asyik asyik daging hitam je ye!
haaa lah sebabnya i ni memang sungguh tak reti sangat nak masak daging ni..yang i tau, cuma daging goreng, kari daging and daging kicap..tu je lah..
daging prune ni memang kesukaan my other half selain dari daging manis tu..
so, i selalu jugak masak daging prune ni..i suka rasanya yang ada rasa masam manis prune tu :-)
hokkay, this is how i made my daging prune hitam manis
BAHAN BAHAN
1. 450gm daging di hiris nipis
2. 2 biji bawang merah - di tumbuk
3. 1 biji bawang putih – di tumbuk
4. 1 tsp jintan manis – di tumbuk
5. 1 tsp jintan putih – di tumbuk
6. 1 tbsp cili kisar (if nak guna cili boh pun ok jugak )
7. 1 tbsp sos tomato
8. 2 tbsp kicap lemak manis
9. sedikit buah pelaga,kayu manis, bunga lawang and bunga cengkih (kalau tak nak pun tak pe)
10. garam secukup rasa
11. beberapa helai daun kari
12. 1/2 biji bawang besar di hiris nipis
13. 4 biji buah prune tanpa biji di hiris memanjang
14. minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA CARA
- gaulkan daging dengan bahan no . 1 hingga no. 10
- perapkan di dalam bekas bertutup selama 1/2 jam atau lebih
- kemudian panaskan kuali
- tumis bawang besar dengan daun kari sehingga naik bau
- kemudian masukkan daging yang telah di perap tadi
- biarkan daging di atas api dan kacau sekali sekala sehingga kering airnya
- kemudian masukkan sedikit lagi kicap kalau nak warna yang lebih gelap ye!
- kacau, dan bila daging hampir masak, masukkan prune yang telah di hiris memanjang tadi
- kacau sekejap dan boleh di tutup api…
siap dan sedia untuk di hidang …daging ni sedap di makan dengan nasi putih atau pun nasi beriani atau nasi minyak atau pun di makan begitu sahaja :-)
No comments:
Post a Comment