tengah hari semalam buat bubur pulut hitam gara gara kempunan tak sempat makan bubur ni masa kenduri kat rumah my mother itu hari
nasib baik ada pulut hitam ni kat rumah..itu pasal lah terlebih rajin sikit nak membuatnya semalam. saya ni takde lah suka sangat makan bubur ni tapi kempunan punya pasal, saya buat jugaklah lagi satu tak sangka pulak hasya suka makan… banyak jugak kami berdua makan petang semalam sudahnya dinner malam tadi kami hanya makan ini saja :D
anyway, macam ni je lah our dinner tiap kali the other half takde. saya ikut je apa yang hasya makan tapi saya punya portion tu mesti lah lagi mengancam hehe :-)
owh okay, here’s the recipe for bubur pulut hitam
bahan bahan
1 cawan beras pulut hitam – cuci dan toskan
6 cawan air
sedikit garam
sekeping gula melaka
600 ml santan
daun pandan
cara cara
rebus pulut hitam dengan air sehingga kering airnya atau sehingga pulut tadi masak dan lembut
then masukkan santan, gula melaka, garam dan daun pandan
biar sehingga mendidih..siap
** boleh juga di campur sagu tapi kat rumah tkde sagu, so saya tak campur lah :D
saya suka makan bubur ni selepas disejukkan dalam peti ais…hmmmm yummeh!