Wednesday, January 6, 2010

050110 - spaghetti bolognaise

dah beberapa hari asyik makan nasi aje kan
hari ni sempena memenuhi permintaan hasya untuk makan pasta pulak
jadi zarin buatkan spaghetti bolognaise
dish ni memang kesukaan hasya


spaghetti bolognaise sedia untuk dimakan..zarin suka jika ditabur dengan parmeesan cheese. tapi suami dan hasya suka makan macam tu saja...jadi ini pinggan zarin lah ye:)


Bahan - Bahan untuk kuah:

400 gm daging cincang (zarin guna daging batang pinang yg dicincang sendiri atau kalau nak senang pakai je beef micer tu...suami zarin tk berapa gemar kalau zarin guna minced beef yang dah siap tu..tak fresh katanya...)

1 labu bawang besar - di hiris dadu

2 ulas bawang putih - di cincang halus

1 biji capsicum hijau atau merah - di hiris dadu

10 biji cendawan butang - di belah 2 atau 4

10 biji tomato cherry - di potong 4

1 sudu teh oregano

450 gm tomato puree

2 cawan air

Garam secukup rasa.

Cara Membuat :

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging cincang - kacau sehingga daging cincang masak.

2. Masukkan tomato cherry, capsicum dan cendawan butang. Kacau lagi sehingga layu. Masukkan tomato puree. kacau lagi. Masukkan air

3. kacau lagi. masukkan oregano dan garam secukup rasa. kacau lagi sehingga mendidih dan bila kuah agak pekat. tutup api dapur.

Boleh dihidangkan bersama spaghetti yang telah di rebus dahulu.


p/s
rebus spaghetti dengan air yang telah dicampur dengan olive oil dan juga sedikit garam


untuk zarin dan suami pula
spaghetti bolognaise dan green apple salad



bahan bahan untuk salad

2 biji epal hijau di potong dadu
sedikit raisins
sos salad lady's choice

cara cara
masukkan epal dan raisins ke dalam salad bowl
kemudian gaulkan dengan sos salad tadi
tadaaaa...senang kan..


p/s
sepatutnya boleh guna macam2 buah lagi tapi kat rumah zarin cuma ada green apples je..sebab tu lah zarin masukkan ajelah raisins tu :)

Tuesday, January 5, 2010

040110 - nasi berlauk ikan

masih lagi dalam mood untuk makan nasi
2 hari lepas masak ikan singgang
ada lagi balance ikan aya/tongkol
teringin pulak makan nasi berlauk ikan
semenjak berjaya memasak nasi berlauk ni bulan lepas
jadi apa salahnya cuba lagi :)
kali ni suami zarin makan bertambah2 lagi :)
much much better than my first attempt hari tu katanya
gumbira rasanya...lainkali boleh buat lagi sebab sangat senang memasaknya

gulai ikan aya/tongkol...masih dalam periuk belanga lagi :)


ini resepinya

bahan bahan

bahan A
3-4 ulas bawang merah
5 biji cili kering
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup

Bahan B
5 keping ikan aya/tongkol (di rebus dahulu dengan garam, asam keping dan sedikit air - lebih sedap jika ikan ni di rebus sehari sebelum di masak )

1 biji kelapa - ambil santan
3 keping asam keping
3 biji cili padi/cili besar
Garam dan gula secukup rasa

cara cara

Kisar semua sekali bahan A. Masukkan bahan A dalam periuk, kemudian masukkan santan, cili padi dan asam keping. untuk nasi berlauk zarin lebih suka juka kuahnya agak cair.

Masak di atas api perlahan, kacau perlahan lahan supaya kuah tidak pecah minyak. apabila kuah sudah menggelegak, masukkan ikan.kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. okay, siap!

nasi berlauk...sedia untuk di makan

biasanya kalau di kelantan, nasi berlauk adalah salah satu menu untuk sarapan. zarin dan suami amat suka makan nasi berlauk tiap kali balik kampung. cuma kat sini je, zarin buatkan nasi berlauk untuk makan malam atau tengahari :)

Monday, January 4, 2010

030110 - nasi goreng sotong

cuma sempat sediakan nasi goreng sotong untuk sarapan
tengahari makan di luar dan malam pula makan roti sebab masih lagi kekenyangan
selalunya sarapan dengan roti atau cereal sahaja
tapi dah 2 hari hasya minta nasi goreng untuk sarapan
hari ni, dapat lah hasya merasa nasi goreng sotong yang tidak pedas
untuk hasya, zarin tak masukkan sebiji cili pun
jadi haruslah di sediakan cili potong dan kicap untuk zarin dan suami




bahan bahan
satu cawan nasi
sebiji bawang putih di tumbuk
3 biji bawang merah di tumbuk
2 ekor sotong di potong kecil kecil
sayur i.e carrot,kobis di hiris halus
garam secukup rasa
kicap secukup rasa
minyak untuk menumis


cara cara
tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik bau
masukkan sotong
kacau sehingga sotong agak masak
masukkan sayur
kacau lagi
masukkan nasi, sedikit garam dan kicap
kacau hingga rata
sudah siap :)


nasi goreng ini lebih enak di makan kalau ada keropok goreng...itu kata hasya dan suami zarin
bagi saya...tanpa keropok pun sedap jugak :D

Sunday, January 3, 2010

020110 - kek batik, ikan bakar dan ikan singgang

seminggu tinggalkan periuk belanga
malam tadi baru sampai dari JB
disebabkan sibuk mencuci baju dan unpack
jadi i buatkan hidangan yang paling simple dan pantas


ikan kembung yang dibakar kosong aje...sedap di makan bersama dengan budu campur perahan limau nipis dan cili api...


ikan bakar dengan budu sedap di makan dengan ikan singgang

resepi ikan singgang

seekor ikan tongkol/aya dipotong 5-6
sedikit lengkuas
3 keping asam keping
garam secukup rasa
5 biji cili api
air sebagai kuah

cara cara
masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih atau sehingga ikan masak. tutupkan api dan kemudian terus tutup periuk dengan penutup.



p/s: zarin pun tak tahu kenapa kena tutup cepat cepat tapi nenek pernah cakap, kalau masak ikan singgang, lepas je tutup api tu kena tutup periuk tu dengan penutup dia..baru sedap banyak :)






kek batik ini pula zarin buat untuk minum petang..
terasa lapar jadi, godek ajelah gerobok kat dapur

bahan bahan A
2 paket biskut marie di pecah pecahkan
50 gram badam (seeloknya bakar dulu badam ni agar lebih rangup)


bahan B
125 gm butter
300gm coklat masakan
3 sudu susu pekat

cara cara
cairkan bahan B sehingga cair. zarin guna teknik double boiler
ambil bahan A dan masukkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai
kemudian tuangkan bahan B ke dalam baha A
biar sehingga sejuk

kenapa periuk belanga zarin wujud?

periuk belanga zarin wujud sebab zarin suka sangat menonton cerita julia and julie tu
terpesona betul tengok macam mana julia belajar french cooking sewaktu dia menetap di france tu
dan juga macam mana si julie tu challenge herself with all the recipes in julia's book
zarin bukanlah nak ikut julie ni
tapi saja suka suka nak tengok kerajinan zarin bila tiba hal masak memasak ni
apa saja yang zarin post kat blog ni ialah apa yang zarin masak ye!
kalau zarin tak masak hari tu, maka takde lah entry ye!
tang recipe tu, mestilah 100% bukan zarin punya recipe
banyak recipe dari my mom, my mother inlaw, my friends dan jugak dari hasil menggogle...owh terima kasih pada en google sebab telah banyak membantu saya memahirkan diri dalam bidang masak memasak ini
till then selamat menjamu selera :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails