Sunday, June 5, 2011

peparu goreng cicah air asam

 

IMG_8614 

errr actually i yang silap dengar tadi, bila dah silap dengar maka hasilnya lain lah ye

masa beli paru tadi, owh! tadi first time beli paru hokkay…nasib baik buleh tahan kegelian masa nak mencuci paru tu ;-))

okay, back to masa beli paru tadi hubster kata nak makan paru goreng cicah air asam and i thot air asam tu macam air asam yang slalu buat bila nak makan daging bakar tu tapi rupanya air asam dia tu cuma sedikit tomato sos, sedikit chili sos, sedikit gula and sedikit air jek..lorrr manalah i tahu kan…ehehe sejak kahwin, ni baru first time masak paru goreng ;-))

anyway, back to my paru goreng rempah with air asam…habis gak sepinggan tu kami berdua makan tadik..conclusionnya sedap lah tu kan kat tekak kami

paru goreng berempah

bahan bahan

500gm paru – di rebus dengan sedikit garam – toskan dan hiris nipis nipis

seulas bawang putih

halia – 1 inci

kunyit – sebesar ibu jari

sedikit jintan manis, jintan putih dan ketumbar ( dalam 1 tbsp each)

sedikit garam

minyak untuk menggoreng

Cara cara

tumbuk semua bahan di atas dan gaulkan paru tadi dengan bahan yang telah di tumbuk. perap  selama 1/2 jam

then panaskan minyak dan goreng paru tadi hingga agak garing

angkat dan toskan

 

IMG_8613

air asam

seulas bawang besar – potong dadu

1 biji tomato – potong dadu

sedikit belacan (about sebesar ibu jari) – di bakar dahulu

5 biji cili api – di potong bulat

1 biji cili merah – di potong kecik2

1/2 cawan air asam

garam dan gula secukup rasa

cara cara

gaulkan semua bahan di atas – kalau kurang rasa masam manis tu sila tambah ikut citarasa sendiri ye!

 

IMG_8616

3 comments:

  1. sedappp...suka sangat makan paru neh..cicah ayaq asam plak tuh...*telan2 ayaq lioq*

    ReplyDelete
  2. Mak Qis
    sama lah ngan saya..suka sgt mkn paru tp tk pernah masak sendiri hikhik..tadi kira break record la tu

    ReplyDelete
  3. walawweh..mengancam sungguh rupa bentuk paru tu..sdap nyeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails