Tuesday, November 22, 2011

oh! talam keladiku

 

i love talam keladi so much!

IMG_9810-1

pantang nampak, wajib amik and makan. bukan seketul dua ku makan, tapi berketul ketul ye!

bila part makan talam keladi, i memang no satu tapi bila part membuat talam keladi pun i no satu gak sebab tak pernah membuatnya hahaha ketaq lutut mak oiii nak buat talam keladi tuh… dunno lah what’s wrong with me..bila part kena kukus ajek mula lah menggelabah kiri kanan takut nak membuatnya…hahaha sudahnya memang sah sah lah periuk kukus kat rumah ni asyik tersimpan ajek. kalau guna pun sebab nak kukus instant pau or nak steam ikan jek. lelain kuih talam kaaa, kuih seri muka kaaa, apam kaaa hanya bila bulan mengambang ajek baru i guna periuk kukus tu

anyway, back to talam keladi ni kan, itu hari my mak ada bagi beberapa ketul keladi. nak tak nak harus di guna pakai untuk buat kuih talam keladi lah kan!

bila dah google, en google tunjuk resepi kat sini! bila dah di baca baca and noted that all ingredient ada kat dapur tu makanya haruslah di cuba kan! sambil buat sambil berdoa hahaha takut kuih talam keladi menjadi kuih seri muka babe! hahaha ada ka patut

finally after bertungkus lumus tu akhirnya dapat jugak i makan kuih talam keladi hasil buatan tanganku ini hahaha…syoknyaaa sebab hubster n hasya tk suka talam keladi …so kan satu talam tu i makan hokkay! erkkk takde lah in one go ye! 

IMG_9812-1

to kak yatie, thank you for sharing this wonderful recipe and please allow me to share it here pulak ye!

source: yatiememories 

 

-Bahan UtkLapisan Bawah

(A)

2 cawan tepung beras

3 tbsp tepung ubi

1 1/2 tsp garam

5 tbsp gula pasir

300 ml santan pekat

700 ml air

(B)

250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)

 

Cara-caranya :
  1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
  2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
  4. Kukus selama 25 minit
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 250 gm gula halus
  • 3 biji telur 
  • 250 ml santan
  • 500 ml air
  • sedikit pewarna purple
Cara caranya :
  1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap. Then tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali – part ni i kurang paham tp i buat2 paham aje hahaha..maknanya ku lap suma suma lah esp the penutup periuk kukus tuh :P)

12 comments:

  1. err, zarin, keladi tu part A ke part B?

    ReplyDelete
  2. sedapnya talam keladi tu kak.....lama tak mkn ni.suka juga kuihx2 talam ni:)

    ReplyDelete
  3. waa..topping tuh nampak shining shining sedap gitu, ni barulah real..

    akak tiru eh resepi nih, timekasih didulukan..
    bab2 kuih trdisi ni akak mmg hangit huhu

    ReplyDelete
  4. Zarin dear.................... Ayu dtg, baru timbul dr pantai teluk lipat terengganu...hik3!!! Lamenye aiii tenggelam...anyway, pay u a visit and I think talam is always fit my tummy.....yum3!!

    ReplyDelete
  5. Assalam Zarin, sama mcm akk kalo nampak kuih ni mesti nak ambil, mmg sedap n suka sangat, tapi bab buat tu mcm payah nak buat heheh..cantik talam tu walupun cubaan pertama

    ReplyDelete
  6. nieza
    i ni suka sgt talam keladim, seri muka, seri kaya tapi nak membuatnya sangatlah bercintanya...takuuut hahaha


    kak Q
    kena shining2 baru real ye kak? ehehe saya ni tahu makan ajek :D


    ayu
    haaa memang lama awak menghilang :D
    sedapkan kuih talam :D


    kak rosaliza
    saya ni bukan payah lagi dah kak..memang susah nak nampak lah saya membuatnya kak ehehe beli kat kedai lagi bagus ahaha :D

    ReplyDelete
  7. Thanks ya tapau talam keladi untuk I...yummy sangat...sangat yummy! I dah makan satu lagi...lagi dua simpan nak makan esok..

    ReplyDelete
  8. LW
    mkn jgn tk makan
    susah nak merasa talam keladi i nih hahaha maklum la saya tak rajin membuatnya :D

    ReplyDelete
  9. Talam keladi my fav.. dari dulu sampai lah bila bila.. i loike it if atas colour brown and bawah colour white..

    ReplyDelete
  10. rima
    i tk pernah jumpa lg talam keladi w brown color kat atas...eh, talam keladi memang sedap lah :D

    ReplyDelete
  11. cantik colour tu..mesti rasa pun sedap ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails