Thursday, February 25, 2010

240210 - Chocolate Banana Cupcake

sebelum apa apa hari ni…iya…date kat atas tu 24/2 tu is our 8th anniversary tau! hihi..saja je nak habaq! 

okay back to my recipe, kebetulan kat rumah ada pisang lemak manis yang dah nak nertukar kulit dia dah

plan nak buat cekodok tapi bila pikirkan cuma i ngan hasya je yang makan, so malas lah pulak

then tetiba kak ain pi tayang banana chocolate cake dia petang semalam

so, apalagi i pun c&p je recipe tu and terus buat cake ni tapi i buat cupcake sebab nak bagi kat my friend separuh

dapatlah 24 biji cupcake, so i dah bagi kat my friend dah separuh, separuh lagi tu i ngan hasya makan le gamaknya :D

sedap sangat caje ni..and very moist gitu

 

recipe ni i copy from KAK AIN, kak ain pulak nampak kat rumah kak ummi, kak ummi pulak c&p dari umah MamaFami. Resipi asal dari Joy of Baking. Terima kasih banyak2 utk akak2 semua. Minta izin c&p ye!!!


CHOCOLATE BANANA CAKE
Source : Joy of Baking
Ingredients :

  • 2 cups (400 grams) granulated white sugar
  • 1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
  • 3/4 cup (75 grams) cocoa powder
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 1 1/2 teaspoons baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 large eggs
  • 1 cup mashed ripe bananas (about 4 small sized bananas) - i used pisang lemak manis
  • 1 cup (240 ml) warm water
  • 1/2 cup (120 ml) milk
  • 1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
  • 1 1/2 teaspoons vanilla essence

Method :

  1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
  2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. (*I made cupcakes ye!). Set aside.
  3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
  4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
  5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
  6. Pour the batter into the prepared pan or cups and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean. for the cupcake, bake for 20-25 minutes okay!
  7. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache  (mine, tak sempat nak taruk ganache sebab sedap di makan begitu sahaja ;))

 001

Wednesday, February 24, 2010

190210 - Nasi Goreng Sardine

 

baru nak mula memasak selepas bercuti cuti

ini pun main campak campak je

masih buntu nak makan apa, sudahnya i buatkan nasi goreng guna ikan sardine cap ayam tu je..

nasi tu lebih waktu lunch and masa lunch tadi we all makan simple je which is i can’t remember dah tapi sangat simple lah sampai lupa nak amik gambar :-)

okay ini resepi nasi goreng ikan sardine

BAHAN BAHAN

1 tin ikan sardine cap ayam tau! hihi..i memang makan ikan sardine cap ayam je

1/2 biji bawang merah yang besar – di hiris nipis or di racik

1 biji bawang putih – di hiris nipis /dadu

6 biji cili api di ketuk (nak lagi pedas tambah lagi cili api ye!)

2 tbsp kicap lemak manis cap kipas udang :-)

lettuce untuk hiasan

garam secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis

CARA CARA

panaskan minyak

asingkan ikan sardine dari sosnya

bila minyak dah panas, goreng ikan sardine sehingga masak (ikan sardine selalu meletup bila di goreng jadi i selalu tutup kuali tu dengan penutup)

bila ikan dah masak, angkat dan toskan

guna minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah sehingga garing

kemudian masukkan cili api dan sos sardine tadi

kacau sekejap dan masukkan kicap

**semasa sedang menumis tadi, jangan lupa siat siatkan isi ikan sardine tadi dan gaul dengan nasi ye!

masukkan nasi yang telah di gaul dengan ikan sardine tadi

masukkan garam secukup rasa dan masukkan lettuce, terus tutup api dapur sebab lettuce ni sedap di makan macam tu je..biar rangup sikit (tapi i kena lembutkan sikit sebab my other half tk suka mkn mcm tu je )

siap :-)

008

 

Friday, February 19, 2010

110210 - Cekodok Pisang

 

slow betul kan i ni sebab masih lagi terhegeh hegeh nak taruk resepi yang buat before bercuti cuti sewaktu CNY hari tu

alah, bukan resepi apa pun tapi resepi cekodok pisang or “jemput jemput pisang” je :D

nak jugak taruk resepi ni sebab tiap kali buat cekodok ni, mesti tak jadi cantik and sedap..hihi mesti jugak nak yang cantikkan!

cekodok ni i buat untuk minum petang hari khamis lepas…hmmm baru hari ni sempat nak typekan resepi dia

ini resepinya ye!

BAHAN BAHAN

2-3 biji pisang di lenyekkan 

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula castor

1 tsp baking powder

1/2 cawan air

sedikit garam ye!

minyak untuk menggoreng

CARA CARA

- masukkan pisang yang telah di lenyekkan ke dalam bekas besar

- kemudian masukkan tepung gandum, gula castor, garam dan baking powder

- gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit (jangan risau jika air tak habis ye) sehingga mendapat adunan yang agak pekat

- biarkan seketika – lebih kurang 15 minit

- panaskan minyak dan ambil adunan  satu sudu dan goreng sehingga garing

- angkat dan toskan di atas kitchen towel dan sedia untuk di makan :-)

jemput makan ye!

009 

 

 

Thursday, February 18, 2010

100210 - Nasi Lemak Ikan Aya/ Tongkol

 

lamanya i tinggalkan dapur i ni kan!

weekend hari tu i pegi utara sebab ada wedding kat sana

dah sampai utara, singgah kejap di langkawi

3 hari di utara, asyik makan seafood je tiap tiap malam dan tiap tiap pagi pulak asyik makan nasi lemak je :-)

dah balik sini, mula lah makan toast bread je for breakfast

i ni memang jarang sangat masak yang agak beria untuk sarapan pagi

bila ada mood atau dah teringin sesangat tu barulah i masak beria untuk sarapan macam masa i teringin nak makan nasi lemak ikan aya ni :-)

002

 

okay, ini resepi sambal ikan aya ye!

BAHAN BAHAN UNTUK MEREBUS IKAN

1 ekor ikan aya di potong nipis – di cuci dan di toskan

3 tsp garam halus atau suku genggam garam kasar

5 keping asam jawa

sedikit air – cukup sekadar suku bahagian ikan sahaja

 

CARA CARA

masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan tutup periuk dengan penutup periuk

kemudian rebus sehingga kering air atau sehingga mendidih

tutup api dan biarkan

** ikan aya ni lebih sedap kalau di rebus sehari lebih awal

 

 

BAHAN BAHAN UNTUK SAMBAL TUMIS

15 biji bawang merah

5 biji bawang putih

20 tangkai cili kering – di rendam di dalam air panas dahulu

minyak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa

 

CARA CARA

- pakai blender, mesinkan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga lumat

- panaskan minyak di dalam kuali

- masukkan bahan mesin tadi

- tumis sehingga naik bau dan warna cili tadi agak gelap (guna api sederhana ye!) – dan jangan lupa kacau bahan tadi yer!

- bila sambal dah pekat dan gelap warnanya, masukkan garam dan gula secukup rasa. (boleh juga guna gula melaka – rasanya akan lebih sedap lagi dan sambal akan menjadi lebih gelap seperti yang sambal kat terengganu gitu :))

- tutup api dan tuangkan di atas ikan rebus tadi apabila hendak dimakan dengan nasi lemak.

- boleh di hidang dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun

okay, nasi lemak ikan aya sudah siap! ayuh kita menjamu selera :-)

Tuesday, February 9, 2010

080210 - Macaroni and corn pancakes

 

 

 

005

 

 

dinner malam tadi simple

first time try buat macaroni macam ni, selalunya macaroni bake or goreng je

tapi semalam i cuba buat macaroni pancakes

hasilnya, hmmm sungguh tidak mengecewakan ;-)

okay, ini resepinya

BAHAN BAHAN

1 corn cob – di rebus kemudian di hiris nipis, ambil isi jagung sahaja

segenggam macaroni – di rebus sehingga lembut dan di toskan

2 tbsp butter

1/2 biji capsicum – di potong dadu

3 tbsp thickened cream

2 tbsp tepung gandum

2 biji kuning telur

4 tbsp evoo

salt and pepper secukup rasa

CARA CARA

- panaskan 1 tbsp butter dan masukkan capsicum tadi, bila agak garing, tutup api dan toskan capsicum di atas tissue dapur

- di dalam bekas lain, kacau kuning telur dengan thickened cream dan tepung gandum sehingga rata dan tidak berketul ketul

- masukkan capsicum, macaroni dan corn tadi

- masukkan garam dan pepper secukup rasa

kemudian, panaskan 1 tbsp butter dan sedikit evoo di atas pan

- masukkan mixture tadi ke dalam pan sebanyak 2 sudu atau mengikut saiz kesukaan anda (i suka buat 2 sudu je sebab kalau besar sangat, i tak tau nak balikkan pancake tu )

- goreng sehingga garing dan kemudian terbalikkan

buat sehingga adunan habis

susun pancake di dalam pinggan mengikut banyak mana yang you nak makan ye!

sedap di makan dengan salad dan beef stripes yang telah di goreng dahulu :-)

002

Monday, February 8, 2010

070210 - hasya’s crunchy kepok lekor

 

pernah ternampak resepi keropok lekor ni kat blog waterlily

tapi semalam nak cepat, punya pasal, i main agak agak je sebab i nak buat sikit je

untuk hasya je

dapatla 2 ketul kepok, just nice for my little hasya :-)

okay, here’s the recipe

BAHAN BAHAN

1 tin tuna chunk in water – di buang airnya dan di toskan dan di hancurkan ketulan tuna tadi

1 1/3  cawan tepung kanji

1/3 cawan tepung gandum

1 tsp garam

1/4 cawan air

CARA CARA

di dalam bekas yang besar, gaulkan kesemua bahan dan masukkan air satu sudu satu sudu sehingga mendapat adunan yang lembut – jangan risau jika air tidak habis kesemuanya ye!

kemudian bentukkan panjang panjang atau silinder

rebus sekejap di dalam air yang mendidih atau boleh juga terus di goreng di dalam minyak yang panas

i lebih suka keropok ni di rebus dulu – lebih lembut texture dia :)

020

yang ni kepok lekor yang i tk rebus dulu – terus goreng je , my other half suka yang ni

003

yang ni pulak rupa kepok lekor yang i dah rebus dulu – i suka yg ni

as for hasya – dua dua dia suka :-D

Sunday, February 7, 2010

060210 - nasi ayam hitam manis bahrain

 

005

 

 

kenapa nasi ayam hitam manis bahrain ye?

sebabnya, my other half sangat suka makan nasi ayam macam ni :-)

actually i pulak amat suka nasi ayam hainan or steam chicken tu tapi sebab my other half tak suka, jadi i asyik buat nasi ayam macam ni je sejak kawin..(ish macam ler pernah masak nasi ayam sebelum kawin :-) )

nasi ayam ni i buat semalam  sebab i baru baik selsema dan terasa agak malas untuk keluar rumah.

jadi, masak nasi ayam aje lah untuk lunch, sebab nasi ayam ni kan paling senang nak sediakan dan hasya pun amat suka makan nasi dengan sup saja

ayam ayam tu untuk i and my other half je :-) 

rasanya semua orang dah tahu masak nasi ayam kan! tapi takpe, ini cara i masak nasi ayam :-)

 

 

BAHAN BAHAN
Untuk kukus ayam
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya 
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia

 

  • Untuk perap ayam
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >3 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih

 

  • Untuk nasi
  • - 2 cwn beras
  • - 1-2 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • 1 biji serai  - di ketuk
  • - 4 ulas bawang merah -di hiris halus
  • - airkukusan ayam tadi secukupnya  - lebih kurang 2-3 cawan air
  • - sedikit garam.
  • kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

 

  • Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 biji cili api
  • > 2 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 tsp garam dan gula
  • > 1/2 cawan air

 

  • Untuk sup
  • lebihan air rebusan ayam
  • 2 biji bawang merah di hiris nipis
  • 1 bunjut rempah sup
  • garam secukup rasa
  • bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga
  • 2 cm halia di ketuk
  • 1 biji bawang putih di ketuk
  • daun sup yg dihiris, daun bawang yang di hiris dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara

untuk ayam

Ayam dipotong ikut suka besarnya,bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk bersama halia,  kukus  hingga empuk

kemudian, toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min (lagi lama di perap lagi sedap). Goreng hingga garing.

 

Untuk nasi

Basuh beras dan toskan. I guna periuk rice cooker tapi di masak di atas dapur gas. Panaskan butter, tumis halia, serai dan bawang merah, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air dari kukusan ayam secukupnya dan garam. Masak di atas dapur gas, apabila nasi mendidih dan air hampir kering, balutkan penutup periuk dengan tuala bersih dan tutup periuk nasi. kecilkan api atau periuk tersebut boleh di masukkan ke dalam rice cooker sehingga nasi masak  (sebenarnya i tak berapa pandai untuk masak nasi menggunakan dapur gas, jadi sebab tu lah, i akan pindahkan nasi tersebut ke dalam rice cooker sehungga masak )

 

Untuk Sos cili

Blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Masak  sebentar di atas api sehingga mendidih

 

Untuk Sup

Air kukusan ayam didihkan bersama halia dan bawang putih dan rempah sup bunjut, masukkan garam secukup rasa

kemudian, di dalam kuali, tumiskan bawang merah sehingga garing, masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis

masukkan bahan tumisan tadi ke dalam sup tadi. biarkan mendidih sebentar sebelum di tutup api dapur

sebelum di hidangkan, taburkan dengan bawang goreng dan daun sup serta daun bawang

 

Untuk kicap pula, selalunya i just add sedikit air panas ke dalam 5 tbs kicap lemak manis

 

Untuk salad pula, siat siatkan daun salad, hiris mentimun dan toamto, i suka makan tomato cherry yang kecik tu sebab ianya sungguh rangup dan juicy :-)

 

 

008

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails