Showing posts with label scones. Show all posts
Showing posts with label scones. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Orange n Raisin Scones

 

  IMG_9672-1

sedari minggu lepas asyik terbayang nak makan scone tapi tak makan makan sebabnya punya lah malas nak keluar. bukannya takde orang nak temankan tapi diri sendiri yang malas nak keluar.

dah lah malas nak keluar, pastu nak membuat sendiri scones tu pun malas jugak

semua malas padanlah muka kan! drool aje lah !

IMG_9687-1

then out of the blue, puan ini pulak tayang her scones! huh! double triple drooling mak tau!

tak buleh tahan, tadi pagi buat jugak scones..ehehe kiranya kali pertama mencuba buat sendirik scone kat rumah…yahooo! berjaya buat and berjaya memakannya..iyaaa saya makan dengan jayanya ye! habih dah kedroolan saya itu heheh :D 

 

 

IMG_9701-1

okay, here’s the recipe

amik kat buku 500 cakes and bakes

Bahan bahan

2 1/2 cwn tepung gandum

1 1/2 tbsp baking powder (saya punya bp habis, dpt sebanyak 1 1/2 tsp saja)

1/4 cwn gula castor

130 gm salted butter- potong kecik (nk guna unsalted butter pun boleh tp kena add 1/2 tsp garam ye)

1 biji orange – cuma ambil parutan kulitnya

1/2 cwn raisin

1/2 cwn buttermilk – (saya guna 1/2 cawan low fat milk campur 1/2 tbsp apple cider vinegar – biar selama 10 minit)

dan sedikit susu untuk glaze nanti

 

Cara Cara

Panaskan oven pada suhu 220 C.

Dalam bekas besar, campurkan gandum, baking powder, gula dan butter.

perlahan lahan gaulkan bahan tadi dengan jari sehingga menjadi seperti bread crumbs (berketul ketul halus tu)

masukkan parutan kulit oren tadi dan raisin

then slowly masukkan buttermilk tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan bread crumbs tadi.

guna spatula atau tangan dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut

taburkan papan menggiling dengan sedikit gandum dan roll kan doh tadi sehingga bulat. terapkan dengan penerap bulat atau boleh bentukkan dengan tangan sahaja

letakkan di pan yang telah di alas dengan baking paper dan sapukan/brushkan bahagian atas scones tadi dengan susu atau lebihan buttermilk tadi

bakar selama 15 minit. (buku tu cakap 15 minit) tapi tak tau kenapa my oven sungguh lembap nak panas tadi, so i bakar selama 25 minit. jadi pandai pandai lah ikut oven memasing ye!

nak tahu dah masak ke belum, scones tu tukar jadi golden brown and kalu masuk tooth pick, tak melekat tu dah masak la tu :D

Siap!

 

IMG_9686-1

sedap di makan dengan jam and butter dan secawan teh…hmmmm drool lagi hikhik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails