sunday hari tu sempat steam ikan siakap untuk lunch. hmmmm malas nak masak beria sebab tu lah steam je..senang gitu
masuk je segala sayur mayur dalam steamer tu together with fish and steam kejap…dahhh siap..makan dengan nasi panas panas dan cili kicap ye! hmmm mak mentua panggil pun tak sedar tau!
okay here’s my version of siakap steam
BAHAN BAHAN
seekor ikan siakap – di cuci dan di toskan (potong 2 sebab tak muat masuk steamer cinonet je)
halia sebesar ibu jari – ditumbuk
1 ulas bawang putih – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
sedikit garam
5 tbsp oyster sauce (lagi banyak lg sedap )
bahan untuk hiasan
halia muda sebesar ibu jari di hiris halus memanjang
carrot di potong serong atau sesuka hati
broccoli
cauliflower
asparagus dan apa sahaja sayur kesukaan anda
CARA CARA
sapukan badan ikan dengan bahan tumbuk, garam dan oyster sauce. perapkan di dalam bekas selama sekurang kurangnya 1 jam
kemudian panaskan air di dalam periuk steamer, bila air mendidih, masukkan bekas ikan tadi dan steam lebih kurang 10 minit
kemudian masukkan sayur tadi dan sambung steamkan ikan dan sayur lebih kurang 5 minit
(i tak perasan sangat berapa lama nak steam ikan sampai masak ye! so, kena tengok dulu lah whether ikan dah masak belum before angkat dan makan ye! )
ikan steam ni sedap di makan begitu sahaja atau untuk lebih menyelerakan, sila makan dengan sambal kicap pedas soto itu :-)…laaagi sedap tau :-D
wah..sedapnye zarin..terlioqlah nak tumpang mamam bole..
ReplyDeletedatin el
ReplyDeleteboleh apa salahnya..