Tuesday, August 16, 2011

roti john

 

 

demi chinta kat dia maka gigih mak buatkan roti john inih tau!

IMG_9005

i ni memang tak serasi sangat dengan roti john. dunno why tapi i memang kurang suka roti john. kalau makan pun cuma one bite ajek tau! hubster pulak suuuuka sangat beli roti john bila tiba ramadhan and since this year kan i dah warned him not to go to bazaar ramadhan makanya terpaksa lah i buatkan roti john for him

adusss memang i really have no idea on how to make the roti john tuh..tengok youtube..sib baik paham hahaha kalau tak paham jugak tatau nak kata apa lah kan!

anyway, sebab i yang buat sendiri roti john ni maka i pun buleh layan jugaklah…buleh lah habiskan seketul roti tu…not bad la kan…adakah daku ferasan roti john ku sedap??? hahaha dah lapar babe! makan aje lah

 

 

IMG_9019_thumb[1][1]

 

ini resepinya…sesuka hati saya ni ye!

bahan bahan

2 ketul roti oblong untuk hotdog tu

2 biji telur

sedikit daging – about 1/4 tapak tangan – di potong halus or if nak guna minced beef pun ok jugak about 3 tbsp

1 biji bawang merah besar – potong dadu

1 biji bawang putih – potong dadu

2 biji cendawan butang – rendam sekejap dan hiris nipis

1 tbsp serbuk kari daging – jadikan pes (kdg kdg saya guna je daging dari lebihan masakan kari daging tu….siat siat halus je daging yang dah lembut tu)

1/4 biji capsicum – potong dadu

sedikit daun bawang dan daun sup

garam secukup rasa

sedikit worcestershire sauce – about 1 tsp

2 tbsp olive oil

sedikit sos cili

sedikit mayonaise

Cara cara

panaskan olive oil dalam non stick pan

tumis bawang merah dan putih hingga naik bau

then masukkan daging tadi…biar hingga kering air dan daging masak

then masukkan pes kari tadi ( step ni boleh di abaikan sekiranya anda menggunakan lebihan kari daging)

kacau sekejap then masukkan capsicum, cendawan dan worcestershire sauce

perasa kan dengan garam

tutup api – ketepikan

belah dua roti oblong tadi tapi jangan sampai putus satu bahagian tepi tu

pecahkan telur dalam bekas – kacau dengan garfu

kemudian masukkan bahan yang di masak tadi beserta daun bawang dan daun sup ke dalam bancuhan telur tadi

guna api kecik, panaskan non stick pan dan tuangkan separuh adunan talur tadi ke atas nonstick pan dan letakkan roti yang telah di belah tadi menutupi bancuhan telur tadi

bila nampak telur dah masak, boleh terbalikkan roti tadi dan boleh di angkat

sebelum di hidang, sapukan sedikit mayonaise dan sos cili.

tutup kedua dua bahagia roti tadi dan potong

IMG_9006

 

 

2 comments:

  1. demi chenta sanggup berkorban apa saja kan.. :)

    akak tak pernah buat.Nanti boleh try sb anak2 suka.

    ReplyDelete
  2. yg ni feveret anak sulong kite.klu boleh hari2 nak bbuka dgn roti john aje... kite pulak yg tak kuasa nak mengulang bazaar ramadhan setiap hari mencarikan roti john dia. lgpun bile dia dah makan roti john, dia skip mkn nasi. kite ni risau takut perut dia tak tahan pulak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails