Wednesday, September 29, 2010

pajeri terung

 

 

 004

 

kami berdua suka sangat makan pajeri terung tapikan seumur hidup i memang tak pernah masak pajeri terung ;-)

dunno why i never tried before hehe rasanya sebab terung ni bukan salah satu vege yang i akan slalu amik kot kalau ternampak kat pasar tu 

tapi yang peliknya tiap kali nampak pajeri terung kat kedai makan, musti kami berdua akan amik tau!

anyway since masa balik kampung itu hari i ternampak terung terung kat tepi rumah mak i berbuah dengan jayanya maka i pun dengan jayanya telah mengangkut buah terung yang dah masak tu bawak sini! owh tidak, i masih tahu malu lagi pada mak i, takde lah i angkut bawak balik pasu pasu terung tu ye, cukuplah sekadar mengambil beberapa biji terung sahaja….dalam kepala otak tu dah terbayang nak makan pajeri dah hihi..

so kan sebab seumur hidup tak pernah masak pajeri ni n i lupa plak nak tanya mak i camner nak masaknya maka apalagi, terus je lah i intai kat myresepi tu

so i found this recipe by nadia…thanks ye nadia…sedap pajeri ni di tekak dan memang kena pada selera kami ;-)

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 3 biji terung panjang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1btg kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
  • minyak untuk menumis
  • 3-4 biji lada hijau(optional)
  • 1/2 keping gula melaka
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  2. Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
  3. Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
  5. Kemudian masukkan terung, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
  6. Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.

 

001

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails