Monday, January 11, 2010

100110 - kari kepala ikan, sambal tempe dengan ikan bilis dan kentang, puding sagu gula melaka dan sandwich

ini menu hari ahad kami
banyak kan!
tapi sebenarnya kari kepala ikan dan sambal tempe dengan ikan bilis dan kentang itu untuk makan tengahari
manakala puding sagu gula melaka adalah dessert untuk makan tengahari jugak
sandwich pula adalah makan malam kami :-)
semalam kami tak ke mana sebab hasya demam

kali ni zarin masak kari tanpa santan. saja nak cuba yang tak payah guna santan pulak. resepi ni zarin amik je kat belakang paket serbuk kari ikan babas.
hasilnya amat sedap bagi zarin lah


bahan bahan
sedikit jintan putih
sedikit jintan manis
sedikit halba
zarin tumbuk sekejap ketiga tiga bahan ini

sebiji bawang besar di hiris nipis
2 ulas bawang putih di hiris nipis
2 biji tomato di belah 4
daun kari
6 biji bendi
1 cawan air asam jawa
1 cawan air

kepala ikan
minyak untuk menumis
garam secukup rasa


cara cara
panaskan minyak
tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga naik bau
masukkan bawang besar, bawang putih, tomato dan daun kari
gaulkan biar rata sehingga bawang tadi agak kecut sedikit
masukkan serbuk kari ikan babas yang telah di campur air sedikit
tumis lagi sehingga pecah minyak
masukkan bendi
gaul rata
kemudian masukkan air asam jawa dan air
biar sekejap
kemudian masukkan kepala ikan
kecilkan api dan masukkan garam secukup rasa
biarkan di atas api kecil sehingga ikan telah masak



sambal tempe dengan ikan bilis dan kentang ni adalah salah satu masakan kegemaran zarin.
dulu suami zarin tak suka makan tempe, tapi bila zarin asyik buat je (maklum lah kegemaran zarin kan!) maka lama lama suami zarin pun dah suka tapi dengan syarat tempe tu mesti lah di goreng dengan garing dahulu.
kalau tak garing, dia tak suka :-)


bahan bahan
tempe - di potong dadu
kentang - di potong jejari
ikan bilis

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili kering
kesemua bahan di atas hendaklah di blender dengan sedikit air

garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis


cara cara
panaskan minyak di dalam kuali
goreng kentang sehingga masak, angkat dan toskan
kemudian goreng tempe sehingga garing, angkat dan toskan
goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan

guna minyak yang baru, panaskan di dalam kuali
tumiskan bahan yang di blender tadi sehingga agak garing ( guna api kecil)
kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa
kacau
kemudian masukkan tempe, ikan bilis dan kentang
gaul rata...dah siap :-)



zarin suka sangat makan puding sagu gula melaka ni. sebelum ni zarin tak pernah kisah pun macam mana nak buatnya. tapi sejak kenal puan lady ni barulah zarin tahu yang sebenarnya puding ni amat senang sekali untuk membuatnya. so, sejak hari tu lah, zarin selalu buat puding ni :-)


bahan bahan
sagu mata ikan
gula melaka - di cairkan dengan air panas
satu tin susu cair

cara cara
rendamkan sagu di dalam air selama 30 minit (zarin suka rendam sebab taknak masak lama sangat kat atas dapur tu )
masukkan sagu ke dalam periuk berisi air
masak sagu sehingga kembang dan likat
ketepikan dan sejukkan
(zarin masukkan sagu yang masih panas tadi ke dalam bekas kecil kecil dan kemudian baru di sejukkan)
bila hendak di makan, campurkan gula melaka dan susu cair tersebut ke dalam bekas yang berisi sagu tadi...dah siap
sedap di makan pada bila bila masa sahaja..itu bagi zarin lah yer!



sandwich ayam ini pulak adalah hasil dari lebihan ayam yang zarin masak malam sebelum ni. sebab sebelah siang tu, kami dah makan yang agak berat, jadi zarin buat sandwich aje lah untuk makan malam



bahan bahan
lebihan ayam panggang - di siat siat
daun salad di potong kecil2
tomato cherry di belah 2
2 keping hirisan timun
mayonaisse
chilli sauce
butter (Optional)
2 keping roti

cara cara
sapukan butter pada roti, bakar roti tersebut (kalau tknak sapu butter pun tkpe)
kemudian letakkan daun salad, ayam tomato dan timun di atas kepingan pertama
paipkan mayonaisse dan sos cili
kemudian tutup dengan lapisan roti yang kedua..

senangkan dan tak membazir ;-)

2 comments:

  1. wow banyaknya menu... wow kari kepala ikan without santan mesti sedap kan... one day nak kene try.. i pun pakai babas, best kan kari dia rasa mcm kari india i suka sangat.. lepas sehari i buat cicah roti..
    comelnya puding u buat dalam bekas2 kecik...
    :-)

    ReplyDelete
  2. lady
    sebenarnya tk banyak tp nama lauk pauk tu pjg bebenor lah hihihi..

    zarin buat puding dlm bekas kecik tu sbb nk suruh hasya makan jugak..kalau yg biasa tu hasya tk mkn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails