Friday, February 19, 2010

110210 - Cekodok Pisang

 

slow betul kan i ni sebab masih lagi terhegeh hegeh nak taruk resepi yang buat before bercuti cuti sewaktu CNY hari tu

alah, bukan resepi apa pun tapi resepi cekodok pisang or “jemput jemput pisang” je :D

nak jugak taruk resepi ni sebab tiap kali buat cekodok ni, mesti tak jadi cantik and sedap..hihi mesti jugak nak yang cantikkan!

cekodok ni i buat untuk minum petang hari khamis lepas…hmmm baru hari ni sempat nak typekan resepi dia

ini resepinya ye!

BAHAN BAHAN

2-3 biji pisang di lenyekkan 

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula castor

1 tsp baking powder

1/2 cawan air

sedikit garam ye!

minyak untuk menggoreng

CARA CARA

- masukkan pisang yang telah di lenyekkan ke dalam bekas besar

- kemudian masukkan tepung gandum, gula castor, garam dan baking powder

- gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit (jangan risau jika air tak habis ye) sehingga mendapat adunan yang agak pekat

- biarkan seketika – lebih kurang 15 minit

- panaskan minyak dan ambil adunan  satu sudu dan goreng sehingga garing

- angkat dan toskan di atas kitchen towel dan sedia untuk di makan :-)

jemput makan ye!

009 

 

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails