Wednesday, April 7, 2010

040410 - ayam goreng segala rempah dan acar cincai boncai

 

sunday hari tu i masak nasi briyani kari daging dan ayam berempah nih.. ada acar cincai boncai skali

nasi briyani tu i guna rempah ready made brand iman…hmmm okay jugak sebab tak terasa sangat all the spices tu…bolehlah anak daraku nak makan jugak heheh itu yang penting now ni…masak apa pun jangan pedas…aduss tensi jugak mommy and papa nih sebab tak boleh makan yang pedas pedas..sebab tu lah now ni memang jarang skali we all makan nasi berlauk pauk dengan meriahnya :-)

okay ini lah rupa ayam goreng rempah yang i sesuka hati buat tu…ingat nak buat macam my mom punya tapi malas nak call n tanya my mom, so i main hentam aje lah sesuka hati and mengikut apa yang ada dalam peti ais …alaaa tak kisah lah camner buatnya pun janji boleh makan ye tak? ;-)

019

dan ini acar timun cincai boncai i hari tu :-)

023

kenapa cincai boncai ye? tengoklah rupanya yang tak semengah tu…hehehe..

okay dear! enough of mumble bubble yeah! let’s see the recipes

BAHAN BAHAN

8 ketul ayam di cuci dan di toskan

5 biji cili kering di rendam dalam air panas * (nak pakai cili boh pun boleh 2 tbsp ye)

sebiji bawang besar *

2 biji bawang merah *

1 biji bawang putih *

2 batang serai  *

halia sebesar ibu jari *

kunyit sebesar ibu jari * (nak pakai serbuk kunyit pun ok jugak)

sebiji limau nipis

2 tbsp serbuk kari baba’s

sedikit garam

CARA CARA

semua bahan bertanda * di blender tapi jangan sampai lumat sangat (kalau di tumbuk lagi bagus tapi i slalu blender je sebab nk cepat hehe)

kemudian gaulkan bahan blender tadi dengan ayam sehingga rata, perahkan air limau nipis dan perap selama sekurang kurangnya 1 jam

sebelum makan, goreng ayam sehingga garing…sudah siap :-)

BAHAN BAHAN UNTUK ACAR CINCAI BONCAI

sebiji timun – washed and grate

sebiji karot – washed and grate

sebiji bawang besar di hiris nipis

sebiji cili merah di potong memanjang

2 tsp gula atau secukup rasa sendiri ye!

1/2 tsp garam atau secukup rasa sendiri ye!

sebiji limau nipis di ambil airnya atau di perah di dalam semua bahan ini

CARA CARA

di dalam bekas yang besar gaulkan semua bahan

rasa lah dulu ye samada dah cukup rasa atau tidak…;-)

kalau kurang tu, pandai pandai lah tambah, garam, gula dan limau nipis ye!

3 comments:

  1. Nama yg best disebut ...acar cincai boncai...hahahha....sgt kreatif mommy ni yerrr...

    ReplyDelete
  2. Babe

    Apa yg cincai boncai acar tu? I tngk okay2 jer..the chicken pics tu very mouth watering esp yg hitam2 tu (apa eh??? rempah izit?)

    BTW, is it suppose to be said as cincai boncai..shd there be an 'n' in btw the bo & the cai?..tanya jerk :)

    ReplyDelete
  3. nelly
    i panggil acar cincai boncai sebab if my grandmother tengok mesti dia tk suka sebab nenek i tu suka timun n carrot ygn potong cantik gitu...ini sungguh menampakkan kemalasan i heheh:D


    yat
    yang hitam kat chicken tu the spices yg marinade tu lah..i suka and i rasa i buat agak cair sikit, next time kena kurang air or tumbuk je baru banyak yg hitam tu :-)
    owh, about cincai boncai tu i dunno the answer lah babe! heheh main hentam sebut n tulis je :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails