dedulu i tak suka and tak reti makan mee kari…my other half pulak memang tak makan sangat mee berkuah ni
tapikan i dah tersuka makan mee kari masa i try kawan i punya mee kari yang kitorang makan kat little penang restaurant
hmmm since that day i suka lah makan mee kari kat little penang tu.,.hehe makan mee kari kat little penang je and pastu i mula lah try try buat my own version on mee kari :)
kenapa i suka makan mee kari kat little penang je sebab kan kat situ i makan mee kari dengan sambal nih :)
kat kedai lain i tak jumpa sambal macam ni so that’s why i tak suka makan mee kari kat kedai lain…kalau makan pun kena share with my other half..owh my other half pun dah tersuka mee kari yang i masak ni..so dia pun boleh lah layan my mee kari hikhik suka hati i :)
okay ni resepi kuah mee kari
BAHAN KUAH
beberapa ketul ayam di potong kecil
10 - 15 ekor udang, dibersihkanfish ball
fish cake
1 kotak santan di campur air sebanyak 1-2 cawan (ikut suka nak pekat mana ye!)
1 paket kecil rempah kari daging/ayam baba’s di campur sedikit air
BAHAN A3 biji bawang merah, diblend
2 ulas bawang putih, diblend
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih5 biji cili kering di blend bersama bawang putih n bawang merah…kalau nak lagi edas, tambahlah lagi cili ye!)
2 biji buah keras di tumbuk halus
BAHAN LAIN
1 kg mee kuning, cuci, dan celur sekejap, toskan
Taugeh, dicelur sekejap
sawi di celur sekejap
taupok
Bawang goreng
Belahan limau kasturi
CARA CARA
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan A sehingga harum
- then masukkan bahan2 rempah kari dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan.
- Masukkan ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap.
- then masukkan udang dan kemudian masukkan santan biar hampir mendidih
- then masukkan fish cake dan fish ball
- Bila mendidih, masukkan garam dan rasa lah sedap ke tidak..then boleh matikan api
Bila nak makan nanti
tuangkan kuah ke atas mee yang telah di hias dengan taugeh, sawi, taupok dan bawang goreng. boleh perah limau kasturi kalau nak laagi sedap ye!
untuk sambal tu pula
bahan bahannya ialah bawang merah, bawang putih dan cili kering yang telah di blend (suka hati lah nak banyak mana tapi make sure bawang merah banyak ye!)
tumiskan bahan ini di atas api kecil sehingga garing (make sure minyak agak banyak ye..biar nampak cili ni macam berenang je)
then masukkan garam dan gula…biar gula banyak sikit sebab nak suh rasa manis sikit
then baru masukkan bawang goreng
masak lagi sampai betul betul garing
bila dah tutup api tu, boleh lah buang segala minyak yang berlebihan tu ye!
tekak i suka lah makan mee kari dengan sambal ni :)
mengancam betul tengok mee kari zarin buat..ditambah plak di bulan puasa nih :-)
ReplyDeletezarin..mee kari ada lebih kurang cam laksa isn't it? nanti ai nak try utk makan sensorang..
ReplyDeletepeberet mas ni mee kari, sedapnya....makan ngan sambal lagi sedap...yummy..
ReplyDeletechik na
ReplyDeletebetul tu, bulan puasa ni tengok apa saja mesti terliur
yat
i think sama kot...
mas
haaa best kan makan mee kari ngan sambal :)
hi zarin... kat umah kami pun selalu masak mee kari... Mak Rin ajar suh letak ikan bilis tumbuk sikit masa reneh kuah... mmg sedap... kot2 la nk try...hehe
ReplyDeletehi hezrin
ReplyDeletethanks for the tips..nanti i cuba :)