entah kenapa lah tekak i ni suka sangat menggatal nak makan macam macam of late ni ;-)
nasib baik tekak sendiri, boleh jugak ku gagahkan nak buat apa yg tekak tu nak makan ye!
terjatuh chenta pada chiffon cake ni masa i first time jumpa 3E ni..masa tu both of us belum kenal lagi, jumpa 3E pun sebab sama sama masuk kelas nak belajar basic cupcakes deco ngan kak jun
masa tu asilah ada bawakkan sebijik chiffon cake..bila dah rasa tu, i terus suka..apalagi ku minta ajelah resepi kan!
nah ini resepinya…i copy paste je from 3E ni :-)
BAHAN A :-)
2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
8 kuning telur gred A
1 cawan gula halus
1 cawan jus oren
1/2 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
8 putih telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 180C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
- Dalam bekas lain yang bersih dan kering, bahan2 B dipukul sehingga kental.
- Kemudian ambil bahan B dan gaul bersama bahan A sehingga rata. Gaul hingga sebati. Tuang dalam tin chiffon dan bakar selama 1 jam hingga kek masak.
- Sejukkan kek. Then baru boleh dimakan.....
ini rupa my chiffon cake masa baru keluar from the oven…owh i buat half of the mixture ye!
ini pulak chiffon cake i yang dah di keluarkan dari acuan dia…gebu tak cake ni? hihi i suka makan chiffon cake tapikan kalau makan cake ni, dah nak habis satu loyang pun belum tentu rasa kenyang kan ;-0