Thursday, March 24, 2011

anak kata jelly, papa kata bronok, mommy kata kuih pink aje….

 

inilah kuih feveret i sedari dulu lagi

004

nama aje feveret TAPIKAN seumur hidup tak pernah membuatnya sendiri..asyik makan kat kedai jek… u know lah bila makan kat kedai, ada je kekurangannya, kengkadang terlebih kaler pink, kengkadang lembik selembiknya lah, kengkadang pulak sagu tak masak lah, kengkadang tu kelapa pun dah masam tapi suka punya pasal, dah banyak kejadian tak indah ni pun i masih mencari cari jugak kuih pink ni :D

anyway, tadi pagi i terlebih rajin nak mencuba buat kuih sagu ni. buatnya di pagi hari tapi hari ni banyak betul keluar masuk rumah sampai lupa kewujudan kuih sagu ni…duduk laaa kuih sagu dendiam kat dalam kukusan tu sampailah waktu asar ye!

masa tu baru masuk dapur, and heran apa pasal periuk kukus tu ada kat atas hob tu. bukak bukak nampak kuih sagu pink nih …hahaha teruknya kan i nih

anyway, long story short, resepi i refer from hana yang baru je berangkat balik m’sia tu. i main agak2 je sebab sagu i tu tak sampai 1 cawan pun and the result was perfecto…sesedap rasa di tekak i lah hikhik….looks like after this i have to make my own kuih sagu lah sebab hasya pun suka makan jelly ini..hahaha hasya makan kuih ni without kelapa ye! itu pasal dia panggil jelly

  2011-03-24

source: hanamemories

 

Bahan-bahan

  • 1 gelas sagu biji kecil – saya guna 1/2 cawan sagu
  • 3 gelas air – saya guna 2 cawan air
  • 3/4 gelas gula pasir- saya guna 1/2 cawan 
  • Sedikit pewarna merah – saya guna pink tapi terlebih pink kot ;-)
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose – saya tak masukkan
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 " ( saya masukkan dalam bekas lompang je..senang nak makan nanti )
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan cungkil dengan butter knife untuk keluarkan dari bekas lompang tu dan gaul dengan kelapa..siap.

 

006

9 comments:

  1. zarin,

    kuih sagu my favourite too cuma bab nak buat tu ada sedikit malas.. hehe.. so in the end, makan 2-3 tahun sekali. :D

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak...sukanya kuih ni lama dh tak buat nanti nk buat jugalah haha tapi bila yer?..hehe

    ReplyDelete
  3. Babe

    tak kisah la apa nama dia...pokoknya sedapppp makan for afternnon treat...ai suka kuih ni...tapi buatnyer sgt la jarang..apa kata u postkan kat ai :)

    ReplyDelete
  4. shidah
    at least u buat jugak 2-3 tahun skali, i nih? hahaha baru mencuba buatnya... slalu beli jer :D



    nieza
    sama lah ngan akak ni, nampak org buat terasa nk buat tp bila ye? semalam tu kira tk sengaja lah tu


    yat
    ohhh yes babe! sedappp n sowi ye tkleh pos, semalam skali hadap je habis lincin suma...amik gambar pun selaju mungkin sbb org dah beratur nak makan :D

    ReplyDelete
  5. Zarin
    Sonia nampak dia kata.. nak niii hahaha.. she actually meant apam snow white.. she doesnt know the differenc.. dia nampak pink and ade coconut and she thought that apam.. kesian anak i sorang ni

    ReplyDelete
  6. la..baru je makan semalam tapi kita punya kaler hijau :)

    ReplyDelete
  7. omg makcik!! dah lama i tak sempat read blogs dan sewaktunya...and omg impressivenya awak memasak makcik ooiii...nak ckp jeles...tak kot...sebab memang tak minat masak...hahaha...

    eh..give me some ideas on what to bring for marsya's class for her coming bday please.. kids nowadays makan cake macam makan nasi...so macam waste je...ideas please...

    and good job sweetie!

    ReplyDelete
  8. rima
    sonia suka apam snow white ye! sama mcm hasya, tp hasya tk makan with kelapa


    zarina
    i plak kalau warna hijau jarang amik la sebab tk authentic konon ahaha :D


    doreen
    weii makcik, hmmmm impressive ye! hahaha me tooo... tk sangaka ku boleh buat ini semua hahaha kalau dulu pots,pans, oven and mixer tu memang tak berusik la..now everyday ku pegang hahaha :D
    aiyyooo cannot think la rite now..i'll call u later ye!

    ReplyDelete
  9. akak suka kue sagu u sbb banyak kelapa..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails