Thursday, February 18, 2010

100210 - Nasi Lemak Ikan Aya/ Tongkol

 

lamanya i tinggalkan dapur i ni kan!

weekend hari tu i pegi utara sebab ada wedding kat sana

dah sampai utara, singgah kejap di langkawi

3 hari di utara, asyik makan seafood je tiap tiap malam dan tiap tiap pagi pulak asyik makan nasi lemak je :-)

dah balik sini, mula lah makan toast bread je for breakfast

i ni memang jarang sangat masak yang agak beria untuk sarapan pagi

bila ada mood atau dah teringin sesangat tu barulah i masak beria untuk sarapan macam masa i teringin nak makan nasi lemak ikan aya ni :-)

002

 

okay, ini resepi sambal ikan aya ye!

BAHAN BAHAN UNTUK MEREBUS IKAN

1 ekor ikan aya di potong nipis – di cuci dan di toskan

3 tsp garam halus atau suku genggam garam kasar

5 keping asam jawa

sedikit air – cukup sekadar suku bahagian ikan sahaja

 

CARA CARA

masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan tutup periuk dengan penutup periuk

kemudian rebus sehingga kering air atau sehingga mendidih

tutup api dan biarkan

** ikan aya ni lebih sedap kalau di rebus sehari lebih awal

 

 

BAHAN BAHAN UNTUK SAMBAL TUMIS

15 biji bawang merah

5 biji bawang putih

20 tangkai cili kering – di rendam di dalam air panas dahulu

minyak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa

 

CARA CARA

- pakai blender, mesinkan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga lumat

- panaskan minyak di dalam kuali

- masukkan bahan mesin tadi

- tumis sehingga naik bau dan warna cili tadi agak gelap (guna api sederhana ye!) – dan jangan lupa kacau bahan tadi yer!

- bila sambal dah pekat dan gelap warnanya, masukkan garam dan gula secukup rasa. (boleh juga guna gula melaka – rasanya akan lebih sedap lagi dan sambal akan menjadi lebih gelap seperti yang sambal kat terengganu gitu :))

- tutup api dan tuangkan di atas ikan rebus tadi apabila hendak dimakan dengan nasi lemak.

- boleh di hidang dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun

okay, nasi lemak ikan aya sudah siap! ayuh kita menjamu selera :-)

5 comments:

  1. garam kasar segenngam tu tak masin ke babe?

    pas tu samabl tumis tak yah letak belacan?

    i suka tapi tak reti buat sellau makan balik kg ja :)

    ReplyDelete
  2. erma
    eh, thanks! i baru perasan segenggam tu byk bebenor..
    i dah tukar ke suku genggam :)
    btw, nk taruk belacan pun boleh jugak tp i tanya yg kat kemaman tu, dorang tk taruk belacan..
    tp kengkadang i taruk jugak belacan :)

    ReplyDelete
  3. Hi Zarin

    I tak pernah dengar ikan tu..i wonder how it taste like..

    Nasi lemak for sarapan memang la sedap...tapi pat nak masak pagi2 tu yang selalu terencat sikit..

    ReplyDelete
  4. Hi Zarin...

    Baru terperasan..ikan aya tu tongkol...ha ha..rabun ayam betul la I ni...

    ReplyDelete
  5. yat
    nanti cuba lah..sedap tau..femes kat terengganu..u can prepare the sambal a day earlier :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails