Showing posts with label layer cake. Show all posts
Showing posts with label layer cake. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

easy peasy kek lapis rempah

 

 

IMG_8672

hampir lupa kewujudan kek lapis ni

buat kek lapis ni sebelum balik kemaman last week sebab nak habiskan telur punya pasal lah tu

kenapa easy peasy? sebab i rasa senang nak buat and tak banyak bahan kot…ntah lah tapi i suka lah buat kek lapis yang ni n bila part makan kek ni laaagilah i suka

patutla dari dulu lagi shidah suh try..tapi i yang liat sikit nak try sebabnya resepi ni dalam ounce..uishhh macam susah je nak convert  kan..

IMG_8675

anyway, here’s the recipe..

source: dairimama – thanks a bunch ye shidah for sharing this wonderful recipe…. i will definitely bake this cake for this coming hari raya….;-))

saya buat half adunan sahaja dan ini saya dah taruk dalam gram untuk rujukan saya di lain hari ;-)))

 

bahan2
10 biji telur putih
20 biji egg yolk
560 gm butter (saya guna anchor butter sahaja) 
280 gram gula caster (saya kurangkan gula – separuh adunan saya guna 110gm sahaja) 
170 gm gandum
4 tbsp susu pekat
2 tbsp rempah kek lapis


cara2
1. whisk egg whites sampai stiff, then add sugar, whisk lagi until it turns soft/hard peak.
2. in a separate bowl, cream butter and milk hingga kembang, then add egg yolks, mixed well then add, flour and rempah.

3. then, fold in egg white mixture into the flour mixture
4. saya buat separuh adunan, so saya guna pan 7x7. greased pan and bake the first layer using upper and lower for 7 minutes guna temperature 175C..

5. turn down the temperature to 150C for the second layer and next…make sure use the grill or upper fire only ye! 

bake for 5 minutes each and for last layer i baked using the upper and lower fire for 15 mins (7 mins into baking cover your pan with aluminium foil so as to avoid your cake turns too dark)

 IMG_8674

Tuesday, May 24, 2011

hilang

 

hullo peeps! how are you doing? me? ummm m fine..sihat walafiat cuma…. u know what…i’ve misplaced my mood in baking, cooking and of course la when that two things dah hilang makanya blogging mood pun hilang sama hikhik ;-)

the thing is, i still bake and cook cumanya asyik rerun the same thing ajek..alaaa bake and cook something simple yang no need to refer to any new recipe.. asyik asyik masak sup sayur ajek as hubster doesn’t want masak lemak, or if not pun buat pizza ajek coz hasya tengah addicted to pizza and when i bake, i just baked vanilla cupcakes and profiteroles ajek coz hasya and friends love vanilla cupcakes and that profiteroles tu for sure lah untuk diriku ini ;-)

anyway, i also baked this mixed fruits crumble..

008

recipe sama macam yang kat sini cuma this time i add green apples, dessicated coconut and i used the normal oat instead of the muesli breakfast…i like the outcome and so does hubster ;-)

sempat jugak mencuba lapis surabaya ini… 

003

source: bisousatoi and yateasybakes 

 

Ingredients

Yellow layer

10 egg yolks

100g sugar

125g butter - whipped till soft

50g flour

Chocolate layer

10 egg yolks

100g sugar

125g butter - whipped till soft

50g flour

1 tbsp black forest paste ( I got no BF paste, so I substitute with some choc/latte paste)

Method

Whipped butter till soft .. abt 10 mins or so - set aside

Whisked egg yolks and sugar till fluffy

Add in whipped butter and continue to whisk using low speed

Fold in sifted flour

Baked at 180C for 20 mins

Do the same for the chocolate layer ok

Once cool.. spread whatever jam you like.. and sandwich your cake..

008

okay, that’s all for now…have a nice day and i’ll see u when i see u okay ;-)

Friday, April 15, 2011

kepingin sangat sangat

 

 

009

 

 

nak makan kek lapis durian hokkay! tak nak kek lain, nak kek lapis durian jugak… haiii tak tahan kepingin maka i gagahkan diri pi beli durian..iyyyya i yang tak suka makan fresh durian tu pegi beli durian uuuuuu…. can u imagine camner rupa orang yang tak suka makan and bau durian beli durian…hmmm rupa dia macam i lah hahahaha :-D

anyway, akhirnya i berjaya siapkan kek lapis durian ini tapi elok jek habis bakar i takde selera nak makan sebab i rasa kepala i berpusing pusing pening dengan bau durian tuh…. sudahnya tadi pagi baru i merasa a piece of it then a piece became 2 pieces and so on..i don’t want to tell lah berapa pieces i makan tapi i tell you banyak hokkay!

004

this durian layered cake is so sedap sangat bagi i tau! this morning i had brunch with a friend, so i brought some of it to be shared with her yang memang hantu durian..hmmmm dia pun kata lajat bangat..and dia habiskan satu tupperware tu ye! eh, tupperware kecik je hihihi

ok, here’s the recipe… i amik ni from rima..thank you so much for sharing this wonderful recipe…hmmm now i know why she said her mom can eat and eat this cake secretly..it is so addictive okay! once u start, u cannot stop  tau! errr itu i n my fren laaa…org lain tak tau la pulak ye :D

 

 Collages1

source: bisousatoi

originate recipe in oz and sebab i kurang fasih pakai oz ni maka i tukar ke gm ye;-)

ingredients

A) 
450 gm butter
4 tbsp condensed milk 
390 gm durian meat (mashed)


(B)
20 egg yolks
6 egg whites
1 tbsp ovalette (saya tk taruk, substitute dengan 1 tbsp fresh milk)
280 gm caster sugar
155 gm self raising flour
1 tsp vanilla essence or durian essence (yang ini saya tak masukkan

** saya buat separuh adunan dan bakar dengan 7x7” pan

 
Method

Using stand mixer,

Beat ingredients (A) till light and fluffy.. put it aside

In another bowl whisk ingredients (B) on high speed till thick and double in size


Lower speed, add (A) into (B) and continue to whisk till incorporated (1 min)


Scoop batter using 3 tbsp ( saya guna pan 7 x 7 inci) for each layer and bake 1st layer using upper and lower fire. bake for 7 minutes at 175 C

the second layer onwards – use grill mode or upper fire only! bake for 5-7 minutes depend on your oven ye!

and last layer should be bake using grill mode for 5mins and then cover the pan with aluminium foil and bake again for another 10mins using upper and lower fire.

 

005

Friday, March 18, 2011

oreo layered cake and a story behind it

 

019

 

hajat di hati nak bawak sebiji sebijun kek lapis oreo ni masa jumpa kengkawan lama the other day

tapi hajat tu tinggal hajat je sebab kek ni terjatuh nasib tak tergolek dawg masa i baru habiskan the 6th layer tuh

the first 5 layers tu okay je rupanya tapi the 6th layer tu habis compang camping bughok bebenor ghupa dia. mulanya ingat nak stop aje tapi bila tengok kat batter yang banyak lagi tuh terasa sayang pulak nak bagi kat Mr T, maka i pun continue aje lah sampai habis. eh eh, kek ni tak bersepah atas lantai ye! huh, nasib baik sebab elok je dia duduk kat atas pan tu walaupun base pan tu dah tercabut dah and kek tu pun elok je dok atas base pan tu cuma macam i kata tadi the 6th layer yang ada oreos tu habis bersepai suma. 

sebab hasilnya dah tak cantik tu, maka i pun potong kecik kecik and bawak sikit je masa jumpa my friends tuh…hmmmm nasib baik rasa dia masih maintain sedap…. i think this is more like the sarawak layer cake kot…

owh, kenapa pan ni boleh jatuh ye? sebabnya i was busy talking to hasya ye! tu lah kekdahnya kalau mata ke lain, mulut ke lain, tangan ke lain..hmmm padan muka kan!

 2011-03-15

owh! here’s the recipe. thanks to bro rozzan for sharing this wonderful recipe

Bahan-Bahan
10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega (saya guna anchor)
200 gm gula halus  (saya guna 150 shj)
300 gm susu manis  (saya masukkan 250 shj)
100 gm keju cheddar, diparut (optional) (saya guna cheddar cheese slice tu je)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket) (saya tak masukkan jadi saya tambah horlick sebanya 50gm lg)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli  (saya guna vanilla essence)
1 sudu teh pes pandan (optional) (saya tk masukkan)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah

Cara:
1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.
2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.
3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.
4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.
5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)
6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 175 -200 darjah Celsius.
7) Ambil 4 tbsp adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).
8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 4 tbsp adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)
9) Selepas itu, ambil 4 tbsp adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya.

10) untuk lapisan terakhir, saya bakar guna api atas sahaja selama 7 minit dan kemudian tutup pan tadi dengan aluminium foil dan bakar menggunakan api atas dan bawah selama 10 minit

** make sure ratakan permukaan kek dengan sudu atau presser setiap kali selepas keluar dari oven ye!

027

note: saya tak letak oreo di bahagian atas sekali sebab saya suka kek saya sekata macam ni…sesetengah orang suka taruk oreo kat bahagian atas tu…

Wednesday, March 2, 2011

kek lapis lagi?

 

006

 

ha ah kek lapis lagi sebabnya nak jumpa kawan. dah lama mereka mereka nak merasa my layered cake tapi asyik tak terbuat aje. semalam nampak ada 14 biji eggs. just enough to make this cocoa and cheese layered cake. so, buat ajelah sambil berdoa janganlah telur ni buat hal cannot separate the yolks from the egg whites pulak. kalau telur ni buat hal memang tatau nak cari kat mana dah…tak rajin nak keluar rumah pi kedai

hasilnya, telur tak buat hal and kek lapis pun dah siap. errr actually nak jumpa kawan on friday tapi sengaja buat awal coz takut vitamin R tu dah lari…huh, memang vitamin R dah lari dah hari ni :D

 

 

2011-03-02

source: resepi citarasawan dan bisousatoi

Bahan A
200gm mentega
150gm cream cheese 
130gm gula kastor  (saya guna 100gm sahaja)
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis


Bahan B
130gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar


Bahan C
180gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk penaik


Bahan D
Pes Koko (2 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas + 1 sudu teh coklat emulco)
Pewarna kuning
Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis) (saya guna melted butter saja)
Panaskan ketuhar pada suhu 175c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in (saya guna pan 9 x 9)

Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, krim keju, dan gula kastor. Pukul hingga kembang dan berkrim.

2.Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Kemudian tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.

3.  Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kental. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk. ketepikan

4.  Masukkan tepung Hong Kong dan serbuk penaik ke dalam adunan bahan A tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.

5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi ke dalam adunan bahan A. Gaul hingga adunan bercampur rata.

6. bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 adunan di campur pewarna kuning dan satu adunan lagi di campur pes koko tadi.

7. Ambil 6 sudu besar adunan kuning dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar selama 7 minit dengan api atas dan bawah hingga kek berwarna perang.

8. Tekan lapisan ini agar rata. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan. Ratakan adunan warna kuning sebagai lapisan kedua, Bakar dengan api atas sahaja hingga masak.  Ulangi hingga 4 lapisan warna kuning.

9. Untuk lapisan kelima, ambil 6 senduk adunan koko dan ratakan. Bakar hingga masak. Ulangi membakar lapisan warna koko sehingga habis adunan tadi.

10. then ulangi lapisan warna kuning sehingga habis adunan tadi.  Bakar hingga habis.
11.  Akhir sekali,  tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.

 

* note:- untuk lapisan kedua dan seterusnya sila guna api atas sahaja

 

025

Thursday, February 24, 2011

owh mango! owh cheese! owh layer cake :-))

 

 

024

 

kemarinkan encik google telah bawa saya ke sini for my banana and mango smoothie and masa tengah mengingat camner nak buat smoothie tu iya saya main ingat ingat je resepi smoothie tu sebab kengkonon macam ada photographic memory lah tuuuu  and tetiba mata saya ternampak satu post yang ada bunyi bunyi layer cake dan mango pulak…apa lagi, harus di selidik resepi tu kan!

sudahnya lepas habis minum smoothie saya pun dengan jayanya buatkan kek lapis nih. sebab dah malam habis bakarnya so, tak sempat merasa kemarin, semalam je sempat merasanya and sempat jugaklah bawak sikit untuk kengkawan makan petang semalam and everybody lovesss the taste. as for me, of course i love it hehehe ;-)

here’s the recipe ye! thanks a bunch to rima for this wonderful recipe and owh semalam nampak rima tayang another layer cake…hmmm keteringinan nak merasa tu dah datang dah…errr next week lah ye!

 

 2011-02-231

 

Ingredients
450gm butter ( saya guna anchor) 
397 gm condense milk 
250gm cream cheese, room temp
10 eggs (grade A)
150gm sugar
200gm Hong Kong flour
1 tbsp ovalette
100gm Horlick
120 gm preserved mango (slice and cut into smaller chunks and mix it with mango puree..saya cuma guna mango juice ke apa nama tu mango utk buat juice tu, saya guna about 4 tbsp)
2 tbsp mango puree (saya juice tadi juga)
Mango essence (tak taruk pun)
Orange or yellow colouring (saya cuma guna yellow coloring)

  023
Method


Preheat oven 180C and greased a 9 x 9 " pan

 
1. pukul butter, cream cheese and condense milk sehingga putih dan gebu - then set aside.
2. In another bowl.. pukul telur, gula, tepung hong kong, horlick and ovalette sehingga kembang betul
3. then campurkan kedua dua adunan tadi dan gaul rata dengan spatula 
4. bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan satu bahagian di biar pada warna asal dan satu bahagian lagi di campur warna kuning dan mango puree serta mango preserved tadi

5.untuk lapisan pertama, masukkan 6 tbsp adunan warna asal tadi ke dalam baking pan dan bakar pada suhu 175 degree selama 5-10 minit atau sehingga kekuningan..guna api atas bawah ye!

6.then keluarkan dari oven presskan lapisan pertama tadi sebelum masukkan lapisan kedua

7.lapisan kedua adalah lapisan warna kuning dan bakar lapisan kedua dan seterusnya dengan menggunakan api atas sahaja pada suhu 150-175 degree dan make sure pintu oven terbuka sedikit ye! (selang selikan warna asal dengan warna kuning ye!)

8.make sure keluarkan cake dari oven bila dah berwarna kekuningan dan make sure presskan setiap lapisan yang sudah di bakar sebelum masukkan adunan seterusnya

untuk lapisan terakhir, i bakar guna api atas selama 5-7 minit then keluarkan pan tadi dan tutup pan tadi dengan aluminium foil and then bakar lagi skali guna api atas bawah pula selama 10 minit.

siap!

source: bisousatoi

** saya hanya taruk 6 tbsp batter saja untuk setiap lapisan sebab kali ni guna 9 x 9 punya pan, kalau guna 8x8 taruk 4-5 tbsp je ye!

  Collages4-1

Sunday, February 13, 2011

kek lapis capuccino

 

010-1

dua hari lepas ada kawan minta i buatkan blueberry cheese layer cake. bila dah buatkan untuk kawan, mula lah hati meronta nak makan layer cake jugak. mula tu terasa nak buatkan chococolate cheese layer cake ni tapi cream cheese pulak dah habis

sudahnya terpaksa satisfied with this capuccino layer cake.

mak aihhhh first time buat layer cake yang ada more than 20 eggs…hadoiii nasib baik tak tersalah kira eggs tu…pasni takmo buat dah kalau banyak bebenor guna telur…dah muak dengan bau telur arrrrr :D

eh, eh, muak masa tengah pecahkan telur je sebab bila makan tak muak pun ahaha :D

hokkay, here’s the recipe (dah lama sangat dapat resepi ni…ada kawan bagi and now ni dia pun ntah mana dah peginya)

 

 

2011-02-113

 

BAHAN BAHAN

bahan A

23 biji telur kuning

5 biji telur putih

240gm gula caster

130 gm tepung gandum (saya guna tepung hong kong)

1 tbsp ovalette

1 tbsp vanilla essence

bahan B

5 tbsp susu pekat manis

430 gm butter (saya guna anchor)

bahan lain

2 tbsp cappucino paste

 

CARA CARA

pukul bahan A sehingga gebu, ketepikan

dalam bekas lain pukul bahan B sehingga gebu juga

then campurkan adunan bahan B ke dalam adunan bahan A

bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian di biar pd warna asal dan satu bahagian lagi di campur dengan capuccino paste.

guna pan 8 x 8, sapukan butter pada bahagian bawah dan tepi

untuk lapisan pertama, masukkan 4 tbsp adunan warna asal tadi ke dalam baking pan dan bakar pada suhu 175 degree selama 5-10 minit atau sehingga kekuningan..guna api atas bawah ye!

then keluarkan dari oven presskan lapisan pertama tadi sebelum masukkan lapisan kedua

lapisan kedua adalah lapisan capuccino dan bakar lapisan kedua dan seterusnya dengan menggunakan api atas sahaja pada suhu 150-175 degree dan make sure pintu oven terbuka sedikit ye! (selang selikan warna capuccino dengan warna asal ye)

make sure keluarkan cake dari oven bila dah berwarna kekuningan dan make sure presskan setiap lapisan yang sudah di bakar sebelum masukkan adunan seterusnya

untuk lapisan terakhir, i tutup pan tadi dengan aluminium foil and then bakar guna api atas bawah selama 15 minit

 

006

p/s

bila dah siap, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin, biar kek betul2 sejuk sebelum dipotong.

saya suku potong kecik2 dan bungkus dengan aluminium foil and simpan dlm freezer..bebila masa buleh makan ngeh ngeh ngeh :D

and here’s my lapis hawflakes orange that i made for my brother’s hantaran the other day…nampak tinggi tu sebab i letak kek tu atas polysterine ye! btw, cantik tak kotak hantaran yg i hias tu? ahahaha :D

2011-02-114

more stories on the wedding is here and here

 till then happy weekend peeps!

Saturday, January 29, 2011

lapis hawflakes orange for his wedding

 

 

 016

harapnya tak tergolek dawg lah kek ni all the way from kl to klantan nanti ye!

kalau tergolek dawg jugak, maunya nanti i taruk hawflakes je nanti dalam dulang hantaran tu hahaha :D

hajat hati i nak buat cupcakes macam ni je sebab i yang suka sangat dengan swans tu…ini gambar lama ye! early last year kot i buatkan cupcake ni for a fren’s sister

2010-03-251

 

tapi sebab my mom nak jugak layer cakes maka i buat je lah hawflakes layer ni. btw, layer cakes ni kan tahan lasak and lebih sedap if nak compare with cupcakes fondant macam kat atas tu..owh! itu kata tekak i ni ye! tekak orang lain, lain pulak rasa dia

2011-01-288

well, lucky me coz the other day ternampak hawflakes layer ni at rima’s and as usual rasa nak makan tu mula lah datang heheh i yang nak makan sebenarnya kan! sebab tu i tk kisah bila mak i suh buat layer cake :PP

hokkay, here’s the recipe, copied from here ! to both of them, thanks a bunch for sharing this wonderful recipe ye!

lapis hawflakes orange

Bahan A
300gm mentega
150gm gula kaster  (saya guna 120gm shj)
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis

Bahan B
150gm gula kaster  (saya guna 120 gm sahaja)
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim of tartar


Bahan C
180gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk penaik


Bahan D
1 sudu teh pewarna oren (saya guna wilton gel kaler oren )
2 sudu teh pes oren 


Bahan D
10 bungkus asam keping hawflakes


Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis) – saya guna melted butter sahaja 


Panaskan ketuhar pada suhu 175c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in (loose base tin)


Cara-cara :

1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.

3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk.

4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.

5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dicampur dengan bahan D (pes oren dan warna oren) dan satu bahagian lagi dibiarkan dengan warna asal.

6. saya masukkan sebanyak 5 tbsp adunan warna asal ke dalam tin pembakar, ratakan dan bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang.

7. keluarkan dari oven dan ratakan dengan presser (boleh juga guna sudu makan) agar keluar air bubble

 
8. then sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.

9. Kemudian masukkan 5 tbsp adunan oren sebagai lapisan kedua. Susun kepingan asam manis dan bakar dgn api atas sahaja hingga masak.

10. ulang proses ini sehingga habis adunaan. selang seli antara warna asal dengan warna oren, hawflakes cuma untuk lapisan oren sahaja. dan jangan lupa tekan setiap lapisan bila dah siap di bakar ye!

Untuk lapisan akhir sekali, saya guna warna oren dan bakar dulu selama 7 minit guna api atas sahaja

kemudian keluarkan bekas tadi dan balut dengan aluminium foil dan masukkan balik bekas tadi dan bakar lagi selama 15  minit guna api atas dan bawah ye!

note ** kalau masa membakar lapisan yang makin atas, turunkan bekas bakar tu ke bahagian bawah sikit ye sebab takut terhangus pulak. selalunya saya taruk kat middle rack tu and bila dah last last tu saya taruk kat rak paling bawah je

source: bisousatoi and citarasawan

2011-01-287

hokkay peeps! got to go now and hope you’ll have a wonderful holiday coz i know i will have one :-)

Thursday, January 27, 2011

ada cocoa, ada mocha dan ada lapis lapis

 

2011-01-263

 

hmmmm what would you say when you see all these?  owh! kalau tanya i, mestilah…i cakap  i WANT  i WANT them ALL ye! takmo separuh separuh…nak suma jugak..heheh itu kata i lah ye sebab i heart anything with cocoa or chocolate and i heart mocha flavor and most of all i HEART layer cake!

kalau tanya i lah kan! cake ni bagus bangat combination dia tu sebab when u eat, memang terasa cocoa and mocha nya ye! even hasya pun suka..eh eh lupa plak, kanak kanak itu dah ikut macam i plak bila makan kek ni… ehehe dia pun ikut tutup mata masa memula taste this layer cake semata mata nak feel lelebih macam mommy dia pulak ala ala mommy borek anak rintik ye! eh, betul ke tu?

 

anyway, i saw this layer cake at rima’s a couple of months ago and since mode berdiri lelama kat dapur tak datang lagi masa tu maka kena lah tangguh dulu hajat nak makan kek ni. semalam baru datang angin rajin, so terhasillah kek ni…owh! the original recipe came from citarasawan. thank you to both ladies for sharing this wonderful recipe and here’s the recipe ye!

2011-01-264

cocoa mocha layer cake

bahan bahan

(A)
250g butter  - saya guna anchor butter
150g sugar
14 egg yolks
5 tbsp condense milk

(B)
150g sugar  - saya guna 120 gm
7 egg white
1/4 tsp cream of tartar


(C)
160g Hong Kong flour
40g horlick (tak masukkan, so i used 200g of hongkong flour)
1 tsp baking powder


(D)
a) 1/4 tsp yellow coloring + 1 tsp vanilla essence
b) 1 tbsp mocha emulco – saya guna mocha flavor and sedikit wilton gel brown color
c) 1/2 tbsp chocolate emulco  + 2 tbsp cocoa powder + 3 tbsp hot water - mix everything into paste


Preheat oven 175C for 15 mins.. greased 8x8" pan


Cara cara


1. untuk bahan A, Whisk butter, sugar and condensed milk till white and creamy. Add in egg yolks one at a time and continue to whisk till well combined - set aside.

 
2. untuk bahan B : In another bowl.. whisk egg white with cream of tartar till bubbly.. add in sugar a little at a time till soft peak.


3. then fold in carefully sifted flour, horlicks and baking powder into A..

4. Once mixed add in B and mix till well blended


5. weigh the batter and divide it into into 3 portion

- then add one portion with yellow color and vanilla essence

- add another portion with mocha

- and add the last portion with chocolate emulco and cocoa paste

6. bakar chocolate layer first and make sure use the upper and lower fire for the first layer.  saya guna 5 tbsp untuk setiap layer. bakar selama 7 minit untuk setiap layer

7. untuk layer kedua dan seterusnya, guna api atas sahaja atau api untuk grill ye! each layer have to be pressed and brushed with melted butter

8. habiskan chocolate portion first then continue with mocha  portion and lastly is the yellow portion..
9. Bake last layer using upper and lower fire for 15 mins. ( i baked for 7 minutes first and then cover the pan with aluminium foil and continue to bake for another 8 minutes)

 

source: bisousatoi and citarasawan

 

2011-01-265

Monday, December 20, 2010

kek lapis rempah

 

 

2010-12-201

itu hari i mencuba buat lapis rempah ni gara gara i tak puas makan kek ni masa kat rumah my aunt itu hari

recipe ni pulak dah lama i dapat dari sorang kakak ni tapikan tak pernah lah pulak nak mencubanya sampai lah baru ni tau!

sebab i malas nak menggoogle recipe baru, so i buat try je lah recipe ni tapikan bila dah buat tu baru i noticed yang dia tak bagi temperature berapa tau! so i buat je lah macam i dok buat kek lapis yang lain tapikan, jenuh jugakla i kena tukar2 temperature tu sebab asyik nak terhangus je kek i ni ;D

dah dekat last last layer tu baru i dapat temperature yang betul

tastewise cake ni…boleh tahan tapi tak sesedap macam yang i makan kat rumah my aunt tu…so, after this kena lah mulakan misi mencari recipe lapis rempah yang lain pulak ni

okay, i taruk je lah resepinya kat sini ye!

Bahan bahan
(A)
250g butter 
150g caster sugar   
15 egg yolks 
180gm condensed milk  - i used 150gm je

60g flour – i used hong kong flour
2-3 tbsp mix spice 
2 egg whites

Method

1. whisk butter, sugar and condense milk till fluffy.. add egg yolks one at a time and continue to whisk till well combined and then add the flour and mix spice…set aside

2. then in another bowl.. whisk egg white on high speed till it turns soft/hard peak.


3. then, fold in egg white mixture into the flour mixture
4. Greased 8x8 cake pan and bake the first layer using upper and lower for 7 minutes using temperature 175C..

turn down the temperature to 125-150C for the second layer and next…make sure use the grill or upper fire only ye!  bake for 5 minutes each and for last layer i baked using the upper and lower fire for 15 mins (7 mins into baking cover ur pan with aluminium foil so as to avoid ur cake turns too dark)

2010-12-202

Monday, November 29, 2010

blueberry cheese layer cake and an award from love

 

 

 

 

2010-11-2814

a few days ago ada bercakap cakap over the phone dengan kak jun yang baru je buat kek fondant handbag lv untuk pengunjung bertuah tu about blueberry cheese layer cake ni

pastu kak jun dah siap tayang dah layer cake ni kat fb dia…hmmm bila dah nampak tayangan perdana tu, mula lah datang meroyan nak makan blueberry cheese layer cake ni hahaha sebabnya all this while tiap kali the other half ke kuching, blueberry cheese layer cake ni is a must buy item for me ye! hikhik cake lain i tak kisah, tapi i nak jugak blueberry cheese layer cake ni sebab sedap u…….

dah lama the other half tak ke kuching, so itu yang angin meroyan nak makan ni datang balik ni

so, apa lagi mula lah membuat and memakannya dengan jaya ye!

 

Collages2

 

here’s the recipe

source: bro rozzan

 

Bahan-Bahan

450 gm butter – i used anchor unsalted

250 gm Philadelphia cream cheese

1 tbsp ovalette

170 gm gula halus – i used 120gm

10 biji telur

1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis – i used 300gm

300 gm tepung Hong Kong

100 gm Horlick

250 gm blueberry pie filling

1 sudu teh esen blueberry (optional) – i didn’t hv purple color so, i used 3 tbsp blueberry essence

sedikit pewarna ungu – i didn’t use

Cara Cara

1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.

2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu. i buat 3/4 plain and 1/4 lagi di campur dgn blueberry filling sebab bila campur filling tu, batter ni akan jadi lebih kurang sama dengan plain batter tadi

7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius. i guna loyang 8x8 and tinggi cake ni muat2 je loyang ni

8. untuk lapisan pertama, ambil 2 senduk (i guna 5 tbsp) adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. i bakar selama 7-10 minit

9. Utk lapisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk (i guna 5 tbsp) adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.

10. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan ( i guna 5 tbsp) blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

11. utk lapisan terakhir, bakar selama 15 minit menggunakan api atas bawah dan i balut pan tadi dengan aluminium foil setelah 7 minit bakar dan sambung sehingga habis 15 minit tadi

 

Nota:

Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda

i buat 2 plain and 2 blueberry

masa untuk bakar selapis selapis tu bergantung kepada kepanasan oven masing masing ye! i bakar selama 7 minit untuk setiap lapis

 2010-11-2815

owh, before i forget, here’s and award from love yang baru je celebrate birthday tu.

127

to love, thanks a bunch for this award and here’s the blueberry cheese layer cake just for you ye! hope u like it ;-)

Wednesday, November 17, 2010

salam aidil adha dan all time favourite prune layer cake

 

olla peeps!

selamat hari raya aidil adha semua ;-)

anda anda semua beraya di mana ye?

kami kami beraya di sini saja

since tak balik beraya kat kampung, kenalah turun dapur memasak sendiri apa yang nak di jamu di pagi raya kan!

btw, later later i story about menu raya

now ni i tunjuk my all time feveret prune layer cake

sejak i boleh melapis tu, setiap kali raya mesti buatkan beberapa biji prune layer ni just for my mom, my MIL, my aunties and for me myself jugaklah

well, kami kami suma suka saaaangat prune layer cake ni..hubster, me n lil hasya pun boleh habiskan sebijik ni tau!

btw, this time i cuba resepi yang i amik kat rumah cik mat gebu…hmmmm lajat bangat! actually aidil fitri itu hari dah cuba tp i yang tak sempat merasa and i tak sempat amik gambar…

so, here’s the picture of it and also the recipe which i took from CMG..thanks a bunch to CMG for sharing this wonderful recipe

023

BAHAN A
250 g mentega ( i used anchor)
80 g susu pekat manis
1 camca teh rempah kek
1/2 camca teh serbuk vanilin ( i used vanilla essence)
80 g golden syrup


BAHAN B
15 kuning telur
3 putih telur
120 g gula kastor – ( i used 80gm shj)
80 g tepung superfine/hong kong/tepung halus ( i used hong kong flour)
1 camca besar ovallete
20 ml air sejuk


BAHAN C
Beberapa titik pewarna kuning
150 g prune, belah dua dan leperkan ( i hiris memanjang je sbb prune ad sikit je)
Mentega cair untuk disapu

020
CARA MEMBUATNYA

  1. Lenser tin kek berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar bahan A pada kelajuan tinggi selama 5 - 7 minit hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain dan bersih, putar bahan B pada kelajuan sederhana selama 10 minit.
  4. Satukan adunan A dan B, gaul rata dan tambah pewarna kuning. Kacau hingga sebati. Panaskan oven pada suhu 180C, gunakan api "grill".
  5. Sudukan 4 camca besar adunan ke dalam tin kek, ratakan dan bakar hingga masak (lebih kurang 5 minit, bergantung pada oven masing). Keluarkan kek, sapu nipis permukaan lapisan dengan mentega cair. Letakkan adunan baru sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar.
  6. Lakukan proses tadi sehingga lapisan ke-4 atau 5. Lapisan seterusnya disusun buah prune tadi dan bakar hingga masak. Tidak perlu disapu mentega cair pada permukaan yang ada buah prune.
  7. Buat hingga siap, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin, biar kek betul2 sejuk sebelum dipotong. Boleh juga dibungkus rapi dan simpan dalam peti ais...
  8. untuk lapisan terakhir, i tutup pan tadi dengan aluminium foil and then bakar guna api atas bawah selama 15 minit

021

Thursday, November 11, 2010

pandan layer cake pulak??

 020

dah i suka sangat makan layer cake ni so i kenalah buat kan!  kalau i tak buat sendiri, siapa lagi yang nak buatkan for me kan! i rasa kan, dalam banyak banyak cake yang i makan, only layer cake je yang boleh buat i truly enjoy and savour each and every bite tu tau! uhhh sedapnya…dah boleh terbayang dah :D

anyway semalam i baked this pandan layer cake! ini gara gara tak puas makan hawflakes layer cake the other day and gara gara tak tahan keteringinan nak makan sejak memandang dia kat satu blog ni…owhhh, if only my house ni dekat ngan her house, maunya i pi ketuk je pintu rumah dia semata mata nak makan layer cakes dia yang macam macam jenis and cantik cantik gitu ;-)

…hmmm okay, back to my layer cake ni pulak, masa tengah bakar cake tu pun i sungguh sungguh tak sabar nak tunggu habis layers yang banyak tuh…eh, memang tinggi betul cake ni tau sampaikan i tengok my 8x8x3 cake pan tuh tak cukuplah, so ada a few layers i kena bake dlm smaller cake pan and sure lah lapis dia tak setinggi yang previous one tu..

the taste? hmmmmm i love it! owh, i ni kan memang hantu lapis kek, so whenever i took the first bite tu, sure i will have this feeling yang macam berdebar debar sedap ke tidak nihhh….!

since cake ni i yang buat sendiri maka debaran tu laaagi lah kencang tau…siap boleh pejam mata hokkay!  well, worth la i pejam mata dengan jayanya sebab after first bite tu i makan lagi dan makan lagi tau!  sedap la tu kan :D

 008 019

anyway, thanks a lot to this lovely lady for sharing this recipe….. 

and here’s the recipe i took from her blog..dear! i cnp je ye!

Ingredients
(A)
450g butter - Rima used golden churn and i used anchor 
200g caster sugar  ( i used 150gm je)
21 egg yolks
4 tbsp condensed milk


(B)
160g caster sugar
10 egg whites
1/2 tsp cream of tartar

(C)
270g Hong Kong flour
4 tbsp coconut milk powder (KARA)
1/2 tsp baking powder

(D)
2 tsp green colouring - Rima used powder type for making macarons while i used wilton icing colour – that’s why green dia macam manja sikit ;-) my liquid pandan color dah habis lorrr
2 tsp pandan paste or emulco 

Method
1. Using a stand mixer.. whisk butter, sugar and condense milk till fluffy.. add egg yolks one at a time and continue to whisk till well combined.. set aside
2. In another bowl.. whisk egg white and cream of tartar till bubbly.. add in sugar a little at a time and continue to whisk on high speed till it turns soft/hard peak.
3. Sieve ingredients C and add to ingredients A - (i used mixer to mix it using low speed).. Once mix.. fold in egg white mixture
4. Weigh and divide batter into two equal part.. one part add in pandan paste and green colour.. the other remain plain.
5. Greased 8x8 cake pan and start ur journey of baking 26 layers of batter.. standing and checking and looking at ur cake till u bake ur last layer hahahha
6. Temp that i am using is 175C.. each layer weigh 76g.. grill (upper fire) each layer for 5 mins.. dont forget to spread melted butter on every layer and also bake last layer using upper and lower fire for 15 mins (7 mins into baking cover ur pan with aluminium foil so as to avoid ur cake turns too dark)

 

source : rima

p/s my layers tak cukup 26 pun sebab i didn’t weigh it hahaha..ni kes tak sabar nak habis cepat and nak makan :D

 

 

016

Sunday, November 7, 2010

the story of this layer cake

 

010

teruja sungguh tengok layer cakes kat sini!

everyday dok plan nak buat tapi asyik lupa beli telur je :(

then last weekend i berjaya beli telur 1 tray yang besor nih :)

008

dalam hati plan nak buat kejap lagi, then kejap lagi become esok lah then esok become esok lagi satu lah…sampai lah telur yang 30 biji tu tinggal 11 biji je tau!

huh, mana pegi lagi 19 biji tuh? ntah i pun tak tau i buat apa with the other 19 eggs tu..sedar2 dah tinggal 11 biji je

sebab dah lama sangat nak buat layer cake, maka i buat this haw flakes lapis semalam…sebabnya i kan ada 11 biji telur and this cake only needs 10 eggs je :D

uhhhh, sedapnya rasa dia..tak rugi i try tau!

ingat esok nak buat sebijik lagi lah hawflakes lapis ni sebab yang i buat semalam dah i bagi kat my fren’s mom tadi hihi masih tak puas makan, so kena buat lagi lah!

 

009 

 btw, i cnp je recipe ni! thanks to the owner ye!

Ingredients
450g butter - (I used anchor)
210g sugar - (i used 120g)
10 eggs - (grade A)
300g Marie biscuits, finely ground
300g sweetened condensed milk
85g sekaya
1 tsp vanilla essence
1 tsp baking powder (I didnt use)
2 packs haw flakes - 200 pcs
Food colouring of ur choice
011
Method
1. Preheat oven 175C.. greased 8x8x3
2. Whisk butter and sugar until white, add eggs one at a time and continue to whisk on high speed until fluffy.
3. Add vanilla essence and beat well... Dont panic if u see ur batter curdle at this stage.
4. Turn speed to low and add sweetened condensed milk and grinded Marie biscuit.. Mix well.
5. Divide batter into 3 or 4 equal parts. Add in your favorite colors in each part, mix well.
6. Bake the first layer with upper and lower fire for 7 – 10 minutes or until the cake well baked

7. Then baked 2nd and the rest of the layers using UPPER fire only

8. Bake every colour twice (120g each layer).. add haw flakes on every second layer.. meaning:

yellow

yellow + haw flakes

green

green + haw flakes

pink

pink + haw flakes

purple

purple + haw flakes

7. Bake last layer using upper and lower fire 150C for abt 15 mins (u are better off not to put any haw flakes on the last layer as I hv difficulties slicing my cake – ooops tak perasan this note, so i taruk jugak hawflakes and sorry auntie if u susah nak cut the cake :D) – i baked 7 minutes using the upper and lower fire and then i took the pan out and cover the pan with the aluminium foil and continue to bake for another 8 minuts using upper and lower fire

 

008

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails