Tuesday, July 6, 2010

chicken sandwich and fries je

 

tonite’s dinner :-)

004

bila makan macam ni maknanya si tukang masak agak malas nak pikir apa nak makan and akan prepare apa yang nampak je :D

bukak fidge tadi nampak segala salad, timun, tomatoes and capsicum

pastu nampak pulak ada 4 keping roti kat atas meja

then teringat pulak semalam baru je beli chicken

so, apa lagi chicken sandwich lah gamaknya ye!

sebab tak nak pinggan nampak kosong je..so goreng la sikit fries and potong honey dew sikit ye!

heee healthy tak dinner nih? ada sayur segala bagai and ada fruits gitu :D

okay, malas nak taruk resepi sebab everybody knows how to make a sandwich rite?

cuma chicken tu je i marinate jap ngan black pepper sauce and then i grilled jap

pastu taruk je lah atas roti tuh…

hokkay, selamat menjamu selera

  003

Monday, July 5, 2010

laksa kuah putih

 005

laksa kuah putih or laksa kelantan ni senang sangat nak membuatnya cuma i ni cukup tak suka membuatnya sebab i tak suka potong ulam ulam tu and i suka makan dengan laksa beras yang amat susah betul nak jumpa kat sini..i tak suka sangat makan laksa lering yang rebus tu :-)

sebab i pemalas sangat nak membuatnya and sebab tak suka makan laksa rebus tu so kan, tiap kali balik kelantan i selalu mintak my mom buatkan hehe…suka je hati suruh mak buatkan ye!

anyway, a few weeks ago masa my inlaws bertandang kat my house ni i buat jugak laksa ni untuk they all….almaklumla..dah habis idea nak masak apa untuk they all kan..lagi pun dorang suka makan laksa ni :D

tapi sebab takde laksa beras tu and i pulak lupa nak beli laksa kering tu so kan, we all makan dengan vermicelli tu je..hmmmm sodap la…

so sebab itu hari dah makan vermicelli kuah putih yang sedap tu maka tonite pun i buat lagi lah :D

nah ini resepinya ye!

untuk 2-3 orang makan

BAHAN BAHAN

6 ekor ikan selayang or ikan sardin or nak pakai ikan kembung pun ok jugak – di rebus dengan sedikit 1/2 cawan air, 1 tsp garam dan 3 keping asam keping. setelah di rebus,  asingkan isi ikan dari tulangnya ye! (asam keping tu jangan di buang ye!)

1 packet santan yang kecik tu..i beli harga dia RM1.20 je

6 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

1/2 tsp lada hitam

halia sebesar ibu jari atau kecik sedikit pun takpe

lengkuas sebesar ibu jari atau keck sedikit pun takpe

1 1/2 cawan air

CARA CARA

masukkan isi ikan dan semua bahan di atas di dalam blender dan blend sehingga lumat

kemudian masukkan ke dalam periuk

kutip balik asam keping yang diguna untuk merebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk berisi bahan yang di blend tadi

masak di atas api sederhana sehingga mendidih. jangan lupa kacau sentiasa ye! then masukkan garam secukup rasa dan bila dah mendidih tutup api dan kacau lagi selama 1 minit – 2 minit

siap dan boleh lah di hidang dengan ulam ulam kesukaan anda

 

kuah laksa yang dah siap di masak

001

ulam ulaman – i guna kobis, daun kesum, timun dan taugeh je…and jangan lupa cili api di tumbuk dengan sedikit garam je

002

tadi kami makan dengan vermicelli ni je :-)

003

Friday, July 2, 2010

pizza for love

 

dah lama tak masuk dapur ni :D

tak masuk tu maknanya takde menu baru ye or boleh di katakan kemalasan untuk memasak telah datang ngeh ngeh :D

just had our dinner and tonite is pizza’s nite ye! huh, lama bebenor tak buat pizza…buat tadi pun sebab hasya dah merengek nak makan pizza

so, i buat jugak lah and memang berbaloi buat sebab hasya habiskan sebijik small pizza tu…

resepi pizza ni dah ada kat sini

so, i nak tayang rupa dia je lah :D

ini masa baru lepas uli tu..kecik cute je kan rupanya…owh i uli pakai tangan je ye! recipe ni bolehlah buat 3-4 ketul pizza yang thin crust tu…i slalu buat 3 ketui je sebab my husband tak suka tebal sangat and i pulak tak suka nipis sangat :D

001

yang ni pulak rupa dia after one hour ye! tunggu untuk di tumbuk tumbuk untuk buang angin yang kembang tu and then pastu dah boleh taruk topping dah

002

yang ni dah siap bertopping…i suka taruk banyak cheese…kat bawah cheese tu i taruk chicken pepperoni tapi tak nampak la pulak ye sebab banyak tul cheese i taruk kat atas tu….

005

ni yang dah siap bakar and ready to eat :D

006

jemput makan semua :D

Friday, June 25, 2010

cekodok labu

lagi kisah labu ye!

hehe agaknya selagi labu tu tak habis lagi selagi tu lah akan ada resepi labu ye?

ekeke..actually labu tu masih ada sebab dah tak tau nak masak apa dah…asyik asyik masak lemak labu je…

nak buat pumpkin rice, takde yang suka makan..then ingat nak buat pumpkin cake, terasa malas pulak nak mencari resepinya

so, sudahnya i buat cekodok labu pulak

resepi ni pun main hentam je macam nak buat cekodok pisang je sebab malas nak mengoogle resepinya

011

BAHAN BAHAN

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula castor

1 cawan air

1 tsp baking powder

1/2 tsp garam

labu di parut sebanyak mana yang anda suka

 

CARA CARA

di dalam bekas besar, masukkan semua bahan tadi dan gaul agar sebati

boleh di tambah lagi air kalau tak suka cekodok agak keras..(kami suka yang keras dan garing)

biarkan adunan selama 15 minit

panaskan minyak dan goreng seperti mana anda menggoreng cekodok pisang

hasilnya…hmmmm memang sedappppp :D

Sunday, June 20, 2010

masak lemak labu

 005

kali pertama masak lemak labu

itu pun sebab dapat free sebiji labu

kalau tak, memang takkan buat masak lemak labu ni lagi :D

tanya mak macam mana nak masak lemak ni tapikan rupanya mak pun tak pernah masak lemak labu tapi mak pernah makan la

so, mak suruh je masak macam masak lemak kobis tu

so, i pun main belasah je lah

bila dah siap…sedap bangat makan nasi dengan masak lemak labu, sambal belacan dan ikan goreng je :D

ini resepi yang i main belasah je ye!

 

 

bahan bahan

bahan yang di tumbuk

separuh ekor ikan kembung yang dah di bakar tawar ( boleh di ganti dengan ikan bilis ye!)

2 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

sedikit lada hitam (ikut suka kepedasan yang anda mahu )

semua ni di tumbuk ye!

 

seulas bawang besar di belah 4

satu cawan santan cair

1/4 cawan santan pekat

labu di potong kiub

garam secukup rasa

CARA CARA

masukkan semua bahan yang di tumbuk, bawang besar, santan cair dan labu di dalam periuk

masak di atas api sederhana sehingga mendidih (jangan lupa kacau ye!)

kemudian masukkan santan pekat dan garam secukup rasa

sentiasa kacau kuah tadi dan bila labu sudah empuk, sila tutup api

senang je kan resepi belasah i nih :D

anyway kalau ada cara lain nak memasak labu ni sila lah bagitau ye! sebabnya ada lagi sikit labu yang masih belum di masak :D

Sunday, June 6, 2010

no bake chilled cheesecake

 

 006

nasib baik buatkan cheesecake ni on thursday itu hari…bolehlah mengenyangkan perut i sebab the next day tu i demam and takde selera nak makan. segala benda yang makan tak sedap je tapi cake ni boleh plak i telan ye :-)

heeee sebab ada rasa masam masam cheese tu kot

anyway, i buat cake ni pun sebab kebetulan semua benda benda ada and lagi satu sebab ada banyak strawberries yang hasya petik itu hari..

okay, ni resepi dia ye!

no bake chilled cheesecake ni i amik from elisa taufik punya blog and elisa pulak amik from the fames nigella tu. anyway, suka tengok recepie elisa yg easy peasy itu. tapi la ni dia dah jarang post recepie. so, i cut and paste je lah ye...


Ingredients
10-12 Marie biscuits (Nigella used digestives)
2 tbsp soften butter/margerine
2 tbsp ground almonds, with 1/2 tbsp extra
300g pack of phildelphia cream cheese @room temp (i used 250gm)
1/2 cup icing sugar (more if you like your cheesecake sweet)
1 tsp vanilla essence
1 tbsp lemon juice (more if you like your cheesecake tart)
1 cup whipping cream or double cream of fresh cream
Fruit topping (I used strawberry )


Method
Brush sides of a round 6" spring form pan with butter, then sprinkle some ground almonds, shake to distribute evenly and remove excess.


In a food processor, ground biscuits then mix with 2tbsp butter and 2tbsp ground almonds, to form crumb like dough.

Press biscuit mixture on the bottom of spring form pan. Leave to chill in the fridge while you prepare filling.

In a bowl, mix well cream cheese, icing sugar, vanilla essence and lemon juice.
In another bowl, whip cream till soft peaks form (not stiff).
Fold cream into cheese mixture till well incorporated.
Pour filling into spring form pan.
Cover and chill for at least 2 hours.
To serve, run a knife on the sides of spring form pan before releasing the cheesecake.
Top with your favorite fruits

voila!!! sudah siap dan sedia untuk di makan :D

sorrylah ye sebab lupa plak nak buat elok elok tepi cake tu b4 amik gambor..heee tak sabar nak makan lah katakan :D

 

 

003

Wednesday, June 2, 2010

all time favorite chocolate cake

 

resepi ni my auntie yang bagi and rasanya dari dulu lagi tiap kali hari raya mesti ada chocolate cake ni at our houses

bukannya takde resepi yang lain tapi agaknya we all ni dah biasa makan yang ni so, itu yang asyik nak yang ni je kot :D

the other day masa mother’s day i buatkan cake ni for my friend’s mom sebab dia memang pernah makan cake ni and dia suka..and untuk miya’s wedding pun i buatkan cake ni jugak

so, here’s the recipe

BAHAN BAHAN

bahan A

1 cawan gula castor

1 cawan chocolate powder

1 caswan air

bahan B

1 1/2 cawan gula castor

250 gm butter

1 tbsp ovallete

6 biji telur

2 tsp essence vanilla

2 1/2 cawan self rising flour & 1/2 cawan susu segar

CARA CARA

masak bahan A hingga cair – ketepikan

then panaskan oven pada suhu 160 degree

dalam mixer, pukul gula,butter dan ovalette sehingga kembang

kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanilla

pukul lagi hingga sebati

kemudian masukkan tepung dan susu segar,mixed lagi sehingga fluffy dan akhir sekali masukkan coklat yang dah cair tadi

pukul hingga sebati dan masukkan ke dalam bekas dan bakar selama 45 minit

010

003

lupa nak amik gambar cake yg belum hias tu…sorrylah ye :)

anyway, untuk chocolate ganache tu i guna 250 gm cooking choc and 200 ml whipping cream

memula tu panaskan whip cream dgn cara double boiler biar hangat je and then masukkan cooking choc. kacau sehingga semua chocolate tu cair and if nak berkilat sikit, masukkan 1 tbsp butter dalam ganache ni…bila dah masak, sejukkan and then bolehlah hias kat atas cake tadi ye!

 

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails