Wednesday, February 24, 2010

190210 - Nasi Goreng Sardine

 

baru nak mula memasak selepas bercuti cuti

ini pun main campak campak je

masih buntu nak makan apa, sudahnya i buatkan nasi goreng guna ikan sardine cap ayam tu je..

nasi tu lebih waktu lunch and masa lunch tadi we all makan simple je which is i can’t remember dah tapi sangat simple lah sampai lupa nak amik gambar :-)

okay ini resepi nasi goreng ikan sardine

BAHAN BAHAN

1 tin ikan sardine cap ayam tau! hihi..i memang makan ikan sardine cap ayam je

1/2 biji bawang merah yang besar – di hiris nipis or di racik

1 biji bawang putih – di hiris nipis /dadu

6 biji cili api di ketuk (nak lagi pedas tambah lagi cili api ye!)

2 tbsp kicap lemak manis cap kipas udang :-)

lettuce untuk hiasan

garam secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis

CARA CARA

panaskan minyak

asingkan ikan sardine dari sosnya

bila minyak dah panas, goreng ikan sardine sehingga masak (ikan sardine selalu meletup bila di goreng jadi i selalu tutup kuali tu dengan penutup)

bila ikan dah masak, angkat dan toskan

guna minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah sehingga garing

kemudian masukkan cili api dan sos sardine tadi

kacau sekejap dan masukkan kicap

**semasa sedang menumis tadi, jangan lupa siat siatkan isi ikan sardine tadi dan gaul dengan nasi ye!

masukkan nasi yang telah di gaul dengan ikan sardine tadi

masukkan garam secukup rasa dan masukkan lettuce, terus tutup api dapur sebab lettuce ni sedap di makan macam tu je..biar rangup sikit (tapi i kena lembutkan sikit sebab my other half tk suka mkn mcm tu je )

siap :-)

008

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails