Wednesday, August 25, 2010

Puding sagu gula melaka dan Buah melaka

 

bulan puasa je nama nama melaka ni mesti menjadi sebutan kan! kihkih sebutan pada i lah tuuuu…sebabnya i sangat sukak akan kedua dua jenis kuih ni

tapi suka suka jugak, nak membuatnya amat tiada kerajinan sebab yang satu tu malas nak steamkan muka and yang lagi satu tu pulak malas nak menggentel :)

tapi sebab dah suka maka i buat jugak lah bila ramadhan ni…dah tekak nak makan..kena lah layan kan…

ini resepi puding sagu gula melaka

bahan bahan

sagu mata ikan
gula melaka - di cairkan dengan air panas
satu tin susu cair

cara cara
rendamkan sagu di dalam air selama 30 minit (zarin suka rendam sebab taknak masak lama sangat kat atas dapur tu )
masukkan sagu ke dalam periuk berisi air
masak sagu sehingga kembang dan likat
ketepikan dan sejukkan
(zarin masukkan sagu yang masih panas tadi ke dalam bekas kecil kecil dan kemudian baru di sejukkan)
bila hendak di makan, campurkan gula melaka dan susu cair tersebut ke dalam bekas yang berisi sagu tadi...dah siap
sedap di makan pada bila bila masa sahaja..itu bagi zarin lah yer!

..i pun dah taruk resepinya kat sini

020

and ini resepi kuih buah melaka

002

 

 

rasanya semua dah tahu buat kuih buah melaka ni kan!

i main buat je..main ingat ingat lupa je sebab masa kecik kecik dulu slalu tolong mak gentel kuih ni..so resepi pun tak ikut sukatan yang betul..main agak agak je

Bahan-Bahan:

1-2 cawan tepung pulut

sedikit jus pandan tapi i pakai pewarna hijau je

sedikit gula melaka  di potong kecil kecil

1/2 biji kelapa muda parut (ambil bahagian putih sahaja) tapikan geram betul kat ahmad penjual kelapa tu..dia bagi gak yang hitam tu

 

Cara Cara:

1. Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit hingga adunan boleh tidak melekat di tangan dan senang digentel.

2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.

3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.

4. Panaskan air hingga mendidih.

5. Masukkan bola OO tadi.

6. Bila bola OO dah timbul tu bolehlah  diangkat dan toskan dalam tapisan.

7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.

8. Hidangkan.

2 comments:

  1. my peberet tu sagu gula melaka tu...sedapnya....buah melaka pun mas suka...

    ReplyDelete
  2. mas
    haa memang sedap buah melaka tp zarin ni liat sikit nk membuatnya :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails