Friday, April 16, 2010

130410 - grilled salmon and simple salad

 

005

ingat kan malas pulak nak taruk resepi grilled salmon ni sebab simple sangat tapi bila i tayang kat sini itu hari ada pulak yang tanya camner buat grilled tu and camner pulak buat salad tu

halamakkkk..malu pulak sebab buat pun main sesuka hati je dan ikut suka selera i je hikhik

anyway sebab dah ada yang bertanya i taruk jugak lah kat sini ye!

BAHAN BAHAN DAN CARA CARA UNTUK GRILLED SALMON

cuci salmon dan toskan, gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper ( i guna yang serbuk dalam botol je - if rajin boleh lah tumbuk blackpepper yang besar tu..i tak rajin hikhik) – biarkan seketika (1/2 jam) ye agar garam n pepper tu mesra dgn salmon tadi

kemudian panaskan non stick grill pan dan taruk je salmon tadi..i taruk sedikit olive oil ye masa tengah2 grill tu…bila nampak dah agak agak masak boleh lah angkat dan jgn lupa balik balikkan salmon tadi ye!

BAHAN BAHAN DAN CARA CARA UNTUK SALAD

sedikit baby butterhead salad tu di potong kecik kecik ( i suka sebab crunchy)

capsicum merah, hijau, kuning di hiris memanjang

tomato cherry

buah olives (kalau suka)

1 tsp olive oil

1-2 tbsp salad dressing ( i guna french dressing)

* semua sayur di cuci dan di toskan. kemudian masukkan di dalam bekas besar, masukkan olive oil dan salad dressing. gaulkan..siap..

owh, jika nak tambah cruton macam i buat tu, i guna je roti benggali/babu tu je..sapukan sedikit garlic spread or tk payah pun tkpe..potong kecik kecik n bakar hingga garing dlm oven..dah siap ….my other half suka makan salad dengan cruton ni sebab ada bunyi and rasa crunchy :-)

008

 

2 comments:

  1. ermmmm sedap nya ...nnati nak cuba lah....:D

    ReplyDelete
  2. mama liza
    cuba lah ye! hee memang sedap hehe itu kata i yg memang sukakan salmon :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails