Tuesday, August 3, 2010

tenggiri bersambal istimewa

 

 

sebenarnya tak tau nak masak apa hari sabtu itu hari

jenuh dok surve tengok resepi apa yang sesuai dengan apa yang ada kat rumah

mulanya nak masak kari ikan tenggiri tapi serbuk kari pun tarak kat rumah ni :D

then ternampak tenggiri sambal istimewa kat rumah chik mi

cili hijau takde tapi boleh je guna cili merah je kan…sos ikan pun takde tapi i memang tak pernah beli pun sos ikan, so boleh je lah kalau tak masukkan sos ikan ni

serai hmmmm nasib baik pokok serai kat belakang rumah tu masih hidup lagi :)

and daun limau purut pulak laaagi skali bernasib baik sebab pokok limau purut yang baru di tanam beberapa minggu lepas dah keluarkan pucuk baru…so untuk lunch itu hari, jadilah tenggiri sambal istmewa ye! 

002

 

ini resepinya….chik mi, izinkan saya copy and paste kat sini ye!

IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz
3 ekor ikan
garam
serbuk kunyit
utk sambal:
4 bj cili hijau  ( i tk letak cili hijau sebab tkde)
1 bj cili merah (i taruk 5 biji cili merah)
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut~chik mi letak  daun ketumbar and i letak daun limau purut :-)
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih 

tambahan oleh k.nor:
2 sudu besar sos ikan  ( i tk letak pun)
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis ~Chik mi guna lemon, i guna limau nipis

cara cara
1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun limau purut dan garam.  - i terlebih rajin sebab i pi tumbuk ye!
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails