Friday, February 26, 2010

250210 - Chocolate Cake

 

lama betul tak masak memasak dengan jayanya kat dapur i tu :-)

after CNY holiday hari tu, my other half ke kuantan and kerteh, malam tadi baru balik rumah and today pulak, although everybody else cuti, my other half pulak sibuk ada meeting sana sini with his boss..5.30pm tadi baru balik..hmmm macam kejer jugaklah ye hari ni :-)

normally when my other half is not around, i memang masak yang amat simple je sebab hasya memang penggemar pasta yang tegar..almost everyday both of us makan pasta or paling tidak pun i buatkan vege soup je :-)

well, itulah ceritanya kenapa lama dapur ni tak berasap :-)

anyway, i baked this chocolate cake for my friend’s cousin

dah banyak kali baked this cake and ramai cakap memang sedap..and nak buat cake ni pun amatlah senangnye sebab tak payah nak pakai mixer pun…(itu yang i suka tu hihi)

actually, i terjumpa resepi ni kat mamafami, so izinkan saya c&p aje ye!

 

CHOCOLATE CAKE
Source : Perwakilan The Hague Blog
Ingredient A :
250 g butter
1 cup lukewarm water
1 ½ cup granulated sugar
½ - ¾ cup cocoa powder
Ingredient B :
2 cups flour
1 teaspoon baking powder
2 teaspoon soda bicarbonate
Ingredient C
2 eggs
1 teaspoon vanilla essence
½ cup evaporated milk/ coffee milk
Method
1. Put ingredients A in a double boiler, heat till the butter melts and cool till lukewarm
2. Sieve ingredient B together
3. Slowly fold in B in A
4. Add in C to 3, mix well, try to avoid clumps. If there are clumps, sieve the mixture.
5. Bake in a preheated oven at 160 celsius for 45 mins – 1 hr. For cupcakes, I baked for 27 to 30 minutes.

 

 

ini rupa dia before di make up ye!

012

011

this one pulak rite after dah make up…make up simple je sebab banyak benda happen masa tengah buat ni sampai i kecut perut takut tak sempat siap by this morning..

make up dia tu, i pakai fondant je..just sapukan apricot glazed and then salut je lah dengan fondant :-)

Thursday, February 25, 2010

240210 - Chocolate Banana Cupcake

sebelum apa apa hari ni…iya…date kat atas tu 24/2 tu is our 8th anniversary tau! hihi..saja je nak habaq! 

okay back to my recipe, kebetulan kat rumah ada pisang lemak manis yang dah nak nertukar kulit dia dah

plan nak buat cekodok tapi bila pikirkan cuma i ngan hasya je yang makan, so malas lah pulak

then tetiba kak ain pi tayang banana chocolate cake dia petang semalam

so, apalagi i pun c&p je recipe tu and terus buat cake ni tapi i buat cupcake sebab nak bagi kat my friend separuh

dapatlah 24 biji cupcake, so i dah bagi kat my friend dah separuh, separuh lagi tu i ngan hasya makan le gamaknya :D

sedap sangat caje ni..and very moist gitu

 

recipe ni i copy from KAK AIN, kak ain pulak nampak kat rumah kak ummi, kak ummi pulak c&p dari umah MamaFami. Resipi asal dari Joy of Baking. Terima kasih banyak2 utk akak2 semua. Minta izin c&p ye!!!


CHOCOLATE BANANA CAKE
Source : Joy of Baking
Ingredients :

  • 2 cups (400 grams) granulated white sugar
  • 1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
  • 3/4 cup (75 grams) cocoa powder
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 1 1/2 teaspoons baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 large eggs
  • 1 cup mashed ripe bananas (about 4 small sized bananas) - i used pisang lemak manis
  • 1 cup (240 ml) warm water
  • 1/2 cup (120 ml) milk
  • 1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
  • 1 1/2 teaspoons vanilla essence

Method :

  1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
  2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. (*I made cupcakes ye!). Set aside.
  3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
  4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
  5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
  6. Pour the batter into the prepared pan or cups and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean. for the cupcake, bake for 20-25 minutes okay!
  7. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache  (mine, tak sempat nak taruk ganache sebab sedap di makan begitu sahaja ;))

 001

Wednesday, February 24, 2010

190210 - Nasi Goreng Sardine

 

baru nak mula memasak selepas bercuti cuti

ini pun main campak campak je

masih buntu nak makan apa, sudahnya i buatkan nasi goreng guna ikan sardine cap ayam tu je..

nasi tu lebih waktu lunch and masa lunch tadi we all makan simple je which is i can’t remember dah tapi sangat simple lah sampai lupa nak amik gambar :-)

okay ini resepi nasi goreng ikan sardine

BAHAN BAHAN

1 tin ikan sardine cap ayam tau! hihi..i memang makan ikan sardine cap ayam je

1/2 biji bawang merah yang besar – di hiris nipis or di racik

1 biji bawang putih – di hiris nipis /dadu

6 biji cili api di ketuk (nak lagi pedas tambah lagi cili api ye!)

2 tbsp kicap lemak manis cap kipas udang :-)

lettuce untuk hiasan

garam secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis

CARA CARA

panaskan minyak

asingkan ikan sardine dari sosnya

bila minyak dah panas, goreng ikan sardine sehingga masak (ikan sardine selalu meletup bila di goreng jadi i selalu tutup kuali tu dengan penutup)

bila ikan dah masak, angkat dan toskan

guna minyak yang sama, tumiskan bawang putih, bawang merah sehingga garing

kemudian masukkan cili api dan sos sardine tadi

kacau sekejap dan masukkan kicap

**semasa sedang menumis tadi, jangan lupa siat siatkan isi ikan sardine tadi dan gaul dengan nasi ye!

masukkan nasi yang telah di gaul dengan ikan sardine tadi

masukkan garam secukup rasa dan masukkan lettuce, terus tutup api dapur sebab lettuce ni sedap di makan macam tu je..biar rangup sikit (tapi i kena lembutkan sikit sebab my other half tk suka mkn mcm tu je )

siap :-)

008

 

Friday, February 19, 2010

110210 - Cekodok Pisang

 

slow betul kan i ni sebab masih lagi terhegeh hegeh nak taruk resepi yang buat before bercuti cuti sewaktu CNY hari tu

alah, bukan resepi apa pun tapi resepi cekodok pisang or “jemput jemput pisang” je :D

nak jugak taruk resepi ni sebab tiap kali buat cekodok ni, mesti tak jadi cantik and sedap..hihi mesti jugak nak yang cantikkan!

cekodok ni i buat untuk minum petang hari khamis lepas…hmmm baru hari ni sempat nak typekan resepi dia

ini resepinya ye!

BAHAN BAHAN

2-3 biji pisang di lenyekkan 

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula castor

1 tsp baking powder

1/2 cawan air

sedikit garam ye!

minyak untuk menggoreng

CARA CARA

- masukkan pisang yang telah di lenyekkan ke dalam bekas besar

- kemudian masukkan tepung gandum, gula castor, garam dan baking powder

- gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit (jangan risau jika air tak habis ye) sehingga mendapat adunan yang agak pekat

- biarkan seketika – lebih kurang 15 minit

- panaskan minyak dan ambil adunan  satu sudu dan goreng sehingga garing

- angkat dan toskan di atas kitchen towel dan sedia untuk di makan :-)

jemput makan ye!

009 

 

 

Thursday, February 18, 2010

100210 - Nasi Lemak Ikan Aya/ Tongkol

 

lamanya i tinggalkan dapur i ni kan!

weekend hari tu i pegi utara sebab ada wedding kat sana

dah sampai utara, singgah kejap di langkawi

3 hari di utara, asyik makan seafood je tiap tiap malam dan tiap tiap pagi pulak asyik makan nasi lemak je :-)

dah balik sini, mula lah makan toast bread je for breakfast

i ni memang jarang sangat masak yang agak beria untuk sarapan pagi

bila ada mood atau dah teringin sesangat tu barulah i masak beria untuk sarapan macam masa i teringin nak makan nasi lemak ikan aya ni :-)

002

 

okay, ini resepi sambal ikan aya ye!

BAHAN BAHAN UNTUK MEREBUS IKAN

1 ekor ikan aya di potong nipis – di cuci dan di toskan

3 tsp garam halus atau suku genggam garam kasar

5 keping asam jawa

sedikit air – cukup sekadar suku bahagian ikan sahaja

 

CARA CARA

masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan tutup periuk dengan penutup periuk

kemudian rebus sehingga kering air atau sehingga mendidih

tutup api dan biarkan

** ikan aya ni lebih sedap kalau di rebus sehari lebih awal

 

 

BAHAN BAHAN UNTUK SAMBAL TUMIS

15 biji bawang merah

5 biji bawang putih

20 tangkai cili kering – di rendam di dalam air panas dahulu

minyak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa

 

CARA CARA

- pakai blender, mesinkan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga lumat

- panaskan minyak di dalam kuali

- masukkan bahan mesin tadi

- tumis sehingga naik bau dan warna cili tadi agak gelap (guna api sederhana ye!) – dan jangan lupa kacau bahan tadi yer!

- bila sambal dah pekat dan gelap warnanya, masukkan garam dan gula secukup rasa. (boleh juga guna gula melaka – rasanya akan lebih sedap lagi dan sambal akan menjadi lebih gelap seperti yang sambal kat terengganu gitu :))

- tutup api dan tuangkan di atas ikan rebus tadi apabila hendak dimakan dengan nasi lemak.

- boleh di hidang dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun

okay, nasi lemak ikan aya sudah siap! ayuh kita menjamu selera :-)

Tuesday, February 9, 2010

080210 - Macaroni and corn pancakes

 

 

 

005

 

 

dinner malam tadi simple

first time try buat macaroni macam ni, selalunya macaroni bake or goreng je

tapi semalam i cuba buat macaroni pancakes

hasilnya, hmmm sungguh tidak mengecewakan ;-)

okay, ini resepinya

BAHAN BAHAN

1 corn cob – di rebus kemudian di hiris nipis, ambil isi jagung sahaja

segenggam macaroni – di rebus sehingga lembut dan di toskan

2 tbsp butter

1/2 biji capsicum – di potong dadu

3 tbsp thickened cream

2 tbsp tepung gandum

2 biji kuning telur

4 tbsp evoo

salt and pepper secukup rasa

CARA CARA

- panaskan 1 tbsp butter dan masukkan capsicum tadi, bila agak garing, tutup api dan toskan capsicum di atas tissue dapur

- di dalam bekas lain, kacau kuning telur dengan thickened cream dan tepung gandum sehingga rata dan tidak berketul ketul

- masukkan capsicum, macaroni dan corn tadi

- masukkan garam dan pepper secukup rasa

kemudian, panaskan 1 tbsp butter dan sedikit evoo di atas pan

- masukkan mixture tadi ke dalam pan sebanyak 2 sudu atau mengikut saiz kesukaan anda (i suka buat 2 sudu je sebab kalau besar sangat, i tak tau nak balikkan pancake tu )

- goreng sehingga garing dan kemudian terbalikkan

buat sehingga adunan habis

susun pancake di dalam pinggan mengikut banyak mana yang you nak makan ye!

sedap di makan dengan salad dan beef stripes yang telah di goreng dahulu :-)

002

Monday, February 8, 2010

070210 - hasya’s crunchy kepok lekor

 

pernah ternampak resepi keropok lekor ni kat blog waterlily

tapi semalam nak cepat, punya pasal, i main agak agak je sebab i nak buat sikit je

untuk hasya je

dapatla 2 ketul kepok, just nice for my little hasya :-)

okay, here’s the recipe

BAHAN BAHAN

1 tin tuna chunk in water – di buang airnya dan di toskan dan di hancurkan ketulan tuna tadi

1 1/3  cawan tepung kanji

1/3 cawan tepung gandum

1 tsp garam

1/4 cawan air

CARA CARA

di dalam bekas yang besar, gaulkan kesemua bahan dan masukkan air satu sudu satu sudu sehingga mendapat adunan yang lembut jangan risau jika air tidak habis kesemuanya ye!

kemudian bentukkan panjang panjang atau silinder

rebus sekejap di dalam air yang mendidih atau boleh juga terus di goreng di dalam minyak yang panas

i lebih suka keropok ni di rebus dulu – lebih lembut texture dia :)

020

yang ni kepok lekor yang i tk rebus dulu – terus goreng je , my other half suka yang ni

003

yang ni pulak rupa kepok lekor yang i dah rebus dulu – i suka yg ni

as for hasya – dua dua dia suka :-D

Sunday, February 7, 2010

060210 - nasi ayam hitam manis bahrain

 

005

 

 

kenapa nasi ayam hitam manis bahrain ye?

sebabnya, my other half sangat suka makan nasi ayam macam ni :-)

actually i pulak amat suka nasi ayam hainan or steam chicken tu tapi sebab my other half tak suka, jadi i asyik buat nasi ayam macam ni je sejak kawin..(ish macam ler pernah masak nasi ayam sebelum kawin :-) )

nasi ayam ni i buat semalam  sebab i baru baik selsema dan terasa agak malas untuk keluar rumah.

jadi, masak nasi ayam aje lah untuk lunch, sebab nasi ayam ni kan paling senang nak sediakan dan hasya pun amat suka makan nasi dengan sup saja

ayam ayam tu untuk i and my other half je :-) 

rasanya semua orang dah tahu masak nasi ayam kan! tapi takpe, ini cara i masak nasi ayam :-)

 

 

BAHAN BAHAN
Untuk kukus ayam
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya 
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia

 

  • Untuk perap ayam
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >3 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih

 

  • Untuk nasi
  • - 2 cwn beras
  • - 1-2 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • 1 biji serai  - di ketuk
  • - 4 ulas bawang merah -di hiris halus
  • - airkukusan ayam tadi secukupnya  - lebih kurang 2-3 cawan air
  • - sedikit garam.
  • kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

 

  • Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 biji cili api
  • > 2 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 tsp garam dan gula
  • > 1/2 cawan air

 

  • Untuk sup
  • lebihan air rebusan ayam
  • 2 biji bawang merah di hiris nipis
  • 1 bunjut rempah sup
  • garam secukup rasa
  • bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga
  • 2 cm halia di ketuk
  • 1 biji bawang putih di ketuk
  • daun sup yg dihiris, daun bawang yang di hiris dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara

untuk ayam

Ayam dipotong ikut suka besarnya,bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk bersama halia,  kukus  hingga empuk

kemudian, toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min (lagi lama di perap lagi sedap). Goreng hingga garing.

 

Untuk nasi

Basuh beras dan toskan. I guna periuk rice cooker tapi di masak di atas dapur gas. Panaskan butter, tumis halia, serai dan bawang merah, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air dari kukusan ayam secukupnya dan garam. Masak di atas dapur gas, apabila nasi mendidih dan air hampir kering, balutkan penutup periuk dengan tuala bersih dan tutup periuk nasi. kecilkan api atau periuk tersebut boleh di masukkan ke dalam rice cooker sehingga nasi masak  (sebenarnya i tak berapa pandai untuk masak nasi menggunakan dapur gas, jadi sebab tu lah, i akan pindahkan nasi tersebut ke dalam rice cooker sehungga masak )

 

Untuk Sos cili

Blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Masak  sebentar di atas api sehingga mendidih

 

Untuk Sup

Air kukusan ayam didihkan bersama halia dan bawang putih dan rempah sup bunjut, masukkan garam secukup rasa

kemudian, di dalam kuali, tumiskan bawang merah sehingga garing, masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis

masukkan bahan tumisan tadi ke dalam sup tadi. biarkan mendidih sebentar sebelum di tutup api dapur

sebelum di hidangkan, taburkan dengan bawang goreng dan daun sup serta daun bawang

 

Untuk kicap pula, selalunya i just add sedikit air panas ke dalam 5 tbs kicap lemak manis

 

Untuk salad pula, siat siatkan daun salad, hiris mentimun dan toamto, i suka makan tomato cherry yang kecik tu sebab ianya sungguh rangup dan juicy :-)

 

 

008

Friday, February 5, 2010

050210 - Oatmeal muffins

 

034

I don’t like oats!!

although i know, oat sangatlah bagus for our health kan!

but my throat  ni susah sungguh nak terima (i’m not like my abah who can simply eat that everyday)

kalau i makan oats pun, i kena make sure ada banyak strawberries and bananas kat dalam tuh

if not, mana boleh terima hihihi..

but then if oat cookies or oat muffins, i suka pulak :-D

i made these muffins for breakfast this morning

sekejap sangat buatnya, u only need 10  minutes preparation and another 20 minutes for baking. so, all in all only 30 minutes of work and taraaa u can have muffins fresh from the oven for breakfast :-)

okay, here’s the recipe

 

INGREADIENTS

* 225 gm flour

* 200 gm brown sugar

* 1 tbsp baking powder

* 1 tsp cinnamon powder

* 80 gm oats

* 1/2 tsp salt

note * is the dry ingredients

450 ml  buttermilk ( i substitute with 1 tbsp of lemon juice and a cup of fresh milk – mixed it together and leave for 5 minutes before used it)

2 lightly beaten eggs

175 ml vegetable oil

175 gm raisins

METHOD

preheat the oven to 180 degree

in a bowl, combine all the dry ingredients together

in a mixer, beat the buttermilk, eggs and oil until well combined

then add the dry ingredients and stir until almost blended

lastly, fold in the raisins.

then spoon the mixture into the muffin cup.

bake for 20 minutes

voila! finito and the muffins are ready to go into your mouth :D

006

it was said that these hearty muffins will make a great start to the day and you won’t feel hungry until lunch time…well, its true coz i didn’t feel hungry at all..hihi btw, i had 4 muffins for breakfast okay ;-)

 

013

p/s

make sure the muffins are cooled enough before u eat them ;)

these muffins are best eaten like that or you may eat them with cream cheese

 

p p/s

resepi cream cheese ada kat sini

040210 – ikan bilis goreng kicap

019

ini adalah resepi yang i selalu masak masa belum kawin dulu and masa memula belajar masak :-)

kelakar sungguh rasanya, almost every week makan ikan bilis ni :-)

iya lah kan, nak masak lauk pauk lain, tak pandai..dah boring pulak asyik tapau or makan kat luar je

so, in the end i main hentam je goreng ikan bilis macam ni

hmmm..pekena dengan nasi panas, memang sedap rasanya…i makan bertambah tambah :-)

lauk ni i buat semalam sebab my other half tak dinner kat rumah…

plan asal nak buat nasi goreng je tapi tetiba hasya nak makan nasi dengan sup..so, i buatkan sup spinach tu je..

hmmm..hasya makan nasi dengan spinach soup and i pulak makan nasi dengan ikan bilis kicap ni dengann spinach tu je…nak tahu, both of makan sampai bertambah2 nasi hahahaha..sedap lah tu gamaknya :D

okay, ini resepinya…amat..simple

BAHAN BAHAN

segenggam ikan bilis – di cuci dan toskan

4 biji cili api – di potong potong halus

1/2 biji bawang besar – di hiris nipis

2 tbsp kicap lemak manis

minyak untuk menggoreng

CARA CARA

panaskan minyak di dalam kuali

goreng ikan bilis sehingga garing

kemudian masukkan bawang besar dan cili api tadi

gaul rata

kemudian masukkan kicap

gaul rata sekejap

dah siap dan boleh di makan

023

 

020210 - Shepherd’s pie

 

 

028

 i buat shepherd’s pie ni dalam tergesa gesa sebab baru habis cuci rumah.

terasa penat and dah buntu nak makan apa, so i just made something yang simple je

lagipun shepherd’s pie ni one of my other half punya favorite :-)

sebab tergesa gesa, i main tempek je mashed potato tu..takde lah nak hias bagai

tapi kalu mashed potato tu kita buat swirl lagi sedap di makan tau! well, lain kali lah i buat swirl tu ye :-D

recipe ni i amik from blogresepi :-)

mintak izin ye nak tampal kat sini jugak ;)

okay here’s the recipe , happy trying

Ingredients

  • 1 large onions, grated
  • 2 garlic cloves, grated
  • 1 1/2 carrots, peeled and grated
  • 500 gm minced lamb  ( i used beef)
  • 50 gm mushrooms, thinly sliced-or in can
  • 4 tbsp tomato puree
  • 2 generous tablespoon of chili paste
  • 1/2 cube of chicken stock
  • salt
  • olive oil/oil
  • For mashed potato topping:
  • 500 gm potatoes, peeled
  • 75 gm butter
  • 4 tablespoon of milk
  • Salt and fresh ground black pepper
  • 25 gm Parmesan cheese, grated
  • Olive oil

            METHOD

  1. Pre- heat the oven to 200°C.
  2. Prepare the meat:
  3. Heat up olive oil/oil in a saucepan and fry the onions, garlic, carrots until golden. In a separate pan, heat up 2 tablespoon of oil and cook the minced meat until browned, stirring constantly to break up the meat and ensure it cooks evenly. When the mince is browned and all water has drain off, add the chilli paste and tomato puree. Cook for about 5 min. Add the mushroom, chicken cube and salt, stir well. Finally, add the carrot and onion mixture and constantly stirring for about 5-10 minutes or until lightly golden.
  4. Prepare the mashes potatoes:
  5. Boil the potatoes and cook for about 20 minutes until softened. Drain and cover with a lid to steam ‘dry’ and reduce any excess moisture. Add the butter and milk and mash thoroughly, grate half the parmesan into the potato and mix well. Don’t allow the potato to become too wet or they won’t crisp up nicely in the oven. Season.
  6. Prepare the shepherd’s pie for baking:
  7. Place the meat into an ovenproof container. Spoon/pipe the potato mixture over the meat, sprinkle with the remaining parmesan and finish with a drizzle of olive oil.
  8. Bake for 25-30 minutes or until the top is golden.

very easy peasy kan!!

do try out okay !

026

Thursday, February 4, 2010

020210 – bayam dan tauhu masak air

 

 

019

 

ish sungguh tak tau nak bagi nama apa kat sayur atas tuh

selalu buat tapi tak tau apa nama hihi boleh gitu?

anyway, ini pulak salah satu sayur favourite hasya

lagi satu i suka buat sayur ni sebab tak payah nak tumis tumis pun

masuk je everything dalam periuk, mendidih dah siap :-)

haaa kan senang tu

btw, ini resepinya

BAHAN BAHAN

1 ikat bayam hijau ye! – di cuci dan di ambil daunnya dan di toskan

2 keping tauhu di cuci dan di potong 4

1 batang serai dititik

2 ulas bawang merah di potong 4

1 ulas bawang putih di ketuk

sedikit ikan bilis sebagai penambah rasa (boleh juga si guna serbuk pati ikan bilis ) tapi i lebih suka guna ikan bilis real nih :)

3 cawan air

garam secukup rasa

 

CARA CARA

masukkan bawang putih, bawang merah, serai, ikan bilis ke dalam periuk

tambahkan air

jerang di atas dapur

bila mendidih, masukkan tauhu

biarkan sekejap agar tauhu hampir masak

masukkan sayur bayam dan garam secukup rasa

siap…dah boleh tutup api dan makan :-)

020

sedap di makan bersama nasi panas dan ikan bakar :-)

010210 - taugeh kicap

 

001

Ini adalah salah satu cara untuk i makan taugeh :-)

my other half memang suka kalau taugeh masak lemak putih ataupun taugeh goreng kicap ni

kadang kadang i sengaja taruk kicap yang agak cair so that nanti boleh jadikan kuah untuk hasya

resepinya? sangat senang

BAHAN BAHAN

taugeh – agak2 satu genggam or RM0.50 – di cuci dan di toskan

1/2 biji carrot – grated atau di hiris panjang dan nipis

1/2 biji capsicum atau 1 biji cili merah di hiris nipis

1 ulas bawang merah di hiris nipis2

1 ulas bawang putih di hiris nipis2

sedikit ikan bilis sebagai penambah rasa (kalau nak guna kiub ikan bilis pun boleh jugak tp i lebih suka guna ikan bilis je)

1/4 cawan air (kalau nak kuah banyak) atau 2 tbsp air (kalau nak kuah sikit)

2 tbsp kicap lemak manis

garam secukup rasa

minyak untuk menumis

CARA CARA

panaskan minyak

tumiskan bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis sehingga wangi

masukkan capsicum atau cili besar

masukkan air , biarkan sekejap

masukkan kicap, carrot dan taugeh

gaulkan agar mesra dan biar seketika

tutup api

dah siap :-D

004

 

Tuesday, February 2, 2010

310110 - Carrot cake with cream cheese topping

040

The other day dah buat carrot cupcakes

hari ni pulak, i buat whole cake, tapi still guna resepi yang sama :-)

sebabnya masih terasa nak makan carrot cake lagi dan lagi satu, masih tak puas hati sebab hari tu makan carrot cake macam tu je without the cream cheese

hehehe..i suka makan carrot cake dengan cream cheese okay! baru rasa feel dia :-)

okay ini resepi cream cheese ye!

resepi carrot cake ada kat sini ye!

BAHAN BAHAN

250 gm cream cheese, at room temperature

55 gm unsalted butter, at room temperature

1 tsp vanilla extract

125 gm icing sugar, sifted

1 tbsp milk

CARA CARA

using electric mixer, beat the cream cheese, butter and vanilla essence.

then add the icing sugar a third at a time, beating well.

stir in the milk and mix all the ingredients are well mixed.

okay, the cream is ready to be used immediately

038

****picture ni khas untuk gorjesmum **** ituuuu dia philadelphia cream cheese

015

 

310110 - spaghetti seafood

031

ini adalah  salah satu menu yang i akan prepare untuk i and hasya tiap kali my other half tak makan kat rumah :-D

hasya memang peminta setia pasta tapi my other half tu peminat setia nasi

i pulak memana pun boleh je :-D

spaghetti seafood ni i buatkan untuk lunch on sunday hari tu

senang dan simple je untuk kami dua beranak ;-)

okay, ini resepinya

 

Bahan - Bahan untuk kuah:
beberapa ekor udang – di buang kulit separuh dan di cuci serta di toskan

2 ekor sotong – di potong bulat serta di cuci dan di toskan

1 labu bawang besar - di hiris dadu
2 ulas bawang putih - di cincang halus
1 biji capsicum hijau atau merah - di hiris dadu
10 biji cendawan butang - di belah 2 atau 4

sedikit nenas kiub -  di potong dadu (i guna nenas dalam tin saja )
10 biji tomato cherry - di potong 4
1 sudu teh oregano
450 gm tomato puree
2 cawan air
Garam secukup rasa.


Cara Membuat :


1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan tomato cherry, capsicum dan cendawan butang. Kacau lagi sehingga layu.

3. Masukkan udang dan sotong serta masukkan tomato puree. kacau lagi. Masukkan air

4. kacau lagi. masukkan oregano,nenas dan garam secukup rasa. kacau lagi sehingga mendidih dan bila kuah agak pekat. tutup api dapur.
Boleh dihidangkan bersama spaghetti yang telah di rebus dahulu.

033

 

 

 

 

 

***tengok background tu….ada seorang kanak kanak sudah tidak sabar untuk santap ;-)

p/s
rebus spaghetti dengan air yang telah dicampur dengan olive oil dan juga sedikit garam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails