Saturday, July 31, 2010

lamb chop oven mariii and gravy sedap gilerrr :P

 

005

itu rupa lamb chop yang bakar je dalam oven sebab malas nak kotorkan dapur kalau masak lamb chop pakai pan :P

apala ini perempuan kan….nak makan sedap tapi tak suka dapur kotor hihi nasib lah kan…dah ada oven, maka guna lah dengan sepenuhnya kan

anyway malas nak cerita panjang ni resepi lamb chop bodos bodos i ni :D

bahan bahan untuk marinate

6 keping lamb shoulder

1/2 cup olive oil

1/2 cup lemon juice (jangan buang lemon tu ye…boleh di taruk je dalam bahan marinate tu)

3 biji bawang putih di tumbuk

1 tbsp freshly ground black pepper

3 tbsp black pepper sauce ready made ye! ( i pakai yg dlm botol brand maggi ke kimball..tk ingat la n nak tengok tp botol tu dah buang)

bahan sampingan

sebiji kentang di potong 8

sebiji bawang merah di potong 4

sebiji carrot di potong memanjang

sebiji tomato di potong 4

broccoli

cara cara

* semua ni di marinate selama sekurang kurangnya 4 jam

then panaskan oven pada suhu 200 C dan masukkan bahan yang di marinate tadi dan bakar selama 40 minit

selepas 40 minit keluarkan dari oven dan balikkan lamb tadi dan tuangkan segala air/minyak/juice lebihan daging ni ke dalam periuk yang lain *

then masukkan kentang, bawang merah, carrot, tomato dan brocoli  ke dalam bekas casserole yang berisi lamb tadi dan bakar lagi selama 40 minit

selepas 40 minit kedua ni lamb tadi dah empuk dan dah sedia untuk di makan

 

 

 

* untuk gravy pula ( i main buat je ikut apa yg kak LG mention kat dlm blog dia so i main taruk je ingredients tu sebanyak mana yang i suka ye!)

masukkan satu sudu besar tepung gandum ke dalam air/minyak/juice lebihan lamb yang telah di tuang dalam periuk yang lain tadi tu. tambahkan sedikit kicap ( dlm 1 tbsp), sedikit garam kalau guna kicap manis dan ground black pepper sebanyak mana yang anda suka (sila rasa lah ikut citarasa yang anda suka ye!)

masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga agak pekat ikut suka u all nak pekat macam mana ye! 

 then tutup api dan curahkan di atas lamb chop tadi bila nak makan ye! gravy ni pun sedap jugak di makan dengan roasted chicken

 

 

tadaaaaa….inilah rupanya bila dah sedia untuk di makan

 

006

Thursday, July 29, 2010

easy peasy gulai daging

014

dah pernah taruk resepi ni kat sini tapi this time i buat version lain sikit :-)

version easy peasy gitu sebab i dah terikut  cara LG masak kari dalam oven tu…

lagi satu i tak taruk pun tomato cherry and cili giling tapi i tukar je dengan tomato puree sebab kengkonon nak bagi hasya makan gulai yang tak pedas

tapi cubaan tu sesia je sebab hasya langsung tak nak jamah pu gulai ni :((

padahal kalau kat rumah my mother, suka pulak dia makan gulai tau!

okay ini resepinya

Bahan- Bahan


Bahan a
1 btg kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Bahan b
3 biji bawang putih
10 biji bawang merah
Sedikit lengkuas
sedikit halia
(kali ni i mayang halus halus je)


lain lain
Satu kilo daging
2 biji kentang di belah 4
Satu cawan minyak masak
1-2 cawan santan
5 tbsp tomato puree
1-2 tbsp gula (suka hati lah nak manis mcm mana ye!)
Garam secukup rasa.
Satu paket rempah gulai cap bunga ros
1/2 paket rempah masak cap bunga ros


Cara cara:
Panaskan periuk
Masukkan secawan minyak masak. Masukkan semua bahan a. bila dah naik bau, masukkan semua bahan b.
Setelah garing masukkan , rempah gulai and tomato puree . tumis sampai garing and naik bau. then baru masukkan rempah masak, then masukkan daging. kali ni i masak gulai ni dalam oven je sebab agak malas nak mengacau kuah gulai tu. so bila dah masukkan daging tadi and kacau sekejap biar daging mesra dengan rempah tadi i masukkan semua bahan dalam periuk tadi ke dalam bekas casserole and then masukkan santan. tutup mangkuk casserole dengan aluminium foil dan masukkan dalam oven dengan suhu 200 celsius selama 3 jam. then after 3 jam tu keluarkan mangkuk casserole tu and masukkan kentang, garam dan gula dan kalau kuah gulai agak pekat, boleh di tambah sedikit air atau santan cair dan kemudian masukkan balik mangkuk casserole tadi ke dalam oven selama 1 jam

by the time habis 1 jam yang last ni daging pun dah empuk sesangat and kentang pun dah elok je empuknya.

hmmmm lamakan masak gulai dalam oven ni tapi i dah tersuka pulak sebab i boleh buat benda lain pulak masa nak tunggu gulai i masak…heeee tak payahlah bersusah payah berdiri je kat tepi dapur and kacau kuah gulai sampai daging empuk ye!

018

Monday, July 26, 2010

hasya’s favorite pancakes

 001

nasib baik amik 2 keping gambar pancakes ni :D

buat ni every sunday morning tapi all this while tak pernah nak amik gambar. semalam pun amik 2 keping je sebab saja nak tayang keteringinan hasya nak makan pancakes yang mommy buat

tak sangka pulak ada yang meminta resepi :)

so i taruk je lah resepi pancake yang i slalu buat ni ye!

cuba lah and kalau tak sedap tu minta maaf lah ye :D

 

BAHAN BAHAN

1 tbsp butter di cairkan di dalam micro wave atau di atas gas stove

1 biji telur

3/4 cawan self rising flour

1/2 tsp garam

1 tsp baking powder

1 tbsp gula castor

1/2 cawan fresh milk or full cream milk

 

CARA CARA

di dalam bekas, masukkan semua bahan di atas dan kacau hingga sebati

kemudian biarkan adunan selama 25 minit

then panaskan non stick pan dengan api yang kecil

then ambil satu sudu besar adunan dan masukkan ke dalam non stick pan tadi

bila bahagian atas agak berlubang lubang, bolehlah terbalikkan pancake tadi dan tunggu sekejap sebelum di angkat dari non stick pan

ulang langkah ini sehingga habis adunan tadi

*** boleh dapat dalam 12-13 biji pancakes kot***

005

Wednesday, July 14, 2010

macaroni and cheese – gas stove version :-)

 

 

009

 

 

haaaa la mesti taruk gas stove punya version tu sebab ini mac n cheese sempoi tapi sedap yang hanya masak atas gas stove je :D

poyo betul kan i ni sebab resepi senang bangat ni pun nak taruk sini ye!

bukan apa….saja taruk , mana lah tahu nanti bila hasya dah besar and terasa nak makan makanan feveret dia nih….boleh je dia click click kat sini and buat je kan ;-)

hokkay, ini resepinya

ingredients

2 genggam elbow macaroni (kalau tangan kecik, 2 1/2 genggam lah kot ) – di rebus dahulu dan di toskan

1/4 ketul unsalted butter (guna butter yg 250 gm tu)

1 1/4 cawan cheddar cheese – grated ye!

method

panaskan pan

masukkan macaroni, butter dan cheese

kacau sehingga semua hingga rata dan cheese serta butter telah melt

tutup api dan sudah sedia untuk dimakan….hmmmm sedap tau mac and cheese di makan waktu panas panas tu :D

 

Tuesday, July 13, 2010

strawberry heart jello bars

 

itu hari nampak kat rumah yat

teruja nak cuba sebab kusuka cream cheese and hasya pulak suka strawberry and jello

semalam pagi cuba lah buat tapikan memang hampeh betul i ni…lupa plak taruk starwberry kat atas cream cheese before masuk dlm fridge

sebabnya right after siapkan cream cheese tu patutnya i pi amik strawberry kan tapi tetiba pulak i pi menyibukkan diri ngan laundry i yang berbakul bakul tu sebab weekend itu cuti jap mencuci baju

pastu terus ku lupa pasal menda alah ni dalam fridge

dah tengahari baru teringat, itu pun sebab terbukak fridge…so masa  tu lah ku tempek strawberry and taruk jello…tapi sebab cream cheese tu dah keras, so strawberry tu tk melekat lerrr..habis tu depa dok berenang renang je lah dalam jello tu :D

bila i presskan kat cheese tu pulak cheese tu pulak yang keluar n berenang sama dalam jello tu…laaagi bughok rupanya tau!

malas nak pikir pikir so i sumbat je dalam fridge tu…lantak lah kan…janji sedap bila nak makan nanti :D

nak sejukkan pulak satu hal sebab hasya dah ternampak, so kan every 5 minutes bukak fridge nak tengok dah keras ke belum jello tuh….haisssh geram jugak rasanya sebab dahlah silap method pastu ada orang yang tak sabar pulak..

anyway ni lah rupa jello ku yang sememeh tu…tkleh tunjuk banyak sebab maluuuu :D

 

 

 007

 

ni resepinya…i cnp je from yat’s place

Strawberry Heart Jello Bars ~ Aunty Yochana


Ingredients for Biscuit base:
300 gm. Digestive Biscuits
140 gm. Melted Butter
Ingredients for fillings:
1 block of Philidelphia Cream Cheese
10 gm. Gelatine Powder
50 gm. Sugar(can substitute with condense milk)
1/2 cup Hot Water
1/2 tsp. Vanilla Essence
About 20 Strawberries - use a heart cutter to cut into heart shape (ni aku tak wat, i just slice the strawberries)
Topping:
1 box of Strawberry or Raspberry flavoured Jello
1 1/2 cups boiling hot water
1 1/2 cups cold.

Method:
(1) For biscuit base: Blend biscuits until fine and then mix with melted butter and mix thoroughly.
(2) Press into a 10" Square tray. Chill in the fridge to let it harden.
(3) For fillings, stir gelatine powder with boiling hot water until it dissolves.
(4) Cream cream cheese and vanilla essence & sugar till creamy, add in gelatine mixture gradually and cream until smooth. Pour on top of chilled biscuits.
(5) Arrange cut-out heart shaped strawberries on top of cheese fillings. Put into the fridge to let it set.
(6) For topping, dissolve Jello in boiling water then pour in cold water and stir well. Let it completely cool.
(7) Pour over the set cream cheese filling and put into the fridge again to let it set until firm.
(8) Slice and enjoy!!!

Sunday, July 11, 2010

paul si sotong telah menjadi sambal sotong

 

nah ambik kamu paul si sotong…habis ku potong potong kamu menjadi sambal tumis  ye! laagi sedap ku makan and laagi kenyang perut ku heheh :D

sebenarnya tak selera nak makan sambal sotong dek kerana teringat paul si sotong tu tapikan sebab my other half mintak nak makan sambal sotong makanya i pun buat aje lah semalam sebelum i keluar berpoya poya dengan my girl friends semata mata nak melayan si funtianak and the warewolves tu…heeee terpaksa lah melayan kehendak suami dulu kan sebab nak suh dia jaga anak kejap kan!

anyway, here’s the recipe ye!

BAHAN BAHAN

5 ekor sotong- di cuci dan di potong memanjang – toskan

8 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih*

10 tangkai cili kering*

1/4 cawan air *

1/4 cawan santan pekat

1/2 cawan minyak masak

garam dan gula secukup rasa

CARA CARA

panaskan minyak di dalam kuali

masukkan bahan bertanda dan blend sehingga lumat

kemudian masukkan bahan blend tadi ke dalam kuali

guna api perlahan dan kacau sekali sekala sehingga cili tadi bertukar warna kepada merah pekat atau hampir garing

then masukkan sotong

kacau lagi  dan jika agak kering boleh dimasukkan sedikit lagi air ye!

kemudian masukkan santan serta garam dan gula secukup rasa

biarkan dan kacau sekali sekala sehingga sotong masak

tutup api

sudah siap untuk di hidang ;-)

003

Friday, July 9, 2010

chicken and mushroom pie

made this for dinner semalam

003

buat pun dah lambat tapi nasib baik sesangat sebab my other half pun balik agak lambat sedikit dari biasa

heee lambat sedikit tu means that dia sampai rumah after 7pm..heheh..slalunya 7pm tu our dinner time

so, sebab dia balik lambat sikit and i pun termasak lambat sikit dari biasa makanya we had dinner around 8pm je

tak ingat amik resepi ni kat mana tapi i taruk je lah kat sini ye!

 

Bahan-bahannya:
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bwg putih,di potong halus
1 cawan cendawan butang,dihiris nipis
1 keping dada ayam,dipotong kiub
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan stok ayam  ( i guna 1 kiub ayam maggi yang di campur dengan 1 cawan air)
1/2 cawan krim ( i used 1/2 tin nestle cream)
1/2 cawan parutan parmesan dan cheddar cheese
1/4 cawan daun parsley,dipotong halus ( i tak masukkan sebab tkde kat rumah :D)
2 keping frosen puff pastry,dikeluarkan dari freezer dan biarkan selama 10minit  ( i guna ready made puff pastry brand kawan)
1 biji telur,dipukul

Cara-caranya:
Panaskan minyak zaitun ke dlm kuali dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cendawan dan dada ayam.
Kacau hingga cendawan kelihatan lembut.
Campurkan tepung jagung dengan 2 sudu stok ayam. Masukkan ke dlm kuali bersama baki stok dan biarkan mendidih
Apabila kelihatan kuah memekat,campurkan krim dan parutan cheese.
Tutup api dan masukkan daun parsley.
Panaskan oven 200C dan tampalkan puff pastry di keliling bekas casserole. 
masukkan campuran ayam tadi ke dlm bekas casserole tadi.
kemudian tutupkan campuran ayam tadi dengan puff pastry,potongkan lebihan pastry sekiranya melebihi saiz bekas casserole.
Cucuk cucuk sedikit dengan garfu di bhgn atas pastry tadi untuk membolehkan stim keluar ketika dibakar.
Sapukan telur ke atas pastry dan bakar selama lebih kurang 25 minit atau sehingga  pastry berwarna keemasan.

002

Thursday, July 8, 2010

kuih lapis coklat

 

dah 6 tahun kot amik recipe ni tapi tak pernah lah pulak nak mencubanya

asyik makan yang tuan empunya recipe yang buatkan je tau!

semalam tetiba rajin nak buat sebab tetiba nampak ada sikit tepung ubi, then teringat itu hari ku ada beli tepung beras

so, apa lagi terus je lah mencuba kuih ni…

ni resepinya

BAHAN BAHAN

150 gm tepung beras

150 gm tepung gandum

50 gm tepung ubi

2 biji kelapa jadikan 1300 mililiter santan ( i pakai 500ml santan kotak brand m&s tu and add 800ml air)

250 gm gula halus

sedikit garam

CARA CARA

masukkan semua bahan di dalam bekas dan kacau hingga sebati (kalau ada tepung yg berketul tu sila lah tapis ye!)

kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian

satu bahagian di warna putih, satu lagi warna pink dan satu lagi warna coklat ( i pakai choc emulco je)

untuk loyang 8 x 8 – tuangkan secawan adunan chocolate dan kukus selama 2 minit

ulang langkah ini sehingga habis adunan tadi

ni hah rupanya…adoiii ku ni pantang sikit kuih yang lembik and melekit lekit nih :D

tak pandai betul nak potong camner…sorry lah ye bila tengok rupanya yang sememeh tu :D

rupanya je yg sememeh tapi rasanya sodappppp…hehe sebab i kan sukak coklat

005

 

Tuesday, July 6, 2010

chicken sandwich and fries je

 

tonite’s dinner :-)

004

bila makan macam ni maknanya si tukang masak agak malas nak pikir apa nak makan and akan prepare apa yang nampak je :D

bukak fidge tadi nampak segala salad, timun, tomatoes and capsicum

pastu nampak pulak ada 4 keping roti kat atas meja

then teringat pulak semalam baru je beli chicken

so, apa lagi chicken sandwich lah gamaknya ye!

sebab tak nak pinggan nampak kosong je..so goreng la sikit fries and potong honey dew sikit ye!

heee healthy tak dinner nih? ada sayur segala bagai and ada fruits gitu :D

okay, malas nak taruk resepi sebab everybody knows how to make a sandwich rite?

cuma chicken tu je i marinate jap ngan black pepper sauce and then i grilled jap

pastu taruk je lah atas roti tuh…

hokkay, selamat menjamu selera

  003

Monday, July 5, 2010

laksa kuah putih

 005

laksa kuah putih or laksa kelantan ni senang sangat nak membuatnya cuma i ni cukup tak suka membuatnya sebab i tak suka potong ulam ulam tu and i suka makan dengan laksa beras yang amat susah betul nak jumpa kat sini..i tak suka sangat makan laksa lering yang rebus tu :-)

sebab i pemalas sangat nak membuatnya and sebab tak suka makan laksa rebus tu so kan, tiap kali balik kelantan i selalu mintak my mom buatkan hehe…suka je hati suruh mak buatkan ye!

anyway, a few weeks ago masa my inlaws bertandang kat my house ni i buat jugak laksa ni untuk they all….almaklumla..dah habis idea nak masak apa untuk they all kan..lagi pun dorang suka makan laksa ni :D

tapi sebab takde laksa beras tu and i pulak lupa nak beli laksa kering tu so kan, we all makan dengan vermicelli tu je..hmmmm sodap la…

so sebab itu hari dah makan vermicelli kuah putih yang sedap tu maka tonite pun i buat lagi lah :D

nah ini resepinya ye!

untuk 2-3 orang makan

BAHAN BAHAN

6 ekor ikan selayang or ikan sardin or nak pakai ikan kembung pun ok jugak – di rebus dengan sedikit 1/2 cawan air, 1 tsp garam dan 3 keping asam keping. setelah di rebus,  asingkan isi ikan dari tulangnya ye! (asam keping tu jangan di buang ye!)

1 packet santan yang kecik tu..i beli harga dia RM1.20 je

6 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

1/2 tsp lada hitam

halia sebesar ibu jari atau kecik sedikit pun takpe

lengkuas sebesar ibu jari atau keck sedikit pun takpe

1 1/2 cawan air

CARA CARA

masukkan isi ikan dan semua bahan di atas di dalam blender dan blend sehingga lumat

kemudian masukkan ke dalam periuk

kutip balik asam keping yang diguna untuk merebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk berisi bahan yang di blend tadi

masak di atas api sederhana sehingga mendidih. jangan lupa kacau sentiasa ye! then masukkan garam secukup rasa dan bila dah mendidih tutup api dan kacau lagi selama 1 minit – 2 minit

siap dan boleh lah di hidang dengan ulam ulam kesukaan anda

 

kuah laksa yang dah siap di masak

001

ulam ulaman – i guna kobis, daun kesum, timun dan taugeh je…and jangan lupa cili api di tumbuk dengan sedikit garam je

002

tadi kami makan dengan vermicelli ni je :-)

003

Friday, July 2, 2010

pizza for love

 

dah lama tak masuk dapur ni :D

tak masuk tu maknanya takde menu baru ye or boleh di katakan kemalasan untuk memasak telah datang ngeh ngeh :D

just had our dinner and tonite is pizza’s nite ye! huh, lama bebenor tak buat pizza…buat tadi pun sebab hasya dah merengek nak makan pizza

so, i buat jugak lah and memang berbaloi buat sebab hasya habiskan sebijik small pizza tu…

resepi pizza ni dah ada kat sini

so, i nak tayang rupa dia je lah :D

ini masa baru lepas uli tu..kecik cute je kan rupanya…owh i uli pakai tangan je ye! recipe ni bolehlah buat 3-4 ketul pizza yang thin crust tu…i slalu buat 3 ketui je sebab my husband tak suka tebal sangat and i pulak tak suka nipis sangat :D

001

yang ni pulak rupa dia after one hour ye! tunggu untuk di tumbuk tumbuk untuk buang angin yang kembang tu and then pastu dah boleh taruk topping dah

002

yang ni dah siap bertopping…i suka taruk banyak cheese…kat bawah cheese tu i taruk chicken pepperoni tapi tak nampak la pulak ye sebab banyak tul cheese i taruk kat atas tu….

005

ni yang dah siap bakar and ready to eat :D

006

jemput makan semua :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails