Thursday, July 8, 2010

kuih lapis coklat

 

dah 6 tahun kot amik recipe ni tapi tak pernah lah pulak nak mencubanya

asyik makan yang tuan empunya recipe yang buatkan je tau!

semalam tetiba rajin nak buat sebab tetiba nampak ada sikit tepung ubi, then teringat itu hari ku ada beli tepung beras

so, apa lagi terus je lah mencuba kuih ni…

ni resepinya

BAHAN BAHAN

150 gm tepung beras

150 gm tepung gandum

50 gm tepung ubi

2 biji kelapa jadikan 1300 mililiter santan ( i pakai 500ml santan kotak brand m&s tu and add 800ml air)

250 gm gula halus

sedikit garam

CARA CARA

masukkan semua bahan di dalam bekas dan kacau hingga sebati (kalau ada tepung yg berketul tu sila lah tapis ye!)

kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian

satu bahagian di warna putih, satu lagi warna pink dan satu lagi warna coklat ( i pakai choc emulco je)

untuk loyang 8 x 8 – tuangkan secawan adunan chocolate dan kukus selama 2 minit

ulang langkah ini sehingga habis adunan tadi

ni hah rupanya…adoiii ku ni pantang sikit kuih yang lembik and melekit lekit nih :D

tak pandai betul nak potong camner…sorry lah ye bila tengok rupanya yang sememeh tu :D

rupanya je yg sememeh tapi rasanya sodappppp…hehe sebab i kan sukak coklat

005

 

2 comments:

  1. Salam zarin...
    Bukak pc pagi2 ni tengok kueh lapis coklat dekat blog zarin...oish nampak best la pulak... boley le akak terai wat sama.. dah jemu perasa pandan/rose je kue lapis... kali ni perisa coklat pulak kita! Thx k zarin... :)

    ReplyDelete
  2. salam kak fzi
    try lah kak...saya ni tak suka kuih lapis biasa tu..tapi yg ni saya suka..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails