Showing posts with label fruits. Show all posts
Showing posts with label fruits. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Warna Warna Eidul Adha

 

Eidul Adha is just around the corner ;-))

Yeay! raya lagi ye! i suka kalau tiba raya. makan sedap n dapat jumpa family kat kampung

anyway, balik kampung kah anda dan anda?

if balik kampung tu, have a safe journey lah ye!

 food picture-1

normally kalau eidul adha at my mak’s house, takde lah prepare banyak food pun sebabnya tiap kali lepas solat sunat eidul adha tu satu rumah bergegas pi kampung my nenek pulak sebab nak join kemeriahan potong lombu. seronok tengok almost satu kampung dok bertungkus lumus potong lombu n masak bersama sama at my grand aunt’s house. pastu makan sama sama macam kenduri plak

owh! how i missed it! i think last skali berhari raya adha kat my mak’s house was 9 years ago kot! slalunya eidul adha kat sini saja or balik kampung inlaws saja whereby kat sini kami bertiga dok melepak aje kat rumah and makan and tidur ajek :D

 

anyway, takmo cakap banyak. nak bagitau, since dah nak raya ni, kalau ada mixed fruits cocktail and kuah castard ni sedap jugak kan! ehehe dah penat penat potong lembu, dapat minum yang sojuk sojuk and munching munching those delicious fruits tu tak ke sedap tuuuu

got this recipe from kak nor and ju yang sedang menunaikan fardhu haji sekarang ni. semoga selamat semuanya ye Ju.trimas ye kak nor and ju for sharing this wonderful recipe ;-))

 IMG_9645-1

Kuah kastard Istemewa

source : Secubit Garam dan junotdbaker

 

Bahan untuk kuah kastad:

IMG_9647-1

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cwn low fat milk
  • 2 sudu besar tepung kastad (larutkan dlm sedikit air)
  • 5 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
buah buahan segar,
  • 1 biji epal hijau – potong kecik
  • 2 biji kiwi – potong kecik
  • 2 biji buah oren di buang kulit – potong kecik
  • anggur – suka hati nak banyak mana
  • saya tambah 1 tin fruti cocktail dan 1 tin nata de coco (ni utk anak dara saya)
  • nak tambah jello pun ok jugak
cara2:
  1. Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
  2. Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
  3. Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
  4. Potong buah2 secara kiub. Simpan dalam peti sejuk sementara nak hidangkan.
  5. Masukkan buah2 kedalam kuah custard dan tambah ketulan ais

IMG_9651-1

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua!

Friday, February 19, 2010

110210 - Cekodok Pisang

 

slow betul kan i ni sebab masih lagi terhegeh hegeh nak taruk resepi yang buat before bercuti cuti sewaktu CNY hari tu

alah, bukan resepi apa pun tapi resepi cekodok pisang or “jemput jemput pisang” je :D

nak jugak taruk resepi ni sebab tiap kali buat cekodok ni, mesti tak jadi cantik and sedap..hihi mesti jugak nak yang cantikkan!

cekodok ni i buat untuk minum petang hari khamis lepas…hmmm baru hari ni sempat nak typekan resepi dia

ini resepinya ye!

BAHAN BAHAN

2-3 biji pisang di lenyekkan 

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula castor

1 tsp baking powder

1/2 cawan air

sedikit garam ye!

minyak untuk menggoreng

CARA CARA

- masukkan pisang yang telah di lenyekkan ke dalam bekas besar

- kemudian masukkan tepung gandum, gula castor, garam dan baking powder

- gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit (jangan risau jika air tak habis ye) sehingga mendapat adunan yang agak pekat

- biarkan seketika – lebih kurang 15 minit

- panaskan minyak dan ambil adunan  satu sudu dan goreng sehingga garing

- angkat dan toskan di atas kitchen towel dan sedia untuk di makan :-)

jemput makan ye!

009 

 

 

Wednesday, January 6, 2010

050110 - spaghetti bolognaise

dah beberapa hari asyik makan nasi aje kan
hari ni sempena memenuhi permintaan hasya untuk makan pasta pulak
jadi zarin buatkan spaghetti bolognaise
dish ni memang kesukaan hasya


spaghetti bolognaise sedia untuk dimakan..zarin suka jika ditabur dengan parmeesan cheese. tapi suami dan hasya suka makan macam tu saja...jadi ini pinggan zarin lah ye:)


Bahan - Bahan untuk kuah:

400 gm daging cincang (zarin guna daging batang pinang yg dicincang sendiri atau kalau nak senang pakai je beef micer tu...suami zarin tk berapa gemar kalau zarin guna minced beef yang dah siap tu..tak fresh katanya...)

1 labu bawang besar - di hiris dadu

2 ulas bawang putih - di cincang halus

1 biji capsicum hijau atau merah - di hiris dadu

10 biji cendawan butang - di belah 2 atau 4

10 biji tomato cherry - di potong 4

1 sudu teh oregano

450 gm tomato puree

2 cawan air

Garam secukup rasa.

Cara Membuat :

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging cincang - kacau sehingga daging cincang masak.

2. Masukkan tomato cherry, capsicum dan cendawan butang. Kacau lagi sehingga layu. Masukkan tomato puree. kacau lagi. Masukkan air

3. kacau lagi. masukkan oregano dan garam secukup rasa. kacau lagi sehingga mendidih dan bila kuah agak pekat. tutup api dapur.

Boleh dihidangkan bersama spaghetti yang telah di rebus dahulu.


p/s
rebus spaghetti dengan air yang telah dicampur dengan olive oil dan juga sedikit garam


untuk zarin dan suami pula
spaghetti bolognaise dan green apple salad



bahan bahan untuk salad

2 biji epal hijau di potong dadu
sedikit raisins
sos salad lady's choice

cara cara
masukkan epal dan raisins ke dalam salad bowl
kemudian gaulkan dengan sos salad tadi
tadaaaa...senang kan..


p/s
sepatutnya boleh guna macam2 buah lagi tapi kat rumah zarin cuma ada green apples je..sebab tu lah zarin masukkan ajelah raisins tu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails