Tuesday, March 9, 2010

080310 - lamb Chenta madu

me and kambeng :-) hehehe..memang sangat akrab ye!

now, my other half pun dah pandai makan kambeng, so laaagi lah i suka :-)

i suka kambing panggang and my other half pulak prefer lamb stew..tapi dua dua pun we all boleh je makan :-)

okay, back to our dinner last nite

i got this recipe from this lovely lady 

decided to give it a try coz the ingredients and method is very  very very simple

009

so, eda.. here’s my version on the recipes..a bit different from u lah coz i pi taruk jintan putih and marinade suma skali :-)

BAHAN BAHAN


bahan A
lada hitam - i suka banyak
ketumbar
buah keras
jintan manis

jintan putih

(semua ni di tumbuk halus)


daun kari - 2, 3 tangkai
madu

CARA CARA


- bersih kan lamb dan toskan

- gaulkan lamb tadi dengan bahan A dan madu serta daun kari

- perapkan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam (lagi lama pun takpe )

- then panaskan oven pada suhu 250 C

masukan lamb tadi dan bakar selama 20 minit, kemudian keluarkan balikkan lamb tadi serta masukkan potatoes, bawang merah dan capsicum (ini optional ye!)

bakar lagi selama 30 minit…siap….

i served with macaroni and apple salad and baked potatoes :-)

oops..masa nak makan tu, curah je lah the honey sauce yang dalam pan tu..rasa manis manis pedas gitu :-)

014

Monday, March 8, 2010

040310 - Easy Peasy Pizza

 

we had pizza again for dinner :-)

yupp!! i know i know, asyik asyik pizza je ke? well, what can i say…rumah ini..ya..rumah ini amat suka makan pizza

so, orang dapur rumah ini amat suka sebab kerja memasak menjadi amat easy peasy ngeh ngeh :D

i think i dah post a couple of pizza dough recipes kan..but this one is the one yang i amat amat suka..not only me je tau yang suka

haaa…my other half pun cakap sedap dough dia..so, apalagi..laaaagi lah orang dapur ini suka sebab recipe ini amat amat senang if compared with the pervious recipes.

 

ini orang dapur punya pizza ye! i suka yang agak tebal and macam roti sikit :D

my other half and hasya pulak suka yang agak crunchy and nipis sikit dough dia..so i pun buat 2 bijik la..

1 big one for them and 1 small one for me :D

038

as for the pizza topping pulak, this time my other half request nak loads of pineapples and chickens and of course i want loads of olives hehehee…well, that’s the beauty of making pizza at home kan! u can create your own toppings and the most important one is that  i have to leave 1 small portion with cheese sahaja..iya..itu untuk hasya sebabnya hasya amat amat tidak sukakan segala mak nenek ada kat pizza dia..enough with cheese sahaja :D

034

hokkay, here’s the Pizza Dough Recipe, terjumpa recipe ni kat heather cameron sytlist' sblog…

ingredients

1 pack of yeast (i used mauripan)

1 cup warm water

2 tablespoons olive oil

1 tsp salt

2 tsp sugar

2 cups Bread flour (i used high protein flour) - don't use regular - it's not the same!

Method

Whisk yeast, water, oil and sugar together in a bowl - let sit for about three minutes.
Put flour and salt in a wide bowl - pour in wet liquid and start to mix. Eventually, you have to use your hands to get it all mixed together and knead the dough till it forms a smooth ball. Put back in a lightly floured bowl and sprinkle a bit more flour over the dough.
Put a damp tea towel over it and let it sit on the counter for one hour. It will double in size.

Then, voila, you have yummy dough! Give it a few more kneads to work out the air, roll it out - thin or thick - the choice is yours. It does puff up a fair bit when it bakes. Add sauce and toppings and bake at 350 for 10 to 12 minute

Friday, March 5, 2010

030310 - easy peasy lemongrass baked chicken thighs

 

easy peasy and lazy daisy baked chicken thighs tu sebenarnya :-)

owh, ini adalah salah satu dinner yang i will prepare whenever i feel so lazy daisy to play around with my periuk belanga

to save my time, i usually marinade the chicken thighs in the morning and will put everything in the oven one hour before dinner time

dah tentulah kena masak for hasya punya lunch kan, so i marinade the chicken skali lah waktu tu and then refrigerate it sampailah waktu dinner nanti…well, so easy peasy kan and sungguh sesuai sekali bila terasa lazy daisy nak main masak masak di petang hari :D

025

okay, here’s how i made my lemongrass baked chicken thigh

BAHAN BAHAN

2 pieces of chicken thighs – di cuci dan di toskan

2 batang serai – di hiris nipis

2 biji bawang putih di potong dadu kecik kecik

4 tbsp barbecue sauce (haaa ini lagi easy coz i pakai ready made barbecue  dalam bottle tu :-) )

garam secukup rasa

2 biji kentang di belah 4

1/2 red capsicum di potong memanjang atau sesuka hati

1/2 green capsicum di potong memanjang atau sesuka hati

1 biji carrot di potong memanjang

beberapa helai daun parsley – di hiris nipis

CARA CARA

marinade the chicken thighs dengan serai, bawang putih, garam, daun parsley dan barbecue sauce tadi

perap kan di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk selama sekurang kurangnya 1 jam

kemudian panaskan oven pada suhu 250C dan masukkan chicken thighs tadi

baked selama 20 minit, terbalikkan ayam tadi dan masukkan kentang, capsicums dan carrot tadi

sambung bakar lagi selama 20 minit…

sudah siap…sedap di makan dengan salad kesukaan anda atau pun boleh di makan begitu sahaja :-)

hokkay dinner is ready :-)

and this is our lunch on that day…sebab tu lah i malas bangat nak prepare heavy dinner..tengahari tu we all makan ini…sedap bangat…2 kali i tambah nasi ngeh ngeh :D

017

kari kepala ikan la tu…resepinya di sini ye! i sudah jatuh chenta sama itu kari kapla ikan tanpa santan ini…

 

Thursday, March 4, 2010

020310 - daging prune hitam manis

017

asyik asyik daging hitam je ye!

haaa lah sebabnya i ni memang sungguh tak reti sangat nak masak daging ni..yang i tau, cuma daging goreng, kari daging and daging kicap..tu je lah..

daging prune ni memang kesukaan my other half selain dari daging manis tu..

so, i selalu jugak masak daging prune ni..i suka rasanya yang ada rasa masam manis prune tu :-)

 

hokkay, this is how i made my daging prune hitam manis

 

BAHAN BAHAN

1. 450gm daging di hiris nipis
2. 2 biji bawang merah - di tumbuk

3. 1  biji  bawang putih – di tumbuk

4. 1 tsp jintan manis – di tumbuk

5. 1 tsp jintan putih – di tumbuk

6. 1 tbsp cili kisar (if nak guna cili boh pun ok jugak )

7. 1 tbsp sos tomato

8. 2 tbsp kicap lemak manis

9. sedikit buah pelaga,kayu manis, bunga lawang and bunga cengkih (kalau tak nak pun tak pe)

10. garam secukup rasa

11. beberapa helai daun kari

12. 1/2 biji bawang besar di hiris nipis

13. 4 biji  buah prune tanpa biji di hiris memanjang

14. minyak untuk menumis dan menggoreng

 

CARA CARA
- gaulkan daging dengan bahan no . 1 hingga no. 10
- perapkan di dalam bekas bertutup selama 1/2  jam atau lebih

- kemudian panaskan kuali

- tumis bawang besar dengan daun kari sehingga naik bau
- kemudian masukkan daging yang telah di perap tadi
- biarkan daging di atas api dan kacau sekali sekala sehingga kering airnya
- kemudian masukkan sedikit lagi kicap kalau nak warna yang lebih gelap ye!
- kacau, dan bila daging hampir masak, masukkan prune yang telah di hiris memanjang tadi

- kacau sekejap dan boleh di tutup api…

siap dan sedia untuk di hidang …daging ni sedap di makan dengan nasi putih atau pun nasi beriani atau nasi minyak atau pun di makan begitu sahaja :-)

Wednesday, March 3, 2010

020310 - Sup ayam togel

 

kenapa sup ayam togel???

hihi kalau tak percaya, tengoklah ni..

011

masih dalam periuk belanga lagi :-)

and memang kosong macam tu je sebab ini sup ayam version yang i selalu masak for hasya and bila dah masakkan untuk hasya tu, i pun join makan skali hikhik

anyway, i pun bukannya pandai masak sup ayam pun..so, ini pun i main campak campak je lah :-)

okay ini bahan bahannya

1. 4 ketul ayam – i suka part yang banyak tulang tu – di cuci dan di toskan

2. 1 sup bunjut (i pakai sup bunjut adabi)

3. sebiji bawang putih di ketuk

4. 1 inci halia di ketuk

5. air untuk di jadikan kuah – suka hati banyak mana lah kan

6. 1 biji kentang di belah 4

7. carrot – di hiris nipis

8. 3 biji bawang merad di hiris nipis

9. bunga lawang, buah pelaga,kayu manis dan bunga cengkih

10. garam secukup rasa

CARA CARA

masukkan ayam, sup bunjut adabi, bawang putih, halia, kentang  dan air ke dalam periuk

masak sehingga mendidih

bila kentang dah hampir empuk, masukkan carrot

kemudian, di atas dapur yang lain, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah sehingga kuning, masukkan no. 9 tu dan tumis sekejap lagi

then masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk berisi sup ayam tadi

masukkan garam secukup rasa…taraaa…siap :-)

ini pula bila hasya makan sup ayam dengan spaghetti :-)

kan togel je rupanya :D

015

 

Tuesday, March 2, 2010

010310 - Campak campak belacan fried rice

 

anyway, made this belacan fried rice because my other half yang not feeling well tu tetiba teringin bangat nak makan fried rice…hmmm jangan tak tahu, my dotter is penggemar pasta and my other half pulak penggemar nasi goreng tau!

tak kisah lah nasi goreng macam mana pun, sure my other half suka tau!

so, sebagai memenuhi permintaan orang sakit, i pun main campak campak je bahan bahan nasi goreng ni.,.bukan apa, actually tekak i nak makan mee bandung and i did suggest to him about having mee bandung for dinner, tapi nasi goreng jugak yang menang :-D

geram punya pasal lah tu, so i main campak campak je bahan dia ye!hihihi..tak de lah..i ikhlas masak for him, tambah lagi when he is not feeling well :-)

anyway, this is how i made my campak campak belacan fried rice

BAHAN BAHAN

satu cawan nasi

1 biji bawang putih di tumbuk
3 biji bawang merah di tumbuk
2 biji cili besar – di tumbuk

4 biji cili api di tumbuk

sedikit belacan di tumbuk

1 tbsp ikan bilis di tumbuk

sayur- i masukkan lettuce je :-)

garam secukup rasa
1 tbsp kicap  (tak nak masuk kicap pun takpe tapi i masukkan sebab my other half nak jugak kicap walau pun satu sudu)

minyak untuk menumis


CARA CARA


tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik bau
then, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap
kacau hingga rata.. masukkan lettuce dan terus tutup api
sudah siap…senang yang amat kan! :)

 

 

sedap di makan dengan keropok goreng dan jugak telur gulung

002

banyakkan i taruk lettuce…i suka kerangupan lettuce tu…

Friday, February 26, 2010

250210 - Chocolate Cake

 

lama betul tak masak memasak dengan jayanya kat dapur i tu :-)

after CNY holiday hari tu, my other half ke kuantan and kerteh, malam tadi baru balik rumah and today pulak, although everybody else cuti, my other half pulak sibuk ada meeting sana sini with his boss..5.30pm tadi baru balik..hmmm macam kejer jugaklah ye hari ni :-)

normally when my other half is not around, i memang masak yang amat simple je sebab hasya memang penggemar pasta yang tegar..almost everyday both of us makan pasta or paling tidak pun i buatkan vege soup je :-)

well, itulah ceritanya kenapa lama dapur ni tak berasap :-)

anyway, i baked this chocolate cake for my friend’s cousin

dah banyak kali baked this cake and ramai cakap memang sedap..and nak buat cake ni pun amatlah senangnye sebab tak payah nak pakai mixer pun…(itu yang i suka tu hihi)

actually, i terjumpa resepi ni kat mamafami, so izinkan saya c&p aje ye!

 

CHOCOLATE CAKE
Source : Perwakilan The Hague Blog
Ingredient A :
250 g butter
1 cup lukewarm water
1 ½ cup granulated sugar
½ - ¾ cup cocoa powder
Ingredient B :
2 cups flour
1 teaspoon baking powder
2 teaspoon soda bicarbonate
Ingredient C
2 eggs
1 teaspoon vanilla essence
½ cup evaporated milk/ coffee milk
Method
1. Put ingredients A in a double boiler, heat till the butter melts and cool till lukewarm
2. Sieve ingredient B together
3. Slowly fold in B in A
4. Add in C to 3, mix well, try to avoid clumps. If there are clumps, sieve the mixture.
5. Bake in a preheated oven at 160 celsius for 45 mins – 1 hr. For cupcakes, I baked for 27 to 30 minutes.

 

 

ini rupa dia before di make up ye!

012

011

this one pulak rite after dah make up…make up simple je sebab banyak benda happen masa tengah buat ni sampai i kecut perut takut tak sempat siap by this morning..

make up dia tu, i pakai fondant je..just sapukan apricot glazed and then salut je lah dengan fondant :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails