Showing posts with label beef. Show all posts
Showing posts with label beef. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

not so basah sambal goreng pengantin

 

terlebih kering ler pulak jadiknya hikhik…takpe takpe there’s always first time for everything rite?

IMG_8654

kali pertama nampak sambal goreng pengantin ni kat tv, masa tu chef asmah laili yang masak..nampak sungguh sedap n orang yang makan tu pun asyik kata sedap sangat sangat. then ternampak pulak shidah masak sambal ni the other day..lagilah terasa nak makan sebab ada paru dan udang lah katakan. since itu hari ada beli paru maka tadi siap call shidah lagi tanya if tak masukkan hati buleh tak… ingat nak replace ngan tempe tapi shidah kata nanti taste dia lain plak..so, end up i masak sambal goreng pengantin without hati sebabnya i pun tak reti sangat nak makan hati nih ;-)

hasilnya….berbaloi lah dok telan air liur je all this while sebab memang lazat sangat sambal ni…hokkay, this is definitely a keeper recipe lah..harus akan di buat lagi dan lagi..provided with kalau i beli paru lah ye hahaha….

food picture2

here’s the recipe, i just copy je from shidah, thanks to shidah for sharing this recipe ye!

 

 

 

source: dairimama and Adapted from Singapore Local Favourites.

Bahan2

Bahan A - rebus, potong dadu dan goreng tak terlalu garing. 

1/2 kg daging lembu

1/2 kg paru

1/2 kg hati lembu (saya tak masukkan)

1 kg medium size prawns - kupas kulit (udang tak perlu rebus, just goreng terus)

Bahan B - blend together

8 tbs cili giling (cili kering yg direbus dan diblend)

3 biji bawang besar

10 ulas bawang putih

6 batang serai

2 inci lengkuas

Bahan C

250gm santan pekat  (saya guna dlm 5 tbsp je)

2 tbs asam jawa

2 cups bawang goreng

1 tbs belacan

5 biji cili kering - potong serong dan goreng. 

garam, gula, nisang  or gula melaka

Cara2

1. Panaskan minyak, masukkan belacan dan goreng hingga garing kemudian masukkan bahan B. 

2. Tumis bahan B hingga garing. Bila dah garing, masukkan santan pekat dan air asam jawa.

3. Biarkan santan merenih dan keluar minyak serta kering, baru masukkan bahan A, garam, gula dan nisang

4. Kacau rata bahan A dan masukkan cili kering yg digoreng serta bawang goreng.

 

food picture3

Sunday, June 5, 2011

peparu goreng cicah air asam

 

IMG_8614 

errr actually i yang silap dengar tadi, bila dah silap dengar maka hasilnya lain lah ye

masa beli paru tadi, owh! tadi first time beli paru hokkay…nasib baik buleh tahan kegelian masa nak mencuci paru tu ;-))

okay, back to masa beli paru tadi hubster kata nak makan paru goreng cicah air asam and i thot air asam tu macam air asam yang slalu buat bila nak makan daging bakar tu tapi rupanya air asam dia tu cuma sedikit tomato sos, sedikit chili sos, sedikit gula and sedikit air jek..lorrr manalah i tahu kan…ehehe sejak kahwin, ni baru first time masak paru goreng ;-))

anyway, back to my paru goreng rempah with air asam…habis gak sepinggan tu kami berdua makan tadik..conclusionnya sedap lah tu kan kat tekak kami

paru goreng berempah

bahan bahan

500gm paru – di rebus dengan sedikit garam – toskan dan hiris nipis nipis

seulas bawang putih

halia – 1 inci

kunyit – sebesar ibu jari

sedikit jintan manis, jintan putih dan ketumbar ( dalam 1 tbsp each)

sedikit garam

minyak untuk menggoreng

Cara cara

tumbuk semua bahan di atas dan gaulkan paru tadi dengan bahan yang telah di tumbuk. perap  selama 1/2 jam

then panaskan minyak dan goreng paru tadi hingga agak garing

angkat dan toskan

 

IMG_8613

air asam

seulas bawang besar – potong dadu

1 biji tomato – potong dadu

sedikit belacan (about sebesar ibu jari) – di bakar dahulu

5 biji cili api – di potong bulat

1 biji cili merah – di potong kecik2

1/2 cawan air asam

garam dan gula secukup rasa

cara cara

gaulkan semua bahan di atas – kalau kurang rasa masam manis tu sila tambah ikut citarasa sendiri ye!

 

IMG_8616

Wednesday, March 23, 2011

beef stew in a slow cooker and cakes in an oven

 

cuba imagine apa bau bauan yang boleh di hidu kalau dari pagi sampai lah petang ada beef stew in a slow cooker and cakes in an oven

002

 

semalam i had a very busy day in my kitchen ye! had to bake manggo cream cheese layered cake for a friend and at the same time i pun terasa nak makan blueberry cheese layered cake jugak ;-)

eh, eh, actually i nak bagi kawan i rasa jugak this blueberry layered cake tu pasal i suka makan blueberry layer cake ni … i hope dia pun suka jugak la :D

sebab dah tahu will be very busy with cakes then early morning tu i terus buatkan beef stew ni..senang je, pukul 7 pagi i campak je semua bahan dalam slow cooker, then by 6.30pm dah siap dah ready dah for our dinner. malam tadi cuma makan stew ni dengan roti jek! 

 

2011-03-231

 

here’s the recipe.

source allrecipe

 

Ingredients
  • 2 pounds beef stew meat, cut into 1 inch cubes ( saya guna 700gm daging kot…just enough utk 2 org mkn)
  • 1/4 cup all-purpose flour  (saya guna 2 tbsp tepung gandum…gandum habis daaa)
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/2 teaspoon ground black pepper
  • 1 clove garlic, minced
  • 1 bay leaf 
  • 1 teaspoon paprika (saya tak masukkan)
  • 1 teaspoon Worcestershire sauce
  • 1 onion, chopped  (saya letak 2 biji bawang merah besar, satu biji, chopped halus n satu biji lg belah 4)
  • 1 1/2 cups beef broth  (saya masukkan seketul beef cube brand maggi campur dgn 1 1/2 cawan air)
  • 3 potatoes, diced (saya masukkan 2 biji potatoes)
  • 4 carrots, sliced (saya masukkan sebiji jek)
  • 1 stalk celery, chopped
Directions
  1. Place meat in slow cooker.
  2. In a small bowl mix together the flour, salt, and pepper; pour over meat, and stir to coat meat with flour mixture.
  3. Stir in the garlic, bay leaf, paprika, Worcestershire sauce, onion, beef broth, potatoes, carrots, and celery. (saya masukkan potatoes, carrots and celery dalam pukul 10 pagi kot )
  4. Cover, and cook on Low setting for 10 to 12 hours, or on High setting for 4 to 6 hours. (Saya punya slow cooker takde setting high and low, so saya biar aje dalam slow cooker dari pukul 7 pagi sampai pukul 6.30 petang – daging sangat empuk, carrots and potatoes pun empuk jugak…just nice)
  5. sangat senangkan! masuk je everything and tunggu makan aje lah nanti :D and i sempat keluar hantar amik anak dari skolah and jenjalan kejap masa stew ni kat dalam slow cooker tu…

 

2011-03-23

kebetulan pulak semalam kan the whole day hujan…sojuk sojuk then makan stew inih…hmmm lazat sekali ;-)

Wednesday, February 16, 2011

daging masak halia agaaain

dapur tak berasap sangat sebab tak cukup orang dalam rumah ni

nak baking baking lagi lah malas :-)

nak lipat baju pun malas

nak iron baju laaagilah malas

hmmm semua malas lah :D

anyway, here’s another version of daging masak halia that i made a couple of days ago

2011-02-144

kali ni add sikit worcestershire sauce….hmmm sedap!

 

BAHAN BAHAN

350gm daging di hiris nipis 
  
3 tbs kicap lemak manis

2-3 inci halia - di hiris nipis ( i suka banyak)

1 ulas bawang putih di potong dadu halus

1 table spoon Worcestershire sauce

sedikit garam

1 cawan air

2 pokok daun bawang
minyak untuk menggoreng

 

CARA CARA

panaskan kuali then tumis bawang putih dan halia hingga wangi

then masukkan daging  dan air

biarkan daging di atas api dan kacau sehingga kering airnya  (kalau daging masih keras, tambah air and tutup kuali tu dengan tuding periuk) biar hingga daging empuk

bila daging dah empuk masukkan kicap dan worcestershire sauce dan sedikit garam
akhir sekali masukkan daun bawang

siap dan sedia untuk di hidang

2011-02-145

Wednesday, January 26, 2011

finally, after 9 1/2 hours…..my beef stew is ready

 

2011-01-26

 

lama kan nak memasaknya!! well, kalau dah namanya masak guna slow cooker memanglah lama nak tunggu air tu mendidih then nak tunggu daging tu empuk pulak.

anyway, lama pun lama lah kan sebab i tak sanggup nak tunggu masak kat atas dapur selama beberapa jam, malas pun ada hikhik. slow cooker ni kan dah berzaman dah tak di gunapakai, i remember last skali guna masa i kejer dulu and masa tu kena masakkan bubur for little hasya. iyalah kan, pepagi nak rushing pi kejer, pastu babay sitter plak tknak buatkan bubur so, i taruk je everything in slow cooker and the next day tu bubur dah siap dah. well, that was 3 yrs ago kot! now slow cooker ni dok diam diam dalam store room until semalam i amik and guna dia balik…ada gak gunanya dia kan!

hokkay, sebenarnya dah lama nak try buat beef stew ni tapi tak terbuat buat jugak. kira hari hari jugaklah i dok tengok kat allrecipe tu segala jenis mak nenek resepi beef stew ni tapi masih tak buat jugak until lah a few days ago nampak kat blog shidah. short cut, i amik je resepi yang shidah dah cuba ni and buat malam tadi..hmmmm memang worth la hidung i dok terbau bau stew for 1/2 a day semalam :D

ini recipenya ye! originate from allrecipe and i copy je from shidah. thanks eh shidah for sharing this. memang sedap, my hb pun kata sedap ;-) buleh buat lagi lah tu kan :D

009

Ingredients
  • 2 pounds cubed beef stew meat 
  • 1/2 cup all-purpose flour
  • 3 tablespoons margarine  ( i guna butter)
  • 1 onion, chopped
  • 4 carrots, sliced
  • 3 stalks celery, sliced
  • 1 clove garlic, minced
  • 2 bay leaves
  • salt
  • 1 teaspoon white sugar
  • 1/2 teaspoon ground black pepper
  • 1 tsp thick soy sauce
  • 1 teaspoon Worcestershire sauce
  • 4 cups water mixed with beef stock (i guna stock  pati daging knorr)
Directions
  1. Dredge beef cubes in flour until evenly coated.
  2. Melt butter in a skillet, and cook coated beef cubes until evenly browned. Add chopped onion.
  3. Once the onion has turned brown, transfer beef to slow cooker and add carrots, celery, garlic, bay leaves, salt, sugar, pepper, thick soy sauce, Worcestershire sauce. Pour in water and stir.
  4. Cover and cook on LOW 10 to 12 hours or on HIGH 5 to 6 hours. Serve hot!!(my slow cooker tkde LOW ke HIGH ke, dia kena ON je, so i cooked for 9 1/2 hrs ;-))

Note : if the stew is too thin, melt butter, add few tbsp flour, cook until brown, add 1 cup of water, stir it, then pour it into the stew. If the mixture is lumpy, blend it before pouring into the stew.

 

after 9 1/2 hrs in the slow cooker, meat tu sungguh lah empuknya!

2011-01-261

Thursday, December 23, 2010

daging masak halia

 2010-12-231

dua tiga hari ni asyik tayang dinner je kan! u know what, i wanted to tayang all those bakings yang i buat tapikan takde mood nak tayang sebab dua tiga hari ni segala segalan yang i baked pasti tak mejadi huhu :((

dunno lah angin mana datang hembus kat  i ni sampai kan kemarin i baked chiffon cake for my frends, my chiffon cake jadi penyet then nasib baik ada blondie a.k.a congo bars sebagai penyelamat ;-)

then tadi plak i baked muffins tapikan tak pernah seumur hidup buat muffins yang senang bangat tu tak menjadi tau…tetiba hari ni muffins i penyet jugak tau!…..kesian hasya sebab dia yang nak sangat makan muffins tapi nasib baik ada apam beras as penyelamat…apam beras ni memang sentiasa kena buat sebab si anak dara tu suka sangat makan..errr at this moment pun dia tgh makan apam ye!

so, gara gara masak nasi untuk apam beras tu, makanya tadi makan nasi lah kami kami di rumah ini….hmmm nasi lagi ye!makanya jenuh pikir nak masak lauk apa hihi…almaklumla kalau makan nasi kena lah ada lauk kan! 

tadi i buatkan daging masak halia and the gang tapi malas nak tayang the gangs tu sebab tak sempat nak posing lelama kat dapur tadi ;-P

2010-12-232

ini resepinya ye!

BAHAN BAHAN

350gm daging di hiris nipis
1 inci kunyit di tumbuk (kunyit serbuk pun ok jugak)
sedikit garam

2 tbs sos tiram (di campur 1 tbs air) 
2 tbs kicap lemak manis

2-3 inci halia - di hiris nipis ( i suka banyak)

2 biji cili merah/hijau – di potong serong

sedikit daun bawang
sebiji bawang besar di hiris nipis
minyak untuk menggoreng

CARA CARA
- gaulkan daging dengan garam dan kunyit dan biar seketika

then panaskan kuali
- masukkan daging yang telah di gaul dengan garam kunyit 
- biarkan daging di atas api dan kacau sehingga kering airnya
- kemudian masukkan minyak
- kacau, sekejap dan masukkan halia, bawang dan cili

- bila daging hampir garing
- kicap serta sos tiram
- akhir sekali masukkan daun bawang

siap dan sedia untuk di hidang

004

Tuesday, November 2, 2010

erkk…swedish meatball?

 

001

 

macam terkejut pulak ye?

heee masa memula the other half tengok my meatballs ni memang dia terkejut…aikk apasal hitam? that was the first thing yang keluar from his mouth tau! muahaha memang hitam si tampuk manggis weii sebab i goreng je meatballs ni pasal nak cepat

tapikan bila dah rasa tu…dia suka plak :D

ada rasa macam yang slalu makan kat ikea tu tapi sebab rupanya hitam maka the other half kata kat situ kurang pas sikit la…anyway, hitam pun hitam la kan…janji sedap di tekak

i copy je resepi ni from sini sebab malas nak browse cari resepi lain…dah si dia kata sedap maka i try je lah…memang sedap pun hikhik anyway, thanks ye shidah…lengkali boleh buat lagi ;-)

 

 002 004

 

 

copy from shidah

original recipe from Food Network.

 

Ingredients
* 2 slices fresh white bread
* 1/4 cup milk
* 3 tablespoons clarified butter, divided
* 1/2 cup finely chopped onion (I added 3/4)
* A pinch plus 1 teaspoon kosher salt (guna garam biasa je)
* 3/4 pound ground chuck (shidah used 600gm but i used 450gm…rasanya next time kena 600gm kot)
* 3/4 pound ground pork (a definite NO NO!)
* 2 large egg yolks ( I used 1 egg yolk)
* 1/2 teaspoon black pepper
* 1/4 teaspoon ground allspice ( cant find my allspice, I used mixed herb,  i pun guna mixed herbs)
* 1/4 teaspoon freshly grated nutmeg 
* 1/4 cup all-purpose flour
* 3 cups beef broth ( I used 3 cups of water with 1 1/5 cube of chicken stock brand knor – tkde beef ler kat rumah)
* 1/4 cup heavy cream

 
Directions
Tear the bread into pieces and place in a small mixing bowl along with the milk. Set aside.
In a 12-inch straight sided saute pan over medium heat, melt 1 tablespoon of the butter. Add the onion and a pinch of salt and sweat until ...the onions are soft. Remove from the heat and set aside.
I only followed the 1st two steps, lepas tu, buat steps sendiri. I mixed minced meat with onion, bread, egg yolk, salt, spices, then bulat2 kan, leave it in the fridge for 1/2 hour.
lepas dah keluarkan from the fridge, deep fry it. leceh la nak masukkan dalam oven. so for this step, I followed Jamie's method.. hehe.. bila dah masak, set aside.

for the sauce
in a saucepan, melt few tbs of butter, then add flour, brown it, pastu add the broth. pastu masukkan the sour cream. taste 1st before adding salt coz the beef stock dah masin. if the sauce is lumpy, just masukkan dalam blender, and blend it to make it smooth.

006

we all makan meatballs ni dengan cream and strawberry jam tapi i lupa plak nak taruk the strawberry jam masa amik gambar ni :D

anyway, bila dah makan the meatball with cream and strawberry jam ni bolehlah terasa macam makan kat ikea je muahaha

Tuesday, September 7, 2010

daging kicap blackpepper penutup ramadhan

 

003

salam aidilfitri untuk semua dan ampun maaf di pinta andai ada silap dan salah zarin pada anda semua.

mesti ramai yang dah balik kampung kan!

as for us, esok after zohor kami akan berangkat ke kemaman

this year beraya kat rumah mak mentua’

second day raya baru bertolak balik pasir mas

so hari ni masak yang simple je and sebab nak menghabiskan segala bekalan dalam peti ais tu so terjadi lah daging kicap blackpepper ni

 

bahan bahan

250 gm daging

seulas bawang putih

seluas bawang merah yang besar ( i tk guna bawang merah yg kecik2 tu)

sebiji kentang di potong 8

1 tbsp lada hitam

3 tbsp kicap

1 1/2 cawan air

garam secukup rasa

 

Cara cara

hiris daging nipis nipis dan cuci serta toskan..

tumbuk lada hitam, bawang putih, dan bawang merah

kemudian panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi

kemudian masukkan daging dan kentang

masukkan air 1 cawan

tutup kuali dengan tudung periuk

biarkan selama 15 minit atau sehingga kentang dan daging empuk

kemudian angkat tudung periuk dan masukkan garam dan kalau ingin berkuah, boleh masukkan lebihan air tadi, biarkan mendidih dan tutup api

siap

011

Friday, August 20, 2010

daging dendeng simple je

 

itu hari ternampak lady of leisure masak daging dendeng dari puan nani rustam ni

i ni memang tersangatlah sukanya makan daging dendeng ni tapi selalunya teramat malas nak membuatnya sebab banyak tul rempah ratus yang nak kena masukkan and selalunya i akan mintak semangkuk kalau my sister inlaw rajin masakkan dendeng nih hahaha terukkan i ni..suka makan tapi bila lama bebenor nak tunggu masaknya maka takkan buat lerr menda alah tu :D

so bila ternampak resepi yang simple dimple itu hari, terus melonjak kegumbiraan nak mencuba jugak..makanya…hmmm terhasillah ini ye!

(macam paru goreng lah pulak rupanya ye! hehe blame it on the butcher yang potong daging kecik cinonet tuh ye! 1st time beli daging kat butcher’s house and dia punya daging di potong kiub kecik kecik comel je )

010

 

ini resepinya…i kopipes je ye!

BAHAN BAHAN 
1 kilo daging
300 gm cili merah (dikukus atau direbus, kemudian tumbuk kasar2.
bawang besar 1 biji besar dikisar)
1 biji lagi dihiris tipis
cuka. gula dan garam secukup rasa.

CARA CARA
Rebus daging dan potong tipis-tipis lalu goreng sehingga garing ketepikan.
Tumis bawang kisar hingga naik bau dan masuk bawang hiris dan cili yang telah ditumbuk tadi.
Tumis sampai naik minyak dan akhir sekali masukkan gula, cuka dan garam.
Gaulkan daging goreng.
Angkat dan hidang

Thursday, July 29, 2010

easy peasy gulai daging

014

dah pernah taruk resepi ni kat sini tapi this time i buat version lain sikit :-)

version easy peasy gitu sebab i dah terikut  cara LG masak kari dalam oven tu…

lagi satu i tak taruk pun tomato cherry and cili giling tapi i tukar je dengan tomato puree sebab kengkonon nak bagi hasya makan gulai yang tak pedas

tapi cubaan tu sesia je sebab hasya langsung tak nak jamah pu gulai ni :((

padahal kalau kat rumah my mother, suka pulak dia makan gulai tau!

okay ini resepinya

Bahan- Bahan


Bahan a
1 btg kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Bahan b
3 biji bawang putih
10 biji bawang merah
Sedikit lengkuas
sedikit halia
(kali ni i mayang halus halus je)


lain lain
Satu kilo daging
2 biji kentang di belah 4
Satu cawan minyak masak
1-2 cawan santan
5 tbsp tomato puree
1-2 tbsp gula (suka hati lah nak manis mcm mana ye!)
Garam secukup rasa.
Satu paket rempah gulai cap bunga ros
1/2 paket rempah masak cap bunga ros


Cara cara:
Panaskan periuk
Masukkan secawan minyak masak. Masukkan semua bahan a. bila dah naik bau, masukkan semua bahan b.
Setelah garing masukkan , rempah gulai and tomato puree . tumis sampai garing and naik bau. then baru masukkan rempah masak, then masukkan daging. kali ni i masak gulai ni dalam oven je sebab agak malas nak mengacau kuah gulai tu. so bila dah masukkan daging tadi and kacau sekejap biar daging mesra dengan rempah tadi i masukkan semua bahan dalam periuk tadi ke dalam bekas casserole and then masukkan santan. tutup mangkuk casserole dengan aluminium foil dan masukkan dalam oven dengan suhu 200 celsius selama 3 jam. then after 3 jam tu keluarkan mangkuk casserole tu and masukkan kentang, garam dan gula dan kalau kuah gulai agak pekat, boleh di tambah sedikit air atau santan cair dan kemudian masukkan balik mangkuk casserole tadi ke dalam oven selama 1 jam

by the time habis 1 jam yang last ni daging pun dah empuk sesangat and kentang pun dah elok je empuknya.

hmmmm lamakan masak gulai dalam oven ni tapi i dah tersuka pulak sebab i boleh buat benda lain pulak masa nak tunggu gulai i masak…heeee tak payahlah bersusah payah berdiri je kat tepi dapur and kacau kuah gulai sampai daging empuk ye!

018

Tuesday, April 13, 2010

100410 – grilled ribs

001

 

hari sabtu itu hari i ni tersangat lah rajinnya sebab sanggup prepare lunch and then dinner pun i buat jugak :-)

memang hari ini dalam sejarah lah tu..dah lah weekend pulak tu

actually, saturday morning tu i sempat singgah wet market jap and ternampaklah ada daging lembu yang fresh gitu and ribs skali..tetiba je terbayang tony romas’ rack

saja mention kat my other half, if u terasa nak mkn ribs mcm tony romas tu belilah ribs tu, boleh i cuba skill i buat grilled tu kan…cuba je..if tak sedap then after this takde pekdahnya dah i nak buat lagi hehehe :D

i cuba perapkan ribs ni dengan soy sauce, oyster sauce n honey je and surprisingly the taste was so goooood :-)

my other half pun agree..dah boleh lah nak sama ngan tony romas punya hehehe

okay here’s the recipe

BAHAN BAHAN

6 pieces of ribs – di cuci dan di toskan – make sure buang segala lemak2 yang ada

2 biji bawang putih di tumbuk

halia sebesar ibu jari – di tumbuk ( i suka banyak )

4 tbsp lee kum kee marinade sauce (actually i tersilap taruk kicap ni tapi tak sangka pulak tersedap)

4  tbsp oyster sauce

4 tbsp barbecue sauce

3 tbsp honey ( i used honey amazing – dia ada rasa rempah sikit)

CARA CARA

marinade the ribs tadi  bahan tumbuk, lee kum kee sauce and oyster sauce.

perap kan di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk selama sekurang kurangnya 2 jam

kemudian panaskan oven pada suhu 250C dan masukkan ribs tadi

bake selama 20 minit, terbalikkan ribs tadi dan masukkan potatoes serta sayur sayuran kesukaan

sambung bakar lagi selama 30 minit…

 

*** bila nak makan, curahkan gravy yang ada dalam bekas tadi ke atas ribs itu. i makan dengan grilled veges, potatoes and garlic bread…heee nampak tak space in between ribs n carot tu..itu nak letak garlic bread tp dah lapar punya pasal  i amik je lah gambar ni without garlic bread yang masih lagi dalam oven tu ;-)

 007

Thursday, April 8, 2010

060410 – menjala daging

 

kenapa menjala daging? dah makan roti jala dengan gulai daging, maka jadilah menjala daging ye! hehe.. anyway, weekend itu hari masak nasi beriani then ada leftover gulai daging ni. so, dengan semangatnya awal pagi the next day tu i bangun and buatkan roti jala :-)

hasya suka betul makan roti jala and dia boleh makan macam tu saja roti jala ni…tak payah cicah gulai pun.

i boleh je layan roti jala tp my other half biasa biasa je….hmmm i buat something else for him but i’ll blog about it later kay!

okay, here’s the recipe for gulai daging

Bahan- Bahan


Bahan a
1 btg kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Bahan b
3 biji bawang putih
10 biji bawang merah
Sedikit kunyit hidup
Sedikit lengkuas
sedikit halia
nk tumbuk boleh ke nak pakai blender pun boleh


lain lain
Satu kilo daging
2 biji kentang di belah 4
Satu cawan minyak masak
1-2 cawan santan
3 sudu cili kering/cili boh
5 biji tomato chhery yang dah di buang isinya
Setengah senduk susu sejat
1-2 keping gula melaka (suka hati lah nak manis mcm mana ye!)
Garam secukup rasa.
Satu paket rempah gulai cap bunga ros
1/2 paket rempah masak cap bunga ros


Cara cara:


Panaskan periuk belanga
Masukkan secawan minyak masak. Masukkan semua bahan a. bila dah naik bau, masukkan semua bahan b.
Setelah garing masukkan , rempah gulai and cili boh . Goreng sampai garing and naik bau. then baru masukkan rempah masak, then masukkan tomato. Setelah tomato layu masukkan daging. kacau sekali sekala, bila daging dah kecut, masukkanlah santan, kacau lagi ye! masukkan kentang then masukkan susu sejat, gula melaka. kacau lagi. last sekali masukkan garam. masak lah sampai pecah minyak ke sampai agak2 daging tu dah empuk :)

*

this time i masak dalam oven, bila daging dah kecut, i transferkan everything ke dalam bekas  casserole n masukkan santan, susu, gula melaka dan garam. masak dalam oven selama 2 jam pada suhu 160 celsius and then baru masukkan kentang n if nak tambah air pun boleh jugak and then masukkan lagi dalam oven selama 45 minit…siap..dan sedap dimakan dengan nasi beriani atau pun roti jala

004

 

untuk roti jala pulak..sebenarnya i slalu buat tapikan i tak pernah measure banyak mana tepung gandum and banyak mana air tapi itu hari i tengok chik mimi punya resepi sama je ngan yang i buat cuma i slalu taruk serbuk kunyit je instead of pewarna kuning…lagi senang lerrr :-)

okay, resepi ni i cnp from chik mimi…chik..zarin mintak izin tampal kat sini ye!

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning ( i guna sedikit serbuk kunyit)

CARA CARA 

  • Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Thursday, March 4, 2010

020310 - daging prune hitam manis

017

asyik asyik daging hitam je ye!

haaa lah sebabnya i ni memang sungguh tak reti sangat nak masak daging ni..yang i tau, cuma daging goreng, kari daging and daging kicap..tu je lah..

daging prune ni memang kesukaan my other half selain dari daging manis tu..

so, i selalu jugak masak daging prune ni..i suka rasanya yang ada rasa masam manis prune tu :-)

 

hokkay, this is how i made my daging prune hitam manis

 

BAHAN BAHAN

1. 450gm daging di hiris nipis
2. 2 biji bawang merah - di tumbuk

3. 1  biji  bawang putih – di tumbuk

4. 1 tsp jintan manis – di tumbuk

5. 1 tsp jintan putih – di tumbuk

6. 1 tbsp cili kisar (if nak guna cili boh pun ok jugak )

7. 1 tbsp sos tomato

8. 2 tbsp kicap lemak manis

9. sedikit buah pelaga,kayu manis, bunga lawang and bunga cengkih (kalau tak nak pun tak pe)

10. garam secukup rasa

11. beberapa helai daun kari

12. 1/2 biji bawang besar di hiris nipis

13. 4 biji  buah prune tanpa biji di hiris memanjang

14. minyak untuk menumis dan menggoreng

 

CARA CARA
- gaulkan daging dengan bahan no . 1 hingga no. 10
- perapkan di dalam bekas bertutup selama 1/2  jam atau lebih

- kemudian panaskan kuali

- tumis bawang besar dengan daun kari sehingga naik bau
- kemudian masukkan daging yang telah di perap tadi
- biarkan daging di atas api dan kacau sekali sekala sehingga kering airnya
- kemudian masukkan sedikit lagi kicap kalau nak warna yang lebih gelap ye!
- kacau, dan bila daging hampir masak, masukkan prune yang telah di hiris memanjang tadi

- kacau sekejap dan boleh di tutup api…

siap dan sedia untuk di hidang …daging ni sedap di makan dengan nasi putih atau pun nasi beriani atau nasi minyak atau pun di makan begitu sahaja :-)

Thursday, January 28, 2010

260110 – Daging Manis

                                                                       016

 

suami zarin amat suka makan daging manis ni sebabnya ibu mertua zarin selalu buatkan

jadi selalu jugaklah, suami zarin suruh zarin buatkan daging manis ni

kali ni zarin masukkan sedikit halia (tk boleh banyak sangat sebab hasya nak makan juga)  dan daging ni pun taklah manis sangat

kali ni juga zarin buatkan agak basah sedikit…biar berkuah sikit sebab boleh hasya jadikan kuah kicap :-)

okay, ini resepinya

BAHAN BAHAN

450gm daging di hiris nipis
2 inci halia - di tumbuk
1 inci kunyit di tumbuk (kunyit serbuk pun ok jugak)
sedikit garam
1/2 keping gula melaka - di tumbuk agar hancur

2 tbs sos tiram (di camppur 1 tbs air)
3 tbs kicap lemak manis
sedikit daun bawang
sebiji bawang besar di hiris nipis
minyak untuk menggoreng

CARA CARA
- gaulkan daging dengan semua bahan yang telah di tumbuk
- perapkan selama 1 jam, lagi lama lg bagus :-)

panaskan kuali
- masukkan daging yang telah di perap tadi
- biarkan daging di atas api dan kacau sehingga kering airnya
- kemudian masukkan minyak
- kacau, dan bila daging hampir garing
- masukkan bawang dan kicap serta sos tiram
- akhir sekali masukkan daun bawang

siap dan sedia untuk di hidang

 

017

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails