made this for dinner semalam
buat pun dah lambat tapi nasib baik sesangat sebab my other half pun balik agak lambat sedikit dari biasa
heee lambat sedikit tu means that dia sampai rumah after 7pm..heheh..slalunya 7pm tu our dinner time
so, sebab dia balik lambat sikit and i pun termasak lambat sikit dari biasa makanya we had dinner around 8pm je
tak ingat amik resepi ni kat mana tapi i taruk je lah kat sini ye!
Bahan-bahannya:
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bwg putih,di potong halus
1 cawan cendawan butang,dihiris nipis
1 keping dada ayam,dipotong kiub
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan stok ayam ( i guna 1 kiub ayam maggi yang di campur dengan 1 cawan air)
1/2 cawan krim ( i used 1/2 tin nestle cream)
1/2 cawan parutan parmesan dan cheddar cheese
1/4 cawan daun parsley,dipotong halus ( i tak masukkan sebab tkde kat rumah :D)
2 keping frosen puff pastry,dikeluarkan dari freezer dan biarkan selama 10minit ( i guna ready made puff pastry brand kawan)
1 biji telur,dipukul
Cara-caranya:
Panaskan minyak zaitun ke dlm kuali dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cendawan dan dada ayam.
Kacau hingga cendawan kelihatan lembut.
Campurkan tepung jagung dengan 2 sudu stok ayam. Masukkan ke dlm kuali bersama baki stok dan biarkan mendidih
Apabila kelihatan kuah memekat,campurkan krim dan parutan cheese.
Tutup api dan masukkan daun parsley.
Panaskan oven 200C dan tampalkan puff pastry di keliling bekas casserole.
masukkan campuran ayam tadi ke dlm bekas casserole tadi.
kemudian tutupkan campuran ayam tadi dengan puff pastry,potongkan lebihan pastry sekiranya melebihi saiz bekas casserole.
Cucuk cucuk sedikit dengan garfu di bhgn atas pastry tadi untuk membolehkan stim keluar ketika dibakar.
Sapukan telur ke atas pastry dan bakar selama lebih kurang 25 minit atau sehingga pastry berwarna keemasan.
sedapnya zarin.. i sukakkkk makan chicken mushroom pie ni tapi i beli bakers cottage la hehe.. nak buat sendiri tak reti.. apasal tatau la i kalau benda nak kene bakar2 ni i macam tak confident.. itu hari masa buat bread pudding u mujur menjadi, i ngan hubby suka sangat... hiihi..
ReplyDeletelady
ReplyDeletecuba la try resipi ni..senang sangat and bakar pun 1/2 hr je sebab nak suh pastry tu masak...fillings dia dah masak dah and guna pulak pastry yg ready made...sangat la senang tau :D