Friday, March 18, 2011

oreo layered cake and a story behind it

 

019

 

hajat di hati nak bawak sebiji sebijun kek lapis oreo ni masa jumpa kengkawan lama the other day

tapi hajat tu tinggal hajat je sebab kek ni terjatuh nasib tak tergolek dawg masa i baru habiskan the 6th layer tuh

the first 5 layers tu okay je rupanya tapi the 6th layer tu habis compang camping bughok bebenor ghupa dia. mulanya ingat nak stop aje tapi bila tengok kat batter yang banyak lagi tuh terasa sayang pulak nak bagi kat Mr T, maka i pun continue aje lah sampai habis. eh eh, kek ni tak bersepah atas lantai ye! huh, nasib baik sebab elok je dia duduk kat atas pan tu walaupun base pan tu dah tercabut dah and kek tu pun elok je dok atas base pan tu cuma macam i kata tadi the 6th layer yang ada oreos tu habis bersepai suma. 

sebab hasilnya dah tak cantik tu, maka i pun potong kecik kecik and bawak sikit je masa jumpa my friends tuh…hmmmm nasib baik rasa dia masih maintain sedap…. i think this is more like the sarawak layer cake kot…

owh, kenapa pan ni boleh jatuh ye? sebabnya i was busy talking to hasya ye! tu lah kekdahnya kalau mata ke lain, mulut ke lain, tangan ke lain..hmmm padan muka kan!

 2011-03-15

owh! here’s the recipe. thanks to bro rozzan for sharing this wonderful recipe

Bahan-Bahan
10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega (saya guna anchor)
200 gm gula halus  (saya guna 150 shj)
300 gm susu manis  (saya masukkan 250 shj)
100 gm keju cheddar, diparut (optional) (saya guna cheddar cheese slice tu je)
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket) (saya tak masukkan jadi saya tambah horlick sebanya 50gm lg)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli  (saya guna vanilla essence)
1 sudu teh pes pandan (optional) (saya tk masukkan)
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah

Cara:
1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.
2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.
3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.
4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.
5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)
6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 175 -200 darjah Celsius.
7) Ambil 4 tbsp adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).
8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 4 tbsp adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)
9) Selepas itu, ambil 4 tbsp adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya.

10) untuk lapisan terakhir, saya bakar guna api atas sahaja selama 7 minit dan kemudian tutup pan tadi dengan aluminium foil dan bakar menggunakan api atas dan bawah selama 10 minit

** make sure ratakan permukaan kek dengan sudu atau presser setiap kali selepas keluar dari oven ye!

027

note: saya tak letak oreo di bahagian atas sekali sebab saya suka kek saya sekata macam ni…sesetengah orang suka taruk oreo kat bahagian atas tu…

10 comments:

  1. xmcm jatuh pun..perfectto..wallah..*droollliiinnnggg*

    ReplyDelete
  2. qiela
    if u count the layers tu, u'll notice thje 6th layer which is 2nd layer for oreo tu memang bughok ghupanya..errr nak amik gambar punya pasai, sorok2 sikit hahaha :D

    ReplyDelete
  3. If ade budak budak around waktu baking memang gitu.. they all sibuk kat dapur and kita terpaksa lah layan they all.. if tak layan terpekik pekik budak tu.. hilang concentrasi kita..

    I hv tried this recipe.. yes texture and taste macam kek lapis serawak

    ReplyDelete
  4. assalam zarin..tak nmpk cacat celanya kek tu..yg akk nmpk sedap sangat hehehe

    ReplyDelete
  5. wahh akak kalau buat lapis melapis memang tabikkk.....nk tapau skit bw bekal ni...sedapnya...hehe

    ReplyDelete
  6. rima
    that's why i suka bake when she's at school tp now kan cuti skolah..hmmm had to bare with it la kan!
    btw, i think i lg prefer indonesian lapis kot ;-)


    kak rosaliza
    dalam gambar tk nampak sgt tapi actually tk semua layer tu yg herot petot, ada sikit je tp tk best pulak nk bwk sebijik kan sbb saya pun tak tau the outcome masa tu


    nieza
    hmmm sebab nieza dah puji ni maka akak bagi nieza berketul ketul lah ni hahaha :D

    ReplyDelete
  7. masih tetap cantik di mata k.nor yg mmg tak boleh jalan bab kek2 lapis nih :)

    makan jer reti buatnyer.. mintak ampun ler.. (makan pun sket jer sbb biasanya kek lapis manis letting kan :)hehe)

    ReplyDelete
  8. kak nor
    sebab manis lettting la saya berusaha buat sendiri kak hikhik...suka makan tp kena makan sikit sbb yg beli tu slalu manis yg amat..sudahnya bila dah buat sendiri, byk jugak sy kurangkan gula sbb ikut tekak sendiri kan ;-)

    ReplyDelete
  9. fuiyoooooooooooo...kek lapis oreo laak!! mmg terbaekk wok!!! cun banget lapisannye..kalu akak yg kurang sabor nih..mau bersimpang siur jdnye..hehe! nk kenen 3 potong..ada lg ker??

    ReplyDelete
  10. kak ina
    kikiki lawak la akak ni bersimpang siur plak jadinya..ish kalau akak buat mesti lg cantik la kak....
    boleh boleh nanti saya simpan untuk akak :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails