Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Monday, October 10, 2011

sambal mangga muda

 

olla peeps!

it’s monday oredi kan! how are u today? ada monday blues kaa? hikhik what a question to ask kan?

anyway, i’d like to share the sambal mangga yang my mak slalu buat masa i kecik kecik dulu…

IMG_9389

kenapa mak slalu buat masa i kecik dulu? iya lah kan, masa kecik dulu kan dok kat rumah ngan mak, dah besar ni dah tak dok ngan mak lagi dah..bila balik kampung sesekali tu panjang sangat list yang nak makan sampai asyik lupa jek nak mintak mak buat kan sambal mangga ngan ikan nih

IMG_9388

i love this sambal so much! nak nak lagi kalau cili api tu pedas berapi punya hahhaha..sambil makan sambil kesat hidung berair..pastu tak sedar dah hampir 2 pinggan makan nasik ;-)

anyway, this is what you need in order to make this sambal mangga or sambal pauh

IMG_9384

Bahan bahan

1 ekor ikan kembong – di cuci dan di bakar/panggang (tk payah taruk garam kunyit ye! bakar/ panggang mcm tu jek)

1 biji mangga muda – di cuci dan di racik halus

10 biji cili api – di cuci

sedikit garam

lesung batu ye ;-)

IMG_9387

Cara cara

asingkan isi ikan dari tulang

tumbuk isi ikan tadi dengan cili api sehingga cili hancur

then masukkan garam, gaul rata

masukkan mangga yang dah di racik dan tumbuk lagi biar mesra

siap!

 IMG_9391

Friday, August 5, 2011

terung sambal hijau

 

semalam iftar kat luar, so tak masak ;-)

ni tayang terung yang dah di masak laaaama dulu

tak ingat bila buat terung ni tapi memang lama lah peram terung nih pasalnya gambor ni terperuk dalam netbook yang slalunya diguna pakai oleh hasya…itu pasal tak ingat dah kewujudan terung sambal ni ;-)

IMG_8757

anyway, ni resepinya

Bahan Bahan

sebiji terung – potong serong ke bulat ke suka hati lah – then di grill or di goreng dengan minyak yg sikit sahaja - ketepikan

4 biji cili hijau

5 biji cili api

1/2 biji bawang putih

1 biji bawang merah yang sederhana besarnya

sedikit belacan (about 1”" kot)

sedikit minyak masak (about 1-2 tbsp kot) 

sejemput ikan bilis

cara cara

panaskan minyak dalam non stick pan and goreng semua bahan di atas sehingga lembut kecuali terung

then tumbuk je lah dalam lesung batu ikut kelumatan yang anda ingin kan

then boleh di gaul aje dengan terung yang telah di grill tadi (ni kalau nak version kurang minyak) - siap

** kalau nak version ada minyak, panaskan 2 tbsp minyak dlm non stick pan dan masukkan bahan tumbuk tadi, kacau sekejap and then baru di masukkan terung, then angkat - siap

food picture20

Tuesday, June 7, 2011

not so basah sambal goreng pengantin

 

terlebih kering ler pulak jadiknya hikhik…takpe takpe there’s always first time for everything rite?

IMG_8654

kali pertama nampak sambal goreng pengantin ni kat tv, masa tu chef asmah laili yang masak..nampak sungguh sedap n orang yang makan tu pun asyik kata sedap sangat sangat. then ternampak pulak shidah masak sambal ni the other day..lagilah terasa nak makan sebab ada paru dan udang lah katakan. since itu hari ada beli paru maka tadi siap call shidah lagi tanya if tak masukkan hati buleh tak… ingat nak replace ngan tempe tapi shidah kata nanti taste dia lain plak..so, end up i masak sambal goreng pengantin without hati sebabnya i pun tak reti sangat nak makan hati nih ;-)

hasilnya….berbaloi lah dok telan air liur je all this while sebab memang lazat sangat sambal ni…hokkay, this is definitely a keeper recipe lah..harus akan di buat lagi dan lagi..provided with kalau i beli paru lah ye hahaha….

food picture2

here’s the recipe, i just copy je from shidah, thanks to shidah for sharing this recipe ye!

 

 

 

source: dairimama and Adapted from Singapore Local Favourites.

Bahan2

Bahan A - rebus, potong dadu dan goreng tak terlalu garing. 

1/2 kg daging lembu

1/2 kg paru

1/2 kg hati lembu (saya tak masukkan)

1 kg medium size prawns - kupas kulit (udang tak perlu rebus, just goreng terus)

Bahan B - blend together

8 tbs cili giling (cili kering yg direbus dan diblend)

3 biji bawang besar

10 ulas bawang putih

6 batang serai

2 inci lengkuas

Bahan C

250gm santan pekat  (saya guna dlm 5 tbsp je)

2 tbs asam jawa

2 cups bawang goreng

1 tbs belacan

5 biji cili kering - potong serong dan goreng. 

garam, gula, nisang  or gula melaka

Cara2

1. Panaskan minyak, masukkan belacan dan goreng hingga garing kemudian masukkan bahan B. 

2. Tumis bahan B hingga garing. Bila dah garing, masukkan santan pekat dan air asam jawa.

3. Biarkan santan merenih dan keluar minyak serta kering, baru masukkan bahan A, garam, gula dan nisang

4. Kacau rata bahan A dan masukkan cili kering yg digoreng serta bawang goreng.

 

food picture3

Saturday, February 12, 2011

sambal ijo yang tak ijo

 

gara gara keterlupaaaaan yang cili besor ijo/cili api ijo takde  :O

tapikan, nak makan sambal ijo punya pasal, sanggup jugak ku goreng and ku tumbuk cili ijo manja manja tu

sudahnya 2 pinggan nasi jugak ku makan siang tadi ahaha :D

2011-02-13

anyway, keterujaan nak makan sambal ijo ni sebab nampak kat rumah cik som itu hari….jadi tengahari tadi i pun pi lah curi2 masuk dapur dia jap :D

ini dia resepi sambal ijo ni, bezanya CS tk taruk bawang putih, i taruk setengah ketul je pun…itu je la…and of course lah my cili ijo tu kurang ijo nye tapi kepedasannya sungguh tahap gaban…pedas gilos rupanya cili ijo manja manja yang my mother slalu buat solok lada tuh

bahan bahan

3 biji cili hijau dan beberapa biji cili api (suka hati nak pedas mana ye) – in my case i guna cili hijau manja tu sebanyak 4 biji je (manyak fedas tau!)

1/2 biji bawang putih

1 biji bawang merah yang sederhana besarnya

sedikit belacan (about 1”" kot)

sedikit minyak masak (about 1-2 tbsp kot) tadi saya guna 1 tbsp je

sedikit ikan bilis – td saya guna sejemput je (kalau besar jemput tu..bykla ikan bilis tu ye hahaha)

 

cara cara

panaskan non stick pan and goreng semua bahan di atas sehingga lembut

then tumbuk je lah dalam lesung batu ikut kelumatan yang anda ingin kan

saya lapar sangat siang tadi maka saya tumbuk kejap je (tk mcm CS yg tumbuk bersopan santun macam putri saadong tu…anyway, pada siapa yang makan tu sila kunyah lelama kasi lumat la ye!

 

 

2011-02-121

Tuesday, February 8, 2011

sambal tempoyak owh sambal tempoyak ;-)

 

2011-02-082

hajat di hati takmo makan nasi sebab dah banyak sangat pulun makan nasi masa kat kampung itu hari…tapi gara gara teringin sangat nak makan sambal tempoyak dengan ikan bilis ni maka terpaksalah mengalah dengan diri sendiri..huh, dapat je sambal tempoyak ni, 2 kali tambah i makan nasi tadi hukhuk :-P

anyway, tempoyak ni i amik je kat dalam peti ais rumah my mother sebab kan my mother ni buat je tempoyak tapi tak makan tempoyak and my father pun sama jugak, tak makan jugak tempoyak and i pun dulu dulu tak makan jugak tempoyak tapi semenjak i kenal sambal tempoyak with ikan bilis ni memang i suka sangat la…makan nasi putih with sambal tempoyah ikan bilis ni dengan ikan goreng pun boleh buat i makan berpinggan pinggan

hokkay, takmo cerita panjang sebab mata i ni dah nak tertutup tutup je… ni resepi nya ye! i main ingat ingat je apa yang my ex house mate ajarkan dulu sebab dulu dia yg slalu buatkan sambal tempoyak bilis ni…i tahu makan je ahaha :D

2011-02-083

bahan bahan

2 tbsp tempoyak

5 biji cili api – di tumbuk or blend kasar

sebiji cili hijau/merah – di tumbuk/blend kasar

sedikit bawang besar – di tumbuk/ blend kasar (about 1/4 kot bawang besar tu – saya guna bawang holland eh yg kaler kuning tu)

seulas bawang putih – di tumbuk/blend kasar

about segenggam or less ikan bilis – di tumbuk/blend kasar bersama bawang dan cili

sedikit air ( kalau blend, masukkan air ni, kalau tumbuk gaulkan je bahan tumbuk dengan air tadi biar rata)

sedikit minyak

sehelai daun kunyit di hiris nipis dan sebikit lagi bawang besar di hiris nipis

cara cara

panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan air sehingga garing dan kering airnya

then masukkan tempoyak, kacau hingga rata

bila dah rata dan agak kering, masukkan daun kunyit dan hirisan bawang besar tadi

kacau biar rata dan tutup api

sudah siap dan ready untuk di makan dengan nasi panas panas :-)

2011-02-084

 

Monday, January 10, 2011

sambal gesek ikan masin

 

2011-01-064

actually kan i ni kan tak tau apa itu sambal gesek tau! slalu dengar orang sebut je tapi tak pernah tahu pulak…yang i tahu sambal belacan and sambal tempoyak je!

so kan, bila ternampak resepi sambal gesek ikan masin ni dalam satu majalah ni maka i terus menggeletes nak mencuba cuba jugak…well, tengok ingredients dia senang bangat and tambah pulak i kan baru memborong ikan masin…eh eh macam la nak taruk sekilo ikan  masin ye! errrr sorry lah ye, kat sini masih lagi menu ikan masin ni..maklum banyak tangkapan itu hari :P

okay, ini resepinya, i amik je kat majalah rasa ke saji ke i tak ingat lorrr ;-)

bahan bahan

sedikit ikan masin – di potong kecil

8-10 biji cili kering – di rebus dan di toskan

2 biji bawang merah

sedikit belacan – yg suka belacan byk, taruk la byk ye!

1 biji limau nipis

cara cara

panaskan minyak dan goreng ikan masin – angkat dan ketepikan

then tumbuk cili kering dengan bawang merah dan belacan hingga hancur

then gaulkan bahan tumbuk dengan ikan masin

lastly perahkan jus limau nipis

sudah siap….

sedap di makan dengan ulam ulaman…eh i suka tomato cherry kaler kuning tu…rasanya lemak lemak manis gitu ;-)

2011-01-065

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails