Wednesday, March 2, 2011

kek lapis lagi?

 

006

 

ha ah kek lapis lagi sebabnya nak jumpa kawan. dah lama mereka mereka nak merasa my layered cake tapi asyik tak terbuat aje. semalam nampak ada 14 biji eggs. just enough to make this cocoa and cheese layered cake. so, buat ajelah sambil berdoa janganlah telur ni buat hal cannot separate the yolks from the egg whites pulak. kalau telur ni buat hal memang tatau nak cari kat mana dah…tak rajin nak keluar rumah pi kedai

hasilnya, telur tak buat hal and kek lapis pun dah siap. errr actually nak jumpa kawan on friday tapi sengaja buat awal coz takut vitamin R tu dah lari…huh, memang vitamin R dah lari dah hari ni :D

 

 

2011-03-02

source: resepi citarasawan dan bisousatoi

Bahan A
200gm mentega
150gm cream cheese 
130gm gula kastor  (saya guna 100gm sahaja)
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis


Bahan B
130gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar


Bahan C
180gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk penaik


Bahan D
Pes Koko (2 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas + 1 sudu teh coklat emulco)
Pewarna kuning
Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis) (saya guna melted butter saja)
Panaskan ketuhar pada suhu 175c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in (saya guna pan 9 x 9)

Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, krim keju, dan gula kastor. Pukul hingga kembang dan berkrim.

2.Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Kemudian tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.

3.  Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kental. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk. ketepikan

4.  Masukkan tepung Hong Kong dan serbuk penaik ke dalam adunan bahan A tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.

5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi ke dalam adunan bahan A. Gaul hingga adunan bercampur rata.

6. bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 adunan di campur pewarna kuning dan satu adunan lagi di campur pes koko tadi.

7. Ambil 6 sudu besar adunan kuning dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar selama 7 minit dengan api atas dan bawah hingga kek berwarna perang.

8. Tekan lapisan ini agar rata. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan. Ratakan adunan warna kuning sebagai lapisan kedua, Bakar dengan api atas sahaja hingga masak.  Ulangi hingga 4 lapisan warna kuning.

9. Untuk lapisan kelima, ambil 6 senduk adunan koko dan ratakan. Bakar hingga masak. Ulangi membakar lapisan warna koko sehingga habis adunan tadi.

10. then ulangi lapisan warna kuning sehingga habis adunan tadi.  Bakar hingga habis.
11.  Akhir sekali,  tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.

 

* note:- untuk lapisan kedua dan seterusnya sila guna api atas sahaja

 

025

22 comments:

  1. wow zarin! I want!! It's so pretty.

    ReplyDelete
  2. lagi? & lagi? hihi...
    tak takut ker, lemak pon berlapis2 nnt ... ;)

    i rasa u dah boleh buka kelas ajar buat kek lapis la dear ..

    ReplyDelete
  3. zarin!!! sedapnya nampakkk!!! baru je nk place oder.. choc cheese lapis :D err.. next week bebila you free tlg buatkan ye.. email me the price ok?

    ReplyDelete
  4. jeless betul tengok akak buat kek lapis..
    sangat cantik....
    mas gak tak sampai2 seru lagi buat kek lapis...

    ReplyDelete
  5. gorgeous...nuff said

    ReplyDelete
  6. ala..cik zarin ni asikwat kek lapis je..teruja nak try buat.. tp masa and mooad tak dtg2 hehehe

    ReplyDelete
  7. ehemmmm rajin nya..msti sdap..choc n cheese..a good combination sis..yeah..

    ReplyDelete
  8. cantik!cantik!sy pun dah lama x melapis nih..angin lom smpai..tolong tiupkan skit angin rajin ke sini..hihi

    ReplyDelete
  9. shidah
    serious nak ke? tk takut? hehe nanti i passkan kat jue ye!


    ain
    takut gak lemak naik berlapis lapis, tu pasal now ni pepagi hari keluar jogging hikhik. anyway, i makan sikit je. byk bg kawan and simpan dlm freezer in case of emergency ;-)

    jue
    nak yg ni ye? nanti i email u kay


    mas
    cuba lah nanti, sure menjadi coz akak tau mas memang sentiasa rajin tk mcm akak yg asyik tunggu vit R dtg je :D


    noir
    owh! tq ;-)


    RC
    i pun mcm u. tu pasal bila ada je vit R tu, i cecepat buat sbb takut nanti dia laaari jauh


    qiela
    ha ah sedap


    hasue
    halamak! sifu kek lapis datang arrr...malu malu :D
    nahhh puuuuuuh dah tiup dah angin rajin...sempat tangkap tak tu?

    ReplyDelete
  10. Zarin
    Kalau guna fan-forced convection oven, boleh tak?? Mine takde function heat atas or bawah.

    Plain mabeles itu kek LAP :-)

    ReplyDelete
  11. wow!! wow!!..terbeliak biji mata akak tengok kek lapis zarin ni..cantiknya..very nice!! nak rasa sikit!!

    ReplyDelete
  12. I want too... serius I selalu teruja nak buat.. tapi rasa cam xconfident jek... either xjadi.. or lapisan I mesti buruks....dah lah guna 14biji telur???tapi urs serius cantik and mmg nampak sedap... waaaaaa... nak jugak.. nak jugak...

    ReplyDelete
  13. CS
    your oven ada grill function tak? i lupa plak itu hari my fren buat guna fan ke tidak but i ingat dia pakai api grill je. apa kata u cuba dulu hahaha kalau tk jadi jgn marah i :D

    errr apa kata kita tanya cikgu rima?


    kak ayu
    dah tutup mata belum?kikiki nanti saya post sikit ye


    mummy nana
    if u use the same amount for the layer, sure lapisan tu become very cantik... the other day i buat yg 21 eggs..serik dah, takmo buat lagi coz asyik lupa count the eggs tu ;-)
    eh, boleh boleh nanti kita tukar ngan ice cream ye!

    ReplyDelete
  14. zarin..

    i baru ada kesempatan singgah sini..
    bestnye.. rajin sungguh u melapis.. teruja babe.. singgah ni pon nak mencilok u punya lapis recipe.

    btw.. suke lah tengok kengkawan masuk newspaper kemarin.. glamer gitu! yeah!! tahniah.. congrats!

    ReplyDelete
  15. hann
    i pun dah berapa hari tak buat entry kat sini. mood tk raji dah dtg eh, bukan hari2 bake kek lapis coz ada org order. itu pasal asyik tk sempat nk try out new recipe
    nak melapis ke? nanti tunjuk gambar ye!

    p/s
    suka tengok kengkawan je masuk paper? hihi meh kita sama sama masuk paper plak nak :D

    ReplyDelete
  16. wow...terguda dan jatuh chenta buat kali ke brapa pun x taula...hehe memang tabik tul sama akak kalau bab melapis..kalau dkt nk jer pi belajar ni..hehe

    ReplyDelete
  17. nieza
    muahaha asyik jatuh chinta je ye nieza tapi tk buat buat lagi ye! hihi

    ReplyDelete
  18. Salam kenal. Cantik kek ni....AlongRoz

    ReplyDelete
  19. wow, tahniah. lapisan sangat cantik. Seronoknya klu dapat membuatnya. hehe.. nape lah kek lapis ni byk sgt pakai telur kan.

    ReplyDelete
  20. norasikin
    itu la kan..banyak sangat pakai telur... kengkadang tu boleh terlupa kira berapa biji telur daaa ;-)

    ReplyDelete
  21. nice kek lapis....thumbs up!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails