomato, jika suka.
bila ikan dah empok, boleh ditutup api
siap...

Saturday, January 16, 2010

150110 - pau inti kari daging



kuih pau ni zarin buat pagi semalam
teringin sangat nak makan
jadi bila zarin singgah carrefour dua hari lepas, terus je zarin capai tepung pau brand blue key tu
sungguh confident kan!
walaupun seumur hidup tak pernah buat kuih pau
kalau kukus kuih pau segera ada lah :)

jadi bila bangun tidur pagi semalam
terus zarin pegi ketuk pintu dapur rumah waterlilydah lama rumah waterlily ni ditinggalkan
tapi nasib baik pintu dapur dia tak berkunci
jadi, dapatlah zarin merasa kuih pau pagi semalam :)
terima kasih ye waterlily :-)


okay ini bahan bahan dan cara caranya...
zarin copy dan paste saja lah ye!

Bahan - bahan :

Untuk doh :

300 gram tepung pau

130 ml air

11 gram yeast

30 gram shortening

2 sudu teh baking powder

60 gram gula caster

Kertas minyak sebagai alas pau.

Untuk Inti (you all boleh tukar inti lain kalau suka .)
2 biji kentang - dihiris dadu

1 labu bawang besar - dihiris dadu

2 ulas bawang putih - diracik halus

4 sudu besar kari daging baba's

isi ayam - di hiris dadu (zarin guna daging)

Daun bawang dihiris bulat nipis

Garam secukup rasa.


Cara Membuat Doh :

1. Ayak tepung bersama dengan baking powder.

2. Masukkan gula, yeast, shortening dan tepung/baking powder and gaul sebati. Masukkan air sedikit sedikit dan gaul lagi sehingga dapat di uli menjadi doh. Semasa menguli, lihat keadaan doh, samada perlukan lebih air atau tidak. Lagi lembut doh, lagi lembut pau tu nanti. Ketepikan.

3. Tutup bekas doh dengan kain lembab dan biar sehingga 30 minit.

4. Bentukkan doh menjadi bulat kecil yang beratnya lebih kurang 30gram satu. Sudukan inti dan kepit kan atau di uli bulat (ikut suka sendiri). Letakkan di atas kertas minyak. Ketepikan dan biar lagi selama 30 minit.

5. Kukus selama 10 minit.


Cara Membuat Inti:

1. Tumis bawang besar sehingga layu, masukkan bawang putih dan tumis lagi sehingga agak garing.

2. Masukkan serbuk kari yang telah di buat pes, tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan kentang dan kacau sehingga agak lembut. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan juga isi ayam - kacau sebentar sehingga ayam masak dan akhir sekali tabur daun bawang.

4. Angkat dan biar sejuk atau suam sebelum di sudu kedalam doh pau

sungguh lembut dan gebu serta amat sedap di makan panas panas :O

Friday, January 15, 2010

140110 - tempe goreng tauchu



ish zarin pun tak tau nak panggil apa nama masakan nih
memula makan masa kat rumah kawan zarin
terasa sedap sebab tekak zarin ni memang suka tempe
terus minta resepi...sedap, lepas tu zarin selalu jugak la masak tempe macam ni :)
tapi suami zarin tak suka sangat sebab tempe tu tak garing macam kalau goreng sambal
tapi sebab ada udang tu, jadi lelama suami zarin pun boleh lah makan tempe kalau zarin masak macam ni :)

okay ini resepinya

BAHAN BAHAN
- 10 Udang (di cuci dan toskan)
- 1 keping tempe (potong dadu / kecil2)
- 1 biji cili merah di potong serong
- 1 biji bawang besar di hiris nipis
- 2 biji bawang putih di hiris nipis
- 1 inci halia di hiris nipis
- 3 biji cili api (kalau suka pedas)
- 2 sudu makan tauchu
- sedikit soo hoon di rendam sehingga lembut
- 3 batang kacang panjang di potong memanjang
- 2 sudu kicap
- gula secukup rasa * tak perlu garam ye sbb tauchu kan dah masin
- minyak untuk menggoreng

CARA CARA

- Goreng tempe, bila dah agak2 dah masak
- masukkan cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris.
- Tumis bersama tempe sehingga naik bau.
- masukkan udang, tumis lagi sehingga udang hampir masak
- masukkan soo hoon dan kacang panjang
- kemudian masukkan tauchu, gula dan kicap.
- kacau sebati...
- siap dan masukkan ke dalam bekas untuk di hidang dengan nasi panas :)


p/s
lupa pulak, tempe ni zarin masak dua hari berturut2 (140110 dan 150110)
sebabnya, suami zarin tetiba terliur bila nampak leftover yg zarin makan on 140110 tu.
sebab tu lah zarin masak lagi skali on the next day tu

Thursday, January 14, 2010

130110 - pengat durian




terus terang cakap yang sebelum ni memang tak pernah masak pengat durian ni
semalam tu adalah kali pertama dan hasilnya amat memuaskan:)
itu kata suami zarin la..
siapa lagi yang nak bagi komen bila tiba tang masakan zarin ni kan kalau bukan suami?
ok, ini resepinya ya!
senang jugak nak membuatnya ye!
resepi ni mak zarin yang bagi tapi biasa lah zarin suka menokok nambah sikit resepi tu :)

jadi zarin taruk resepi version zarin aje lah ye!

BAHAN BAHAN
6 ulas durian yang agak lembut isinyao
200ml santan (zarin pakai santan kotak)
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 keping gula melaka (kalau nak manis, tambahkan lagi)
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan
sedikit garam


CARA CARA
- masukkan kesemua bahan ke dalam periuk
- jerang di atas api perlahan dan kacau perlahan2 sehingga durian empuk
- masukkan garam
- kacau lagi sehingga mendidih
tutup api...siap :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails