Friday, September 24, 2010

popia goreng extra taugeh

 

huh, memang ponuh dengan taugeh lah popia ni :-)

nampak kan…satu pinggan penuh dengan taugeh tu?

017

ini gara gara, my other half beli taugeh dengan jayanya itu hari…dia ingat ramai bebenor orang yang suka makan taugeh kat our house ni kot.

kesian pulak tengok taugeh ni dok berendam lama lama dalam peti ais tu, maka i pun pi lah beli kulit popia tu…boleh gak jadikan inti popia ye!

023

then, terlebih rajin sikit sebab tekak teringin nak  sangat sangat makan popia simpul ni, maka sempat jugakla i menyimpul beberapa helai kulit popia tu menjadi popia simpul ni :-)

yang ni takdak resepi ye sebab i guna serunding ikan yang di import dari kampung yang mak i beli kat pasar siti khadijah…nak merasa serunding ikan, serunding daging yang sedap, sila lah ke pasar siti khadijah ye! macam macam serunding yang seap sedap ada kat situ :-)

024

eh, sebelum lupa this is how i made my inti popia yang penuh taugeh tu

bahan bahan

2 ulas bawang merah – di tumbuk atau di blend

1 ulas bawang putih – di tumbuk atau di blend

sedikit ayam atau udang di potong kecik kecik ( i suka taruk udang)

carrot di hiris halus atau di grated

sebiji kentang di grated

taugeh sebanyak mana yang suka

sedikit blackpepper yang dah di tumbuk atau i pakai je yang course blackpepper

sedikit garam

2 tbsp olive oil untuk menumis

 

Cara cara

tumis bawang putih dan bawang merah, then masukkan ayam atau udang

biarkan sekejap

then masukkan kentang serta carrot dan taugeh

perasakan dengan garam dan blackpepper

biar sekejap

tutup api

 

bila inti dah sejuk boleh lah di masukkan ke dalam kulit popia dan lipat popia ikut sesuka hati anda :-)

then boleh lah di goreng untuk di makan or kalau dah buat banyak, bolehlah simpan dalam freezer dulu untuk bebila masa anda nak makan nanti

Thursday, September 23, 2010

bee hoon sup

 

 

017

bee hoon sup ni asalnya untuk hasya and i je sebab my other half tu agak kurang suka makan bee hoon yang berkuah kuah macam ni tapi sebab i buatkan jugak bergedil, ketidak sukaan my other half tu telah bertukar menjadi kesukaan ler pulak ;-)

lagipun bergedil tu memang ada belen yang i buat weekend hari tu, i dah sumbat dalam freezer and tinggal nak gentel kecik kecik cinonet and goreng je lah..hee senang je kan kejer i :-)

anyway, kena lah creative sikit kan kalau nak suh sang suami makan masakan kita..…resepi bergedil dah taruk kat sini and here’s my own version of bee hoon sup punya resepi je…bee hoon sup ni pun i main campak campak je segala apa veges yang i jumpa dalam peti ais tu..

 

 

011

bahan bahan

bee hoon di celur dengan air panas dan di toskan

Bahan Bahan Untuk Kuah
3 - 4 ketul ayam, di potong kecil, cuci bersih dan toskan
1 bunjut sup adabi
1/2 kiub pati ayam maggi
2 tbs olive oil untuk menumis
air (ikut suka sebanyak mana )
garam secukup rasa
3 ulas bawang merah kecil (di mayang nipis nipis)
2 biji bawang putih ( di ketuk)

6 biji fish ball di cuci dan di toskan

sayur sawi, carrot dan cauliflower dan apa apa sayur yang anda suka

 

Cara cara

1.guna api sederhana, masukkan olive oil ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah dan  bawang pituh, tumis hingga harum,

2. kemudian masukkan ayam dan goreng sekejap

3. then masukkan air, sup bunjut  serta kiub pati ayam maggi. kacau sedikit.

4.Kemudian masukkan fishball dan sayur sayuran.

5. renehkan sup sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa. dah siap…

 

Bila nak makan, tuangkan kuah sup ke atas bee hoon yanh telah di celur tadi dan hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. we all suka makan dengan bergedil dan cili kicap…hehe ala ala makan bee hoon soto le pulak ye!

anyway, happy trying and this is one of the easiest thing to prepare bila ada tamu datang secara mengejut di musim raya ni :-)

Tuesday, September 21, 2010

chocolate brownie

009

made this over the weekend itu hari

ada tetamu datang and buat je lah the simplest thing yang i can find in my kitchen tu hehe..kan baru balik dari kampung, banyak menda dah habis.

made chicken rice and mee soto for them and brownies ni kira macam tambahan pada kuih raya yang dah tak berapa nak ada tuh

anyway, resepi asal brownies ni from the famos chef wan tu tapi i taruk almond flakes je instead of hazelnut sebab itu je lah nuts yang ada kat rumah i ni

003

anyway, here’s the recipe

Bahan bahan

150g unsalted butter

340g coklat separa manis di cincang, ( i used 200g cooking choc and yang selebihnya guna choc chips je sebab cooking choc dah habis)

1 cawan gula castor ( i used 3/4 cup je)

2 biji telur, di pukul

1 tbsp esen vanilla

1/2 cawan tepung gandum serbaguna

1/2 cawan walnut di cincang ( i used almond flakes je)

1/2 tsp garam

Cara cara

cairkan butter dan coklat sehingga tidak berbintil

sejukkan sedikit

then, masukkan gula, telur dan esen vanilla. pukul hingga sebati

then masukkan tepung, nuts dan garam

kaup dan balikkan sehingga sebati

tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas pembakar dan bakar pada suhu 175 C selama 25 hingga 30 minit.

bila dah siap, bolehlah di potong dan di masukkan ke dalam paper cup atau dalam balang :-)

happy trying…

Tuesday, September 7, 2010

daging kicap blackpepper penutup ramadhan

 

003

salam aidilfitri untuk semua dan ampun maaf di pinta andai ada silap dan salah zarin pada anda semua.

mesti ramai yang dah balik kampung kan!

as for us, esok after zohor kami akan berangkat ke kemaman

this year beraya kat rumah mak mentua’

second day raya baru bertolak balik pasir mas

so hari ni masak yang simple je and sebab nak menghabiskan segala bekalan dalam peti ais tu so terjadi lah daging kicap blackpepper ni

 

bahan bahan

250 gm daging

seulas bawang putih

seluas bawang merah yang besar ( i tk guna bawang merah yg kecik2 tu)

sebiji kentang di potong 8

1 tbsp lada hitam

3 tbsp kicap

1 1/2 cawan air

garam secukup rasa

 

Cara cara

hiris daging nipis nipis dan cuci serta toskan..

tumbuk lada hitam, bawang putih, dan bawang merah

kemudian panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi

kemudian masukkan daging dan kentang

masukkan air 1 cawan

tutup kuali dengan tudung periuk

biarkan selama 15 minit atau sehingga kentang dan daging empuk

kemudian angkat tudung periuk dan masukkan garam dan kalau ingin berkuah, boleh masukkan lebihan air tadi, biarkan mendidih dan tutup api

siap

011

Sunday, September 5, 2010

honey honey cornflakes

 

012

siapa tak suka honey cornflakes kan!

tak kira lah kanak kanak, mak kanak kanak, bapak kanak kanak datuk dan nenek kanak kanak pun suka makan honey cornflakes ni :)

nasib baik nak membuatnya senang sangat so kan rasanya almost every year honey cornflakes akan ada waktu hari raya…

haaa kalau takde tu maknanya kanak kanak dan mak pak datuk nenek dah habiskan before raya lah tu :-)

okay, this is how i make my honey cornflakes…ehehe though i know everybody knows how to make honey cornflakes but i letak aje lah recipe dia kan, mana lah tau kot kot i kelupaan ke nanti :-)

bahan bahan

5 tbsp honey (kalau nak lagi sedap dan lemak berkrim pakailah honey yang mahal, i slalu pakai madu khaula yang i minum tu…)

100 gm castor sugar

150 gm butter

250- 260 gm cornflakes

colourful beads for decoration

cara cara

masukkan honey, sugar and butter ke dalam pan dan panaskan sehingga cair

then di dalam bekas besar, masukkan cornflakes dan tuangkan bahan yang telah di panaskan tadi ke atas cornflakes dan gaul rata

then sudukan ke dalam paper cup dan tabur colourful beads on top of the cornflakes

bakar dalam oven pada suhu 175 C selama 10 minit

sudah siap and then bila dah sejuk boleh di makan dan kalau tak habis bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara :-)

011

Friday, September 3, 2010

puding putih telur berkuah

 

008

 

tak tau nak taruk nama apa :-)

eh, actually lupa la apa dorang panggil puding ni so i main hentam taruk nama sendiri je lah

buat ni pun sebab ada lebihan putih telur itu hari

teringat mak mentua pernah ajar camner nak buat puding ni, so i pun buat je lah

okay ini resepinya

Bahan untuk agar agar putih telur
6 biji putih telur 
3 cawan air
3 tbsp gula (kalau nak lagi manis, sila tambah gula ye! )  agar agar tali ( i guna separuh saja)

sedikit pewarna merah atau ros essence


Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali putih telur. Masak atas api sederhana sehingga agar agar dan gula sebati, tutup api

then dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga gebu dan kental (bila terbalikkan bekas tu, putih telur tu tak jatuh ye!)

then bila putih telur dah kental, masukkan agar agar tadi sedikit demi sedikit ke dalam putih telur tadi dan kacau biar agar agar sebati dengan putih telur tadi sehingga habis agar agar tadi ye!

then masukkan dalam bekas atau loyang untuk sejukkan

boleh juga di sejukkan dalam peti ais

 

Bahan untuk kuah

1 tin susu cair
2 tin air 
2 camca besar tepung kastad
1 tin buah buahan campuran (fruit cocktail)

Gula secukupnya

Cara Cara 
Campur semua bahan dan masak atas api sehingga mendidih.

tutup api dan sejukkan. boleh juga di sejukkan di dalam peti ais

apabila hendak makan, potong agar agar putih telur tadi dan masukkan dalam bekas yang sesuai dan tuangkan kuah tadi ke atasnya



** make sure tiup tiup sikit agar2 tu sebelum di campur dengan putih telur ye sebab takut kalau agar2 yang panas boleh buatkan putih telur tu jadi berketul ketul n tak nampak gebu macam tembikai ni :)

006

Thursday, September 2, 2010

hasya’s favorite semprit

 

biskut ni kesukaan hasya sangat sangat :)

i cuba buat biskut ni pun sebab hasya yang mintakkan

nak biskut yang panjang panjang kata dia

haaaa memang panjang sungguh rupanya :D

014

itu rupa dia before i baked :-)

okay ini resepinya. i amik resepi ni from my aunty 3 years ago

ingredients

 
300 gm butter 
150 gm icing sugar
2 egg yolk ( original was 2 1/2 egg yolk but i used 2 gred A egg yolk )
1 tsp vanilla essence
250 gm flour
100 gm corn flour
160 gm custard flour

**extra 1/4 cup of flour


method

  1. sift all dry ingredients together
  2. then in the mixer, beat the icing sugar and butter until fluffy
  3. then add the egg yolk and vanilla essence, continue beating until you get a creamy batter
  4. then add the dry ingredients (used slow speed – speed 1)
  5. mix well and once all have bee mixed together, off the mixer and leave the batter for 10 minutes ( kalau adunan masih lembik, sila tambah flour dari yang extra 1/4 cup tadi..tambah flour sedikit sedikit sehingga mendapat adunan yang lembut dan senang di tekan di dalam acuan semprit..)
  6. press using your desired shape and bake in the oven for 17-20 minutes at temperature 175 degree

004

dan inilah rupa semprit yang dah di bakar…hehe itu i cari yang paling pendek tuh :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails