Tuesday, January 26, 2010

250110 - mee soto



lunch zarin dah makan ayam ala kfc
jadi inilah dinner yang suami zarin nak makan tu :)
hasya pun suka makan mee soto ni
actually hasya tu bagi je lah mee yang ada sup.... mesti laju je dia makan
suami zarin pulak, kalau mee sup, tekak dia kurang boleh terima sikit
sebabnya dia nak jugak bergedil tu..dan bergedil tu pulak haruslah kecil kecil je bentuknya...hmmm...kalau bergedil yg biasa kita tengok yg besar tu, alamat nya
suami zarin takkan makan lah..

okay ini resepinya yang zarin main buat je..asal ada rupa macam soto tu jadi aje lah bagi zarin ;)



Bahan Bahan Untuk Kuah Soto:-

3 - 4 ketul ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 camca besar rempah sup soto "mak siti"
1 bunjut sup soto "mak siti"...kalau takde yang ni, zarin guna je binjut sup tulang "mak siti"
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga* (bahan untuk menumis)
minyak untuk menumis
air (ikut suka sebanyak mana )
garam secukup rasa

bahan untuk di kisar
5 ulas bawang merah kecil
3 biji bawang putih
2 inci halia
4 biji buah keras




Cara Cara:-


1.masukkan minyak ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan untuk di tumis dan goreng hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan kacau goreng hingga terbit minyak.

2. Masukkan rempah sup, tuang sedikit air dan kacau hingga rata, masukkan sup bunjut soto.Masak guna api sederhana.

3.Kemudian masukkan ayam serta serai dan lengkuas. Kacau hingga rata.

4. masukkan air agak agak cukup untuk 3 orang makan. Masukkan garam dan masak dgn api sederhana. Biar sup mereneh selama 30 minit ke 1 jam. (jika air makin kurang, tambah air ye!)

siap..


untuk cili kicap pula

bahan bahan

Bahan Lada Kicap:-
10 - 15 biji cili padi
2 biji bawang putih
5 tbs kicap manis
1 tsp gula
sedikit perahan limau nipis



CARA CARA

Tumbuk cili padi, bawang putih dan gula hingga lumat, masukkan kicap manis, serta beberapa titik perahan limau nipis dan gaul rata.

siap..


untuk bergedel
BAHAN BAHAN

5 biji kentang - di hiris dan di goreng, angkat dan toskan

sedikit hirisan daun sup
sedikit hirisan daun bawang
1 tsp serbuk lada hitam
1 tbs minced beef
1 biji telur, dikacau sedikit dgn garfu


CARA CARA

1. Lenyek hingga lumat kentang yang telah di goreng tadi.

2. di dalam bekas lain, masukkan kentang dan semua bahan2 di atas kecuali telur. Gaul hingga rata.

3. ambil secubit dari adunan tadi ( zarin suka buat kecil2, kalau suka bergedil besar, maka ambil adunan yang agak besar), bentukkan seperti bulat. Buat hingga habis.

4. Panaskan minyak dalam kuali. kemudian celupkan setiap begedel tadi dalam telur dan goreng dalam minyak hingga kuning keemasan. Gunakan api sederhana. dah masak, angkat dan toskan..siap..



untuk ayam pula

keluarkan ayam dari sup tadi, toskan dan goreng hingga kekuningan.
Angkat, toskan dan bila sejuk boleh lah dicarik halus. Ketepikan.



BAHAN BAHAN LAIN
Mee - di celur sekejap di dalam air panas
So oon goreng (jgn cuci so oon, terus goreng dalam minyak panas)
Taugeh, dicelur sekejap
sawi, di celur sekejap
Bawang goreng
Daun sup/bawang









rasanya semua tau kan macam mana nak makan soto...tk payahnla terang kan camner ye!
anyway selamat menjamu selera :)

3 comments:

  1. cantiknya mee soto zarin... looks yummy.. i sangat suka bergedil... esp bergedil daging...
    kalau makan soto slalu i mintak bergedil lebih hehehe...

    ReplyDelete
  2. lady
    sama lah ngan i :)
    tp my husband suka bergedil yg kecik cute mcm tu :)

    ReplyDelete
  3. hye there..
    dpt ur blog dari lady of leisure..
    nak try begedil jugak ni.. saya suke makan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails