Friday, September 3, 2010

puding putih telur berkuah

 

008

 

tak tau nak taruk nama apa :-)

eh, actually lupa la apa dorang panggil puding ni so i main hentam taruk nama sendiri je lah

buat ni pun sebab ada lebihan putih telur itu hari

teringat mak mentua pernah ajar camner nak buat puding ni, so i pun buat je lah

okay ini resepinya

Bahan untuk agar agar putih telur
6 biji putih telur 
3 cawan air
3 tbsp gula (kalau nak lagi manis, sila tambah gula ye! )  agar agar tali ( i guna separuh saja)

sedikit pewarna merah atau ros essence


Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali putih telur. Masak atas api sederhana sehingga agar agar dan gula sebati, tutup api

then dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga gebu dan kental (bila terbalikkan bekas tu, putih telur tu tak jatuh ye!)

then bila putih telur dah kental, masukkan agar agar tadi sedikit demi sedikit ke dalam putih telur tadi dan kacau biar agar agar sebati dengan putih telur tadi sehingga habis agar agar tadi ye!

then masukkan dalam bekas atau loyang untuk sejukkan

boleh juga di sejukkan dalam peti ais

 

Bahan untuk kuah

1 tin susu cair
2 tin air 
2 camca besar tepung kastad
1 tin buah buahan campuran (fruit cocktail)

Gula secukupnya

Cara Cara 
Campur semua bahan dan masak atas api sehingga mendidih.

tutup api dan sejukkan. boleh juga di sejukkan di dalam peti ais

apabila hendak makan, potong agar agar putih telur tadi dan masukkan dalam bekas yang sesuai dan tuangkan kuah tadi ke atasnya



** make sure tiup tiup sikit agar2 tu sebelum di campur dengan putih telur ye sebab takut kalau agar2 yang panas boleh buatkan putih telur tu jadi berketul ketul n tak nampak gebu macam tembikai ni :)

006

4 comments:

  1. Salam dear..

    this pudding looks yummehh bebeh!!! ku suker..tapi yg ku maleh nak pukul tu telur sampai stiff peak..sbb ku punya mixer sudah sempot..jadi ku simpan dulu ya resepi mu ini..

    oh ya satu lagi, kalo pakai agar tak tali punyer bule kah..like the usual powdered one?

    ReplyDelete
  2. hi yat
    boleh je pakai agar2 powder tu..i je yg tk pandai pakai powdered jelly tu :)
    terukkan i ni :))
    eh u know masa my MIL ajar puding ni, jenuh ku whisk pakai tangan tau..pastu bila dah siap ku cuma dapat makan sikit je..lelain tu habis di balun oleh org2 lain :(( huhu dah la tangan sakit pastu dpt makan sikit je :((

    ReplyDelete
  3. Salam kak zarin,
    Huwah! sebijik macam eskrim rupa puding ni. Sungguh menarik. Dah bertambah resipi putih telur. nanti banyak2, baru nak buat. heheh..

    ReplyDelete
  4. indah
    haa kalu makan sejuk2 memang macam mkn aiskrim hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails