Showing posts with label tempe. Show all posts
Showing posts with label tempe. Show all posts

Friday, April 8, 2011

tempe yang dia suka

 

 

 

004

 

mesti yang garing garing so that bila di kunyah tu akan berbunyi krup krap krup krap

kalau tak garing, mesti dia takmo makan tempe tuh… saya pulak tak kisah memacam mana pun saya suka jek tempe tuh

tadi saya masak lunch…haaa jangan tak tau dah 2 hari berturut turut saya masak lunch ye! ehehe itu pun nak kecoh..oooh mestilah sebab saya ni kan jaaarang bebenor masak lunch and bila dah 2 hari berturut masak lunch, mestilah nak kecoh kan!

anyway, kena masak lunch sebab encik suami bekerja di rumah dan sibuk sangat sampai takleh nak ajak makan kat luar, sudahnya saya sebagai isteri mithali haruslah memasak lunch untuk dia dan jugak saya pun boleh makan skali kan hihi :-)

 

 

008

ini resepinya ye!

BAHAN BAHAN
- 10 Udang (di cuci dan toskan)
- 1 keping tempe (potong dadu / kecil2)
- 1 biji cili merah di potong serong
- 1 biji bawang besar di hiris nipis
- 1 inci halia di hiris nipis
- 3-4 tbsp cili giling (cili ni saya dah blend siap dengan bawang merah dan bawang putih ye!) 
- gula dan garam secukup rasa 
- minyak untuk menggoreng


CARA CARA
- Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing – angkat dan toskan
- guna minyak yang sama, tumis cili merah, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga naik bau.
- Then masukkan cili blend tadi dan tumis lagi hingga cili hampir garing.
- Then masukkan udang, tumis lagi sehingga udang hampir masak
- masukkan garam dan gula secukup rasa
- kemudian masukkan tempe dan gaul biar sebati

005

Monday, November 1, 2010

sayur buncis goreng dan tempe bertauchu

 

 

 009 003

 

dua jenis lauk yang dah lama tak makan dan dah lama terasa nak makan tapi tak terbuat buat

sayur buncis tu lama tak makan sebab dulu pernah asyik makan buncis almost every day sampai dah muak…

tempe bertauchu tu pulak dah lama tak makan sebab i je yang suka memakannya ..my other half tak suka tempe bertauchu ni

tapikan sebab dah teringin sangat nak makan dua dua ni, maka i buat jugaklah and my other half pun makan jugaklah tempe tu sebab ada udang kan!

anyway, senang je kan masak sayur buncis goreng ni and i’m sure every body knows how to do it kan!

010

as for tempe bertauchu tu, the recipe is here! cuma this time i add cili giling and tak masukkan kicap je…

 

 006

lajat tau makan tempe bertauchu ni dengan nasi panas panas..hmmm bertambah tambahlah bila makan nasi tu tau!

Friday, January 15, 2010

140110 - tempe goreng tauchu



ish zarin pun tak tau nak panggil apa nama masakan nih
memula makan masa kat rumah kawan zarin
terasa sedap sebab tekak zarin ni memang suka tempe
terus minta resepi...sedap, lepas tu zarin selalu jugak la masak tempe macam ni :)
tapi suami zarin tak suka sangat sebab tempe tu tak garing macam kalau goreng sambal
tapi sebab ada udang tu, jadi lelama suami zarin pun boleh lah makan tempe kalau zarin masak macam ni :)

okay ini resepinya

BAHAN BAHAN
- 10 Udang (di cuci dan toskan)
- 1 keping tempe (potong dadu / kecil2)
- 1 biji cili merah di potong serong
- 1 biji bawang besar di hiris nipis
- 2 biji bawang putih di hiris nipis
- 1 inci halia di hiris nipis
- 3 biji cili api (kalau suka pedas)
- 2 sudu makan tauchu
- sedikit soo hoon di rendam sehingga lembut
- 3 batang kacang panjang di potong memanjang
- 2 sudu kicap
- gula secukup rasa * tak perlu garam ye sbb tauchu kan dah masin
- minyak untuk menggoreng

CARA CARA

- Goreng tempe, bila dah agak2 dah masak
- masukkan cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris.
- Tumis bersama tempe sehingga naik bau.
- masukkan udang, tumis lagi sehingga udang hampir masak
- masukkan soo hoon dan kacang panjang
- kemudian masukkan tauchu, gula dan kicap.
- kacau sebati...
- siap dan masukkan ke dalam bekas untuk di hidang dengan nasi panas :)


p/s
lupa pulak, tempe ni zarin masak dua hari berturut2 (140110 dan 150110)
sebabnya, suami zarin tetiba terliur bila nampak leftover yg zarin makan on 140110 tu.
sebab tu lah zarin masak lagi skali on the next day tu

Monday, January 11, 2010

100110 - kari kepala ikan, sambal tempe dengan ikan bilis dan kentang, puding sagu gula melaka dan sandwich

ini menu hari ahad kami
banyak kan!
tapi sebenarnya kari kepala ikan dan sambal tempe dengan ikan bilis dan kentang itu untuk makan tengahari
manakala puding sagu gula melaka adalah dessert untuk makan tengahari jugak
sandwich pula adalah makan malam kami :-)
semalam kami tak ke mana sebab hasya demam

kali ni zarin masak kari tanpa santan. saja nak cuba yang tak payah guna santan pulak. resepi ni zarin amik je kat belakang paket serbuk kari ikan babas.
hasilnya amat sedap bagi zarin lah


bahan bahan
sedikit jintan putih
sedikit jintan manis
sedikit halba
zarin tumbuk sekejap ketiga tiga bahan ini

sebiji bawang besar di hiris nipis
2 ulas bawang putih di hiris nipis
2 biji tomato di belah 4
daun kari
6 biji bendi
1 cawan air asam jawa
1 cawan air

kepala ikan
minyak untuk menumis
garam secukup rasa


cara cara
panaskan minyak
tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga naik bau
masukkan bawang besar, bawang putih, tomato dan daun kari
gaulkan biar rata sehingga bawang tadi agak kecut sedikit
masukkan serbuk kari ikan babas yang telah di campur air sedikit
tumis lagi sehingga pecah minyak
masukkan bendi
gaul rata
kemudian masukkan air asam jawa dan air
biar sekejap
kemudian masukkan kepala ikan
kecilkan api dan masukkan garam secukup rasa
biarkan di atas api kecil sehingga ikan telah masak



sambal tempe dengan ikan bilis dan kentang ni adalah salah satu masakan kegemaran zarin.
dulu suami zarin tak suka makan tempe, tapi bila zarin asyik buat je (maklum lah kegemaran zarin kan!) maka lama lama suami zarin pun dah suka tapi dengan syarat tempe tu mesti lah di goreng dengan garing dahulu.
kalau tak garing, dia tak suka :-)


bahan bahan
tempe - di potong dadu
kentang - di potong jejari
ikan bilis

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili kering
kesemua bahan di atas hendaklah di blender dengan sedikit air

garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis


cara cara
panaskan minyak di dalam kuali
goreng kentang sehingga masak, angkat dan toskan
kemudian goreng tempe sehingga garing, angkat dan toskan
goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan

guna minyak yang baru, panaskan di dalam kuali
tumiskan bahan yang di blender tadi sehingga agak garing ( guna api kecil)
kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa
kacau
kemudian masukkan tempe, ikan bilis dan kentang
gaul rata...dah siap :-)



zarin suka sangat makan puding sagu gula melaka ni. sebelum ni zarin tak pernah kisah pun macam mana nak buatnya. tapi sejak kenal puan lady ni barulah zarin tahu yang sebenarnya puding ni amat senang sekali untuk membuatnya. so, sejak hari tu lah, zarin selalu buat puding ni :-)


bahan bahan
sagu mata ikan
gula melaka - di cairkan dengan air panas
satu tin susu cair

cara cara
rendamkan sagu di dalam air selama 30 minit (zarin suka rendam sebab taknak masak lama sangat kat atas dapur tu )
masukkan sagu ke dalam periuk berisi air
masak sagu sehingga kembang dan likat
ketepikan dan sejukkan
(zarin masukkan sagu yang masih panas tadi ke dalam bekas kecil kecil dan kemudian baru di sejukkan)
bila hendak di makan, campurkan gula melaka dan susu cair tersebut ke dalam bekas yang berisi sagu tadi...dah siap
sedap di makan pada bila bila masa sahaja..itu bagi zarin lah yer!



sandwich ayam ini pulak adalah hasil dari lebihan ayam yang zarin masak malam sebelum ni. sebab sebelah siang tu, kami dah makan yang agak berat, jadi zarin buat sandwich aje lah untuk makan malam



bahan bahan
lebihan ayam panggang - di siat siat
daun salad di potong kecil2
tomato cherry di belah 2
2 keping hirisan timun
mayonaisse
chilli sauce
butter (Optional)
2 keping roti

cara cara
sapukan butter pada roti, bakar roti tersebut (kalau tknak sapu butter pun tkpe)
kemudian letakkan daun salad, ayam tomato dan timun di atas kepingan pertama
paipkan mayonaisse dan sos cili
kemudian tutup dengan lapisan roti yang kedua..

senangkan dan tak membazir ;-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails