Sunday, June 20, 2010

masak lemak labu

 005

kali pertama masak lemak labu

itu pun sebab dapat free sebiji labu

kalau tak, memang takkan buat masak lemak labu ni lagi :D

tanya mak macam mana nak masak lemak ni tapikan rupanya mak pun tak pernah masak lemak labu tapi mak pernah makan la

so, mak suruh je masak macam masak lemak kobis tu

so, i pun main belasah je lah

bila dah siap…sedap bangat makan nasi dengan masak lemak labu, sambal belacan dan ikan goreng je :D

ini resepi yang i main belasah je ye!

 

 

bahan bahan

bahan yang di tumbuk

separuh ekor ikan kembung yang dah di bakar tawar ( boleh di ganti dengan ikan bilis ye!)

2 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

sedikit lada hitam (ikut suka kepedasan yang anda mahu )

semua ni di tumbuk ye!

 

seulas bawang besar di belah 4

satu cawan santan cair

1/4 cawan santan pekat

labu di potong kiub

garam secukup rasa

CARA CARA

masukkan semua bahan yang di tumbuk, bawang besar, santan cair dan labu di dalam periuk

masak di atas api sederhana sehingga mendidih (jangan lupa kacau ye!)

kemudian masukkan santan pekat dan garam secukup rasa

sentiasa kacau kuah tadi dan bila labu sudah empuk, sila tutup api

senang je kan resepi belasah i nih :D

anyway kalau ada cara lain nak memasak labu ni sila lah bagitau ye! sebabnya ada lagi sikit labu yang masih belum di masak :D

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails