Wednesday, April 28, 2010

Chicken and mushroom lasagne

 

of late memang buntu nak makan apa..yesterday pun asyik bukak tutup bukak tutup fridge je and last last i ended up with making chicken and mushroom lasagne for myself and fried chicken for him and our little one…huh sungguh rajin itu perempuan ye! sila ambil bakul dan muntah ye!

okay here’s the recipe ye! (tk boleh ckp byk..pickle pie nak guna computer lerrr)

ingredients

lasagne sheets

1 tbsp olive oil

1 red onion finely chopped

1 garlic clove, crushed

1 can of sliced mushrooms

chicken breast (satu genggam dah enough but if u want more, sila tambah lagi)

1 can of tomato puree

1 tsp salt

for Creme sauce – ingredients

2 tbsp  butter

2 tbsp flour

2 cups of fresh milk

1 egg, beaten

cheddar cheese, grated

salt and pepper

 

method

heat the oil in the pan, add onion and garlic

then add the chicken and mushrooms and stir fry until the chicken is brown

then add the tomato puree and add 1/2 can of water (use the tomato puree’s can)

add the salt and cook for a few minutes until the chicken is tender and the sauce is thickened. siap!

then in different pan, melt the butter and stir in the flour and cook for 2 minutes

remove the pan from the heat and add the milk. then return the pan back to the heat and bring it to boil, stir until the creme sauce is thickened.

leave to cool slightly and add the egg and salt and pepper and a little bit of the cheese

then place the lasagne sheets in the casserole dish and cover it with the chicken sauce and another lasagne sheets and creme sauce and repeat this steps until the last layers is covered with the creme sauce. then sprinkle the cheddar cheese on top of the cream

bake in the preheated oven at 190 degree for 30 minutes or until it becomes brown

 001003

Tuesday, April 27, 2010

masak simple je

 

lamanya tak masuk dapur nih…haishhh naib baik tak bersawang ye! eh ke dah ada sawang?? if ada tu, maaflah ye! tuan punya dapur ni masuk kejap kejap je dapur ni..tu yang tak sempat buang sawang sawang tu :D

see i ni suka betul melalut ntah haper haper je

anyway, beberapa hari ni i masak yang simple simple je and some more menu lebih kurang je..so sebab tu lah malas nak amik gambar and taruk sini..malas nak ulang tayang gambar and cerita yang lebih kurang sama je kan..ni ada lah beberapa gambar yang tak pernah tayang lagi kat sini..so i nak tunjuk aje lah ye!

jelly ni i buat untuk pickle pie..dia suka sangat makan jelly tapi mommy dia ni malas tul nak buat jelly :(

i buat ni pun sebab itu hari pickle pie ternampak jelly jelly yang mengancam jiwa raga kat blog yat tu..haisssh macam macam jenis jelly lah boleh jumpa kat blog cik puan yat ni! sila sila lah jenguk dapur yat ye:D

i punya jelly ni sehabis habis simple sangatlah..i taruk je fruit cocktail dalam jelly i tu..heee senang citer kan..  lagipun itu je lah benda yang ada kat rumah masa tu. nasib baik pickle pie makan dengan jayanya and siap pesan next time mommy buat lagi ye! hmmm boleh je mommy buat lagi tapi mommy buat yang sehabis simple macam ni je lah ye! :D

jelly

ini pulak tenggiri yang i panggang ke grill ke kat atas pan je..ini bila terasa nak makan nasi tapi malas nak masak beria riaan..so i taruk je garam ngan kunyit kat ikan tenggiri tu and taruk je atas pan and grill je lah sampai masak..bila nak makan pulak, i potong potong cili api and bawang besar and taruk dalam kicap and perah limau nipis je….hmmmm sedap makan dengan nasi panas tau!

tenggiri 

ini pulak sambal mangga muda dengan ikan kembung bakar kosong je yang i buat tengahari tadi.

ini gara gara teringin sangat nak makan sambal ni sebab dah ternampak kat satu blog ni :D

nak buat  sambal ni pun senang je…bakar je ikan kembung tu tadi sehingga masak and lepas tu tumbuk ikan tadi dengan cili api dan sedikit garam (secukup rasa lah ye) bila cili api dah hancur, masukkan hirisan mangga dan tumbuk lagi sehingga mangga agak hancur…sambal ni pun sedap di makan dengan nasi panas panas ye!

sambal pauh

Thursday, April 22, 2010

220410 - moist apple cake

 

 

 

 

004

 

lama betul tak baking baking nih sampai pickle pie pun boleh tanya “bila mommy nak bake cake ye?” hasya dah laaama tak makan cake”…aduss kesian lak kat kanak kanak ini ;-)

tapi mommy yang masih mood ntah kemana tu tak jugak buatkan cake sampai lah petang tadi..itu pun sebab ternampak beberapa biji apples yang tak dimakan…so teringat pulak the other day ada amik resepi moist apple cake ni kat blogresepi…ishhh tak boleh jadi ni…kena jugak buatkan moist apple cake nih…

so, by the time nak dinner tadi cake siap di bakar..hmmm apalagi tak menyempat nyempat lah orang rumah ni makan apple cake fresh from my oven tuh..lagipun dinner tadi i cuma buat tuna sandwich je…so, habis separuh jugak kami kami makan cake ye ! :D

sungguh sedap n sangatlah moist gitu cake ni …resepi ni i cnp je from blogresepi ye…ijan..akak mintak izin taruk sini ye;-)

INGREDIENTS

  • 1 1/4 cups sugar (DIVIDED 1 and 1/4 cups)
  • 1/2 cup vegetable oil/butter  ( i used butter)
  • 1 tsp vanilla
  • 200 gm cream cheese
  • 2 large eggs
  • 1 1/2 cup flour  ( i used self rising flour so, tk taruk baking powder)
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1/4 tsp salt
  • 2 tsp cinnamon
  • 3 cups chopped peeled apples (I used green apples)
  1. preheat oven to 175 degree C and spray 9 inch spring-form pan with cooking spray (or lining with baking paper)
  2. Beat 1 c sugar, oil/butter, vanilla and cream cheese until well blended. Add eggs 1 at a time and beat until blended after each. Combine flour, baking powder, and salt. Add dry to creamed mixture and beat on low til blended.
  3. Combine 1/4 cup sugar and cinnamon (to be honest you can use a little less). Combine 2TBSP of cinnamon mixture to apples and mix to coat. Stir apple mixture into batter. Pour batter (it is THICK) into a 9 inch spring form and sprinkle with remaining cinnamon mix.
  4. Bake for 1 hour 15 minutes or until cake pulls away from pan at sides or a toothpick comes out clean. Don’t be afraid-it takes a long time to bake, maybe even longer than written. If it gets too brown cover it loosely with foil.
  5. This is under dessert but it is the best breakfast ever…..hmmm itu kata they all ye! kat rumah ni ada lagi separuh,….makanya haruslah i jadikan breakfast esok ye!

 009

alamak baru perasan itu lobang tepi cake…ishh sori lah ye sebab picture pun tk sempat nak amik cantik2 sebab suma dah tak sabar nak ngap…macam baby birds tengah kelaparan la pulak hehe… :D

Wednesday, April 21, 2010

210410 - ginger beef kuey teow

 019

ini pun salah satu kegemaran pickle pie n me :-)

dah lama betul teringin nak makan ginger beef kuey teow. paling suka ginger beef kuey teow kat cozy house great eastern mall and recently terjumpa jugak kat asean chef restaurant near our house tapikan…nak ke GE mall tu memang lah jauhkan..ingat bolehlah makan kat asian chef tu tapi now ni dah tutup le pulak :(

sudahnya sebab teringin sangat, tadi i buat jugak sesuka hati i je lah kan..sebelum ni tak pernah masak pun ginger beef kuey teow ni…so i main campak campak je lah sebab tak reti kan..as long as ada ginger and ada beef okay lah tu kan :D

sebab dah lama teringin, habis licin jugak we all makan tadi :-)

ini dia resepi campak campak ginger beef i ni :-)

BAHAN BAHAN

1 paket kuey teow  - di cuci dan di toskan
50-100g  beef, cooked and sliced thinly
1 ulas bawang putih – di potong dadu kecik2
halia muda ye!, sliced thinly (i suka banyak :D)
some veggies kesukaan anda ( i taruk daun bawang je)
1 biji telur
3 tbsp oyster sauce 
4-5 tbsp soya sauce

air rebusan daging tadi

 

CARA CARA
panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia. kemudian masukkan soya sauce dan oyster sauce, kacau sekejap dan masukkan kuey teow yg telah di cuci ye!

masukkan sayur kesukaan, kacau rata, masukkan garam dan daging tadi serta air rebusan daging (masukkan agar berkuah lah ye…)…akhir sekali pecahkan telur..biar hingga telur masak n kuah agak pekat..voila…siap!

p/s ginger beef kuey teow ni sedap di makan sewaktu panas dan rupanya sungguh tak cantik tau..tapi rasanya sungguh lajat :D

pp/s i tk masukkan tepung jagung pun sbb telur tu pun dah boleh pekatkan kuah :-)

015

210410 - spaghetti ala carbonara

 

 004

lunch tadi malas nak pikir apa nak makan so, lahirlah ini…hmmm ini pun salah satu kegemaran i n pickle pie..senang bangat membuatnya…rebus je spaghetti tu

sambil menunggu spaghetti masak..boleh lah di tumis bawang putih (yg telah di potong dadu halus), ayam dan cendawan butang sehingga garing. masukkan garam secukup rasa dan kemudian masukkan whipping cream sesuka hati anda nak sebanyak mana kuahnya ye! (selalunya utk satu pinggan ni i guna 1 kotak kecik yg 200ml tu)biarkan sekejap hingga mendidih and then tuangkan kuah tadi ke dalam pinggan berisi spaghetti yang telah lembut itu ye!

ish makin lama makin malas ye tulis resepi…hihihi..anyway, simple sangat step nih..so i guess sesiapa pun dah terrer buat spag ala carbonara ni kan?003

Monday, April 19, 2010

140410 - spaghetti olio

 002

ini salah satu dinner bila i nak cepat or malas berlama lama di dapur. rebus spaghetti and at the same time panaskan olive oil and tumis bawang putih, then masukkan chicken tunggu sampai masak then masukkan capsicums, garam and blackpepper then bila spaghetii dah lembut, angkat dan toskan and masukkan dalam mangkuk. pastu amik je bahan tumis tadi and gaulkan dalam spag tadi..voila siap dah dinner kami :-)

sedap dan pantas kan :-D

Friday, April 16, 2010

130410 - grilled salmon and simple salad

 

005

ingat kan malas pulak nak taruk resepi grilled salmon ni sebab simple sangat tapi bila i tayang kat sini itu hari ada pulak yang tanya camner buat grilled tu and camner pulak buat salad tu

halamakkkk..malu pulak sebab buat pun main sesuka hati je dan ikut suka selera i je hikhik

anyway sebab dah ada yang bertanya i taruk jugak lah kat sini ye!

BAHAN BAHAN DAN CARA CARA UNTUK GRILLED SALMON

cuci salmon dan toskan, gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper ( i guna yang serbuk dalam botol je - if rajin boleh lah tumbuk blackpepper yang besar tu..i tak rajin hikhik) – biarkan seketika (1/2 jam) ye agar garam n pepper tu mesra dgn salmon tadi

kemudian panaskan non stick grill pan dan taruk je salmon tadi..i taruk sedikit olive oil ye masa tengah2 grill tu…bila nampak dah agak agak masak boleh lah angkat dan jgn lupa balik balikkan salmon tadi ye!

BAHAN BAHAN DAN CARA CARA UNTUK SALAD

sedikit baby butterhead salad tu di potong kecik kecik ( i suka sebab crunchy)

capsicum merah, hijau, kuning di hiris memanjang

tomato cherry

buah olives (kalau suka)

1 tsp olive oil

1-2 tbsp salad dressing ( i guna french dressing)

* semua sayur di cuci dan di toskan. kemudian masukkan di dalam bekas besar, masukkan olive oil dan salad dressing. gaulkan..siap..

owh, jika nak tambah cruton macam i buat tu, i guna je roti benggali/babu tu je..sapukan sedikit garlic spread or tk payah pun tkpe..potong kecik kecik n bakar hingga garing dlm oven..dah siap ….my other half suka makan salad dengan cruton ni sebab ada bunyi and rasa crunchy :-)

008

 

Wednesday, April 14, 2010

110410 – siakap steam

 

 

 

091

 

sunday hari tu sempat steam ikan siakap untuk lunch. hmmmm malas nak masak beria sebab tu lah steam je..senang gitu

masuk je segala sayur mayur dalam steamer tu together with fish and steam kejap…dahhh siap..makan dengan nasi panas panas dan cili kicap ye! hmmm mak mentua panggil pun tak sedar tau!

okay here’s my version of siakap steam

BAHAN BAHAN

seekor ikan siakap – di cuci dan di toskan (potong 2 sebab tak muat masuk steamer cinonet je)

halia sebesar ibu jari – ditumbuk

1 ulas bawang putih – di tumbuk

2 ulas bawang merah – di tumbuk

sedikit garam

5 tbsp oyster sauce (lagi banyak lg sedap )

bahan untuk hiasan

halia muda sebesar ibu jari di hiris halus memanjang

carrot di potong serong atau sesuka hati

broccoli

cauliflower

asparagus dan apa sahaja sayur kesukaan anda

CARA CARA

sapukan badan ikan dengan bahan tumbuk, garam dan oyster sauce. perapkan di dalam bekas selama sekurang kurangnya 1 jam

kemudian panaskan air di dalam periuk steamer, bila air mendidih, masukkan bekas ikan tadi dan steam lebih kurang 10 minit

kemudian masukkan sayur tadi dan sambung steamkan ikan dan sayur lebih kurang 5 minit

(i tak perasan sangat berapa lama nak steam ikan sampai masak ye! so, kena tengok dulu lah whether ikan dah masak belum before angkat dan makan ye! )

ikan steam ni sedap di makan begitu sahaja atau untuk lebih menyelerakan, sila makan dengan sambal kicap pedas soto itu :-)…laaagi sedap tau :-D

092

Tuesday, April 13, 2010

100410 – grilled ribs

001

 

hari sabtu itu hari i ni tersangat lah rajinnya sebab sanggup prepare lunch and then dinner pun i buat jugak :-)

memang hari ini dalam sejarah lah tu..dah lah weekend pulak tu

actually, saturday morning tu i sempat singgah wet market jap and ternampaklah ada daging lembu yang fresh gitu and ribs skali..tetiba je terbayang tony romas’ rack

saja mention kat my other half, if u terasa nak mkn ribs mcm tony romas tu belilah ribs tu, boleh i cuba skill i buat grilled tu kan…cuba je..if tak sedap then after this takde pekdahnya dah i nak buat lagi hehehe :D

i cuba perapkan ribs ni dengan soy sauce, oyster sauce n honey je and surprisingly the taste was so goooood :-)

my other half pun agree..dah boleh lah nak sama ngan tony romas punya hehehe

okay here’s the recipe

BAHAN BAHAN

6 pieces of ribs – di cuci dan di toskan – make sure buang segala lemak2 yang ada

2 biji bawang putih di tumbuk

halia sebesar ibu jari – di tumbuk ( i suka banyak )

4 tbsp lee kum kee marinade sauce (actually i tersilap taruk kicap ni tapi tak sangka pulak tersedap)

4  tbsp oyster sauce

4 tbsp barbecue sauce

3 tbsp honey ( i used honey amazing – dia ada rasa rempah sikit)

CARA CARA

marinade the ribs tadi  bahan tumbuk, lee kum kee sauce and oyster sauce.

perap kan di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk selama sekurang kurangnya 2 jam

kemudian panaskan oven pada suhu 250C dan masukkan ribs tadi

bake selama 20 minit, terbalikkan ribs tadi dan masukkan potatoes serta sayur sayuran kesukaan

sambung bakar lagi selama 30 minit…

 

*** bila nak makan, curahkan gravy yang ada dalam bekas tadi ke atas ribs itu. i makan dengan grilled veges, potatoes and garlic bread…heee nampak tak space in between ribs n carot tu..itu nak letak garlic bread tp dah lapar punya pasal  i amik je lah gambar ni without garlic bread yang masih lagi dalam oven tu ;-)

 007

100410 - masak lemak cili api ikan masin dengan nenas

 

014

 

 

sangat suka makan ini tapi sangat tak pandai masak dia. selalu sangat pecah minyak je santan tu. sudahnya memang jarang skali masak lemak

walaupun tak cantik rupanya tapi i nak jugak letak resepi simple ni.. resepi ni ada kawan yang bagi sebab i kata i nak version yang paling simple dan senang…hmmm memang simple sungguh resepi ni tapi tak senang sebab i tak pandai jaga api tu..anyway, tengok je lah rupanya…orang kata practise makes perfect kan tp i ni bila dah tak jadi ni malas lah nak practise practise bagai ;-P

Bahan-bahan
  • Ikan  Masin 7 ketul ( i tak tau apa nama ikan masin ni ye! i beli yang dalam packet je..my mom slalu guna ikan talang tp i tk jumpa la pulak)
  • Nenas Sedang 1/2 biji
  • Santan dari perahan satu biji kelapa
  • Cili Api ditumbuk lumat
  • Kunyit 1 inci ditumbuk
Cara-cara
  1. Cuci dan toskan ikan masin.
  2. Nenas dipotong mengikut citarasa sendiri. Rebus seketika nenas tersebut dengan cili dan kunyit  (5 min pun ok)
  3. kemudian masukkan ikan dan santan ke dalam periuk tadi. Masak dgn api yg perlahan.
  4. Biarkan mendidih, kacau selalu supaya tak pecah minyak. Biasanya kalau masak ikan masin ni takyah letak garam.... apa2pun rasa dulu kalau tak cukup tambah garam

Monday, April 12, 2010

090410 – my friend’s mom’s grilled chicken

 

007

 

not my mom’s grilled chicken but my friend’s mom’s grilled chicken and i love it so much since the first time tried it at my friend’s house 6 years ago ;-)

actually these chickens were meant to be eaten with chicken rice but i suka makan macam tu saja hahaha..suka hatiku saja kan sebab ku suka ratah je chicken tu :-)

made these chickens a few days ago and served it with oven grilled veges and 2 small pieces of grilled potatoes (potato dah habis, itu pasal made the bruchettas) and also mushroom bruschetta and not to forget the nando’s peri peri sauce…ku terbeli yang “hot flavor”..hmmm kepedasan jugak wehhh tapi sedap punya pasal kami berdua makan dengan jayanya sampai habis licin sehingga mejilat jari :-D

okay here’s the recipe

 

BAHAN BAHAN

6 pieces of chickens – di cuci dan di toskan

2 biji bawang putih di tumbuk

halia sebesar ibu jari – di tumbuk ( i suka banyak )

3 tbsp lee kum kee marinade sauce

3 tbsp oyster sauce

 

CARA CARA

marinade the chicken tadi dengan bahan tumbuk, lee kum kee sauce and oyster sauce.

perap kan di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk selama sekurang kurangnya 1 jam

kemudian panaskan oven pada suhu 250C dan masukkan chickens tadi

grill selama 20 minit, terbalikkan ayam tadi dan

sambung bakar lagi selama 20 minit…

sudah siap…sedap di makan dengan nasi ayam atau salad kesukaan anda atau pun boleh di makan begitu sahaja :-)

** if nak grill kat atas pan je pun okay jugak..guna non stick pan tu and for chicken rice, ayam ni boleh di rebus dulu dan kemudian di maride dan terpulang samada digoreng atau pun di grill sahaja..semua pun sedap :D

 

 

001

Sunday, April 11, 2010

060410 - lempeng berlauk kurma daging

 

ini salah satu kuih kesukaan my other half

before kawin dulu i tak pernah jumpa kuih ni…apatah lagi nak makan ye!

then bila dah kawin, his auntie selalu buat kuih ni n my other half siap suh i mintak resepi lagi…i mintak aje lah kan tapi bila resepi mouth to mouth ni makanya ingat ingat lupa lah jadinya

as for the inti tu i main hentam buat macam inti karipap, cuma i taruk rempah kurma je instead of rempah kari

and for the kulit tu, if i buat kuih ketayap, i guna segala ingredients and method kuih ketayap and if i buat roti jala i guna ingredients untuk roti jala cuma kena masak macam buat kuih ketayap aje lah :-)

and bila dah siap kulit tu, just masukkan inti and lipat macam lipat kuih ketayap and then celup je dalam telur n goreng dlm minyak yang sedikit je sehingga telur kat luar tu garing..itu je lah..

tak nak taruk resepi sebab kuih ni i main hentam je..but anyway, if anybody would like to try, just buat inti karipap and ikut je lah method yang i tulis tu :-)

006

 

Thursday, April 8, 2010

060410 – menjala daging

 

kenapa menjala daging? dah makan roti jala dengan gulai daging, maka jadilah menjala daging ye! hehe.. anyway, weekend itu hari masak nasi beriani then ada leftover gulai daging ni. so, dengan semangatnya awal pagi the next day tu i bangun and buatkan roti jala :-)

hasya suka betul makan roti jala and dia boleh makan macam tu saja roti jala ni…tak payah cicah gulai pun.

i boleh je layan roti jala tp my other half biasa biasa je….hmmm i buat something else for him but i’ll blog about it later kay!

okay, here’s the recipe for gulai daging

Bahan- Bahan


Bahan a
1 btg kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Bahan b
3 biji bawang putih
10 biji bawang merah
Sedikit kunyit hidup
Sedikit lengkuas
sedikit halia
nk tumbuk boleh ke nak pakai blender pun boleh


lain lain
Satu kilo daging
2 biji kentang di belah 4
Satu cawan minyak masak
1-2 cawan santan
3 sudu cili kering/cili boh
5 biji tomato chhery yang dah di buang isinya
Setengah senduk susu sejat
1-2 keping gula melaka (suka hati lah nak manis mcm mana ye!)
Garam secukup rasa.
Satu paket rempah gulai cap bunga ros
1/2 paket rempah masak cap bunga ros


Cara cara:


Panaskan periuk belanga
Masukkan secawan minyak masak. Masukkan semua bahan a. bila dah naik bau, masukkan semua bahan b.
Setelah garing masukkan , rempah gulai and cili boh . Goreng sampai garing and naik bau. then baru masukkan rempah masak, then masukkan tomato. Setelah tomato layu masukkan daging. kacau sekali sekala, bila daging dah kecut, masukkanlah santan, kacau lagi ye! masukkan kentang then masukkan susu sejat, gula melaka. kacau lagi. last sekali masukkan garam. masak lah sampai pecah minyak ke sampai agak2 daging tu dah empuk :)

*

this time i masak dalam oven, bila daging dah kecut, i transferkan everything ke dalam bekas  casserole n masukkan santan, susu, gula melaka dan garam. masak dalam oven selama 2 jam pada suhu 160 celsius and then baru masukkan kentang n if nak tambah air pun boleh jugak and then masukkan lagi dalam oven selama 45 minit…siap..dan sedap dimakan dengan nasi beriani atau pun roti jala

004

 

untuk roti jala pulak..sebenarnya i slalu buat tapikan i tak pernah measure banyak mana tepung gandum and banyak mana air tapi itu hari i tengok chik mimi punya resepi sama je ngan yang i buat cuma i slalu taruk serbuk kunyit je instead of pewarna kuning…lagi senang lerrr :-)

okay, resepi ni i cnp from chik mimi…chik..zarin mintak izin tampal kat sini ye!

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning ( i guna sedikit serbuk kunyit)

CARA CARA 

  • Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Wednesday, April 7, 2010

040410 - ayam goreng segala rempah dan acar cincai boncai

 

sunday hari tu i masak nasi briyani kari daging dan ayam berempah nih.. ada acar cincai boncai skali

nasi briyani tu i guna rempah ready made brand iman…hmmm okay jugak sebab tak terasa sangat all the spices tu…bolehlah anak daraku nak makan jugak heheh itu yang penting now ni…masak apa pun jangan pedas…aduss tensi jugak mommy and papa nih sebab tak boleh makan yang pedas pedas..sebab tu lah now ni memang jarang skali we all makan nasi berlauk pauk dengan meriahnya :-)

okay ini lah rupa ayam goreng rempah yang i sesuka hati buat tu…ingat nak buat macam my mom punya tapi malas nak call n tanya my mom, so i main hentam aje lah sesuka hati and mengikut apa yang ada dalam peti ais …alaaa tak kisah lah camner buatnya pun janji boleh makan ye tak? ;-)

019

dan ini acar timun cincai boncai i hari tu :-)

023

kenapa cincai boncai ye? tengoklah rupanya yang tak semengah tu…hehehe..

okay dear! enough of mumble bubble yeah! let’s see the recipes

BAHAN BAHAN

8 ketul ayam di cuci dan di toskan

5 biji cili kering di rendam dalam air panas * (nak pakai cili boh pun boleh 2 tbsp ye)

sebiji bawang besar *

2 biji bawang merah *

1 biji bawang putih *

2 batang serai  *

halia sebesar ibu jari *

kunyit sebesar ibu jari * (nak pakai serbuk kunyit pun ok jugak)

sebiji limau nipis

2 tbsp serbuk kari baba’s

sedikit garam

CARA CARA

semua bahan bertanda * di blender tapi jangan sampai lumat sangat (kalau di tumbuk lagi bagus tapi i slalu blender je sebab nk cepat hehe)

kemudian gaulkan bahan blender tadi dengan ayam sehingga rata, perahkan air limau nipis dan perap selama sekurang kurangnya 1 jam

sebelum makan, goreng ayam sehingga garing…sudah siap :-)

BAHAN BAHAN UNTUK ACAR CINCAI BONCAI

sebiji timun – washed and grate

sebiji karot – washed and grate

sebiji bawang besar di hiris nipis

sebiji cili merah di potong memanjang

2 tsp gula atau secukup rasa sendiri ye!

1/2 tsp garam atau secukup rasa sendiri ye!

sebiji limau nipis di ambil airnya atau di perah di dalam semua bahan ini

CARA CARA

di dalam bekas yang besar gaulkan semua bahan

rasa lah dulu ye samada dah cukup rasa atau tidak…;-)

kalau kurang tu, pandai pandai lah tambah, garam, gula dan limau nipis ye!

Monday, April 5, 2010

010410 – our style of vege

 

orrrrr i should say bahrain’s choice of veges :-D

bukan apa pun just that my other half tu agak susah nak makan sayur mayur ni…dia suka makan masak lemak putih kobis or taugeh je, i pulak tak kesah sayur apa pun i boleh layan jer tapikan sebab i nak jugak my other half makan sayur, so i slalu lah buatkan sayur campur macam ni :-)

as long as sayur tu still crunchy and ada lah udang ke fishball ke macam yang kat bawah ni or taruk je salad n tomato cherry bebanyak dalam sandwich..boleh lah tekak encik bahrain tu telan ye!

i guess everybody knows how to make stir fried veges and sandwiches ye! so, no need recipe lah ye!

003

 001

027

010 

 

if i made stir fried vege with prawn, i prefer to use butter..if takde prawn, pakai olive oil je dah sedap dah :-)

Friday, April 2, 2010

310310 - so simple pita bread

 

semua mulut dalam rumah ni suka makan pita bread. lagi lagi my anak dara tu..hmmm hasya boleh habiskan sebiji pita bread macam tu je or paling tidak pun i tarukkan tomato ketchup dalam pita tu and dia dah boleh makan dengan jayanya

i baru terjumpa this recipe yang amat amat simple..dah a few times dah i’ve tried this recipe but then asyik tak sempat nak take photos kan sebab tiap kali siap je, we all dah macam kebulur nak makan..:-D

wednesday hari tu je baru sempat pita bread i nih bergambar

and here’s the recipe ye! i found it at cooks.com

ingredients

1/2 tbsp yeast ( i used mauripan)

1/2 tbsp honey or sugar ( i used honey)

1 cup of warm water

1/2 tbsp oil

1/2 tsp salt

3 cups of bread flour (high protein flour)

Method

Dissolve yeast and honey in water. When bubbly, add salt, oil and 3 cups flour. Knead 5 to 10 minutes, adding more flour if necessary. Let rise until doubled, about 1 hour. Punch down and divide into 4 to 6 equal pieces, depending on how large you want the pitas. Roll each into a ball and roll out on a floured surface about 1/4 inch thick.

Place circles on greased cookie sheets and let rest 30 to 45 minutes. Heat oven to 200 degrees. Just before baking, turn the pitas over. Bake 8 to 10 minutes.

The pitas should be puffed in the middle and only slightly browned. To keep them soft, place them inside of a paper bag to cool, or eat them warm.

 

hot pitas fresh from the oven

008

 

 

 

To serve, slice in half and fill with traditional meat balls, kabob meat or marinated vegetables and yogurt or your favorite sandwich filling. Or use as taco shells or to scoop up chili or stew. as for mine, i served with these….

001

 

these pitas are mine :-D

004

 

Thursday, April 1, 2010

300310 - hasya’s favourite mee goreng

 

a couple of days ago i beria ria nak buatkan mee goreng untuk hasya

kenapa mee goreng hasya ye?

sebabnya hasya suka mee goreng yang kering and ada telur tu but then i pulak suka mee goreng basah..hmmm looks like our taste ada sikit different ye ;-)

tapikan, bila i dah penat penat buatkan mee goreng ni, tiba time nak makan, hasya taknak lah pulak..ishhh dia lagi prefer mee yang tak di goreng tu…sudahnya me n my other half yang makan mee goreng ni and hasya pulak makan plain mee with keropok ikan je….

013

 

BAHAN BAHAN
500 g mee kuning 
sayur sawi - dipotong2
Taugeh...(sesuka hati lah nak banyak mana ye!)
10 - 15 ekor udang (ini pun sesuka hati jugak)
beberapa biji fishball (ini pun sesuka hati nak banyak mana)
3 ulas bawang putih, di tumbuk atau diblend
2 ulas bawang merah tumbuk atau diblend
1 camca besar cili kisar (zarin taruk sikit je sbb hasya tk suka pedas)
2 biji telur
2 tbsp sos tiram
1 tbsp tomato paste
4 tbsp kicap lemak manis
4 tbsp air (banyak mana yang suka, if nak kering taruk sikit, if nak basah, taruk lebih sikit ye!)
minyak untuk menumis


CARA CARA


1.Cuci mee. Tos dan sejatkan.
2.Cuci taugeh dan daun sawi .toskan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan sos tiram, tomato paste, 2 sudu kicap dan kacau rata
6. masukkan udang dan fishball. masukkan air biar hingga mendidih
7. Bila mendidih, masukkan sayur, biar sayur agak layu.
8.kemudian masukkan mee tadi dan gaul rata serta masukkan baki kicap tadi
9. kemudian, buatkan lubang ditengah tengah dan masukkan telur..biar sekejap dan gaulkan telur tadi dengan mee dan sayur, kacau rata dan tutup api dapur
10. boleh di hias dengan daun bawang, cili merah, bawang goreng dan limau kasturi

 

as for mine, tak sempat nak hias pun sebab seperti biasa tiap kali habis masak dinner, fotographer ni terpaksa berlumba dengan customer yang nak makan ye!:-) and owh, i takde lah masak sebungkus mee tu ye! i masak half of it je:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails