Sunday, August 15, 2010

prune layer cake

 

baked this yesterday special for my mom

008

tapikan sebab nak special punya pasal, ada terhangus sikit kat last layer gara gara dah penat sangat menunggu cake masak or penat berpuasa  kot…hehe

malas nak cerita panjang sebab buat ni pun makan masa yang panjang so, i taruk resepi je ye!

BAHAN BAHAN

20 biji telur kuning

8 biji telur putih

2 cawan gula caster

1 cawan tepung gandum

1 tbsp ovalette

2 tsp vanilla essence

3 tbsp susu pekat manis

500 gm butter

1/2 bungkus prune tanpa biji di hiris memanjang

CARA CARA

pukul telur kuning, putih telur, gandum, gula caster dan ovalette sehingga gebu, ketepikan

dalam bekas lain pukul butter dan susu pekat manis sehingga kembang

then campurkan adunan butter dan susu tadi ke dalam adunan yang pertama

masukkan vanilla essence dan kacau rata dengan sudip

guna pan 7 x 7, sapukan butter pada bahagian bawah dan tepi

untuk lapisan pertama, masukkan 4 tbsp adunan tadi ke dalam baking pan dan bakar pada suhu 180 degree selama 5-10 minit atau sehingga kekuningan..guna api atas bawah ye!

then keluarkan dari oven presskan lapisan pertama tadi sebelum masukkan lapisan kedua

bakar lapisan kedua dan seterusnya dengan menggunakan api atas sahaja pada suhu 100-150 degree dan make sure pintu oven terbuka sedikit ye!

make sure keluarkan cake dari oven bila dah berwarna kekuningan dan make sure presskan setiap lapisan yang sudah di bakar sebelum masukkan aduna seterusnya

hirisan prune boleh di letakkan pada lapisan ketiga dan seterusnya

bila dah sampai lapisan terkhir, bakar dengan suhu 180 degree selama 7-10 minit dengan api atas bawah

012

yang ni dah siap di potong untuk kami makan bila berbuka dan jugak untuk i simpan dalam freezer :)

i suka simpan kecik kecik macam ni sebab senang nak defrost bila ada tamu datang beraya :D

3 comments:

  1. zarin..

    jeles ahhh tgk org pandai wat kek lapis prune..which happens to be my faveret..ehemmm..

    suatu hari nanti akan daku overcome my fear of more-than-7-eggs when baking itu..insyaallah.. :)

    zarin raya kalo ai dtg umah u agak2 ada kek lapis prune ni tak..hehe..

    ReplyDelete
  2. kemasnya layer cake u.. i penah buat sekali tapi tak banyak gini lapisnya i buat yang 7-8 lapis je sebab i pemalas.. ala yang simple bangat pakai kepingan asam apakebenda ntah tu hehe.. u buat kemas je nampak.. boleh simpan lama ye kek ni zarin..

    ReplyDelete
  3. yat
    huhu kalau u nak dtg raya rumah i kan, memang awal awal lagi ku buatkan sebijik layer cake ni for u hahaha pastu ko boleh bawak balik ye sebab alang alang dah datang dari jauh :D


    lady
    haaa kek ni boleh simpan lama sebab nak membuatnya pun lama so, kena lah makan sikit sikit kihkih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails