Tuesday, March 29, 2011

owh!lala lala laaaa …….

 

lauk berbuka petang semalam

004-1

asal berpuasa di bulan bukan ramadhan je macam2 benda nak makan ;-)

semalam list untuk berbuka panjang berjela tapi had to satisfied with lala masak serai and lagi 2 jenis lauk je…errr nak buat banyak banyak pun tak larat sebab perut kecik je hikhik :D

hari ni pulak, bila tak puasa, tak tau nak makan haper pulak dah hikhik macam macam kan!

anyway, this recipe  was taken from yat maria and actually asalnya dari kak nor . many many thanks to both of them. yummeh lala ni :D2011-03-28

source:- secubit garam dan easybakes

 
Bahan-bahan ( 3 org makan )
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api – diketuk (saya masukkan 2 biji cili api dan sebiji cili merah di potong serong)
1 sb sos tiram  (saya masukkan 3 tbsp)
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri  (saya tk masukkan daun bawang & saya cuma masukkan 1/2 biji tomato biasa je)
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

saya tambah 1/4 cawan air


Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna. 
masukkan air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi

 006

11 comments:

  1. lama tak makan lala..sedap tuu

    ReplyDelete
  2. izah
    akak suka lala..sedap ;-)

    ReplyDelete
  3. owh dear.....lalalalalalallaaaaaa....myk nye lala....I love this one too...but later....kene telan ubat haaaaaaaaaaacooooom!!!!

    ReplyDelete
  4. mas klu dapat lala..ratah macam tu jer...
    baru puas makan..he..he..

    ReplyDelete
  5. sama la sini, lama tak jumpa lala kat pasar..

    ReplyDelete
  6. zarin, i love lala. tapi kat sini nak cari kat mana fresh lala? the ones yg jual kat tesco, carrefour, jusco, giant semua tak fresh :(

    ReplyDelete
  7. ayu
    allergic ye! saya ni semua seafood boleh makan..yummmy :D


    mas
    akak pun ratah je semalam ;-)


    kak nor
    itu la..saya pun bila nampak lala ni semalam teruk beli je


    shidah
    i pun tk beli kat tesco, car4 or jusco. lucky my place ada satu kedai runcit ni jual barang fresh ni n suma ikan ke sotong ke udang ke suma fresh. suka i

    ReplyDelete
  8. terliur ok!! malas nak pi kedai cina carikk.. huwaaa!!!

    ReplyDelete
  9. DLL
    kat sini pun susah gak nak dapat fresh lala

    ReplyDelete
  10. lama tak makan lala.. taruk lam spagetti sedap nih hehe tapi cam semua cakap la, susah nak carik yg fresh kat pasar.. ;( tak fresh kang, gatal2 plak..n x wangi..

    ReplyDelete
  11. RC
    eh eh betul tu taruk dlm spaghetti pun best..tp itu hari beli sikit je..masak serai ni pun berebut rebut makan hahaha
    hmmm kena tahan dulu lah niat nk makan ngan spag tu sbb bila lagi lah dapat jumpa lala fresh mcm ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails