buat apam ni sebab hasya suka makan apam and tambah lagi bila ternampak kat rumah yat itu hari…terus menggeletes nak suh mommy dia buat jugak
i buat separuh adunan je…dapatla beberapa biji apam cawan ni… itu pun tak habis we all bertiga nak makan so i sedekahkan sikit kat neber belakang rumah :-)
hasya suka apam ni tapikan dia pesan next time buat tak payah taruk green color. enough with pink and white je …..sebabnya hasya slalu makan apam color pink and white tu je :D
i suka texture apam ni….lembut and sedap gitu :) nak tahu sedap ke tidak…sila lah cuba ye! senang je rupanya nak buat apam ni ye! campak je everything in the mixer and then pastu kukus je….hmmm then dah sedia untuk di makan :D
ini resepinya…i cnp from yat ye!
APAM MARMAR
Ingredients:
250gm tepung naik sendiri
200ml santan
160gm gula halus (Original was 200gm)
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
1 sudu makan ovallete
Secubit garam
Pewarna makanan, ikut kegemaran masing-masing
Kaedah:
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan kecuali pewarna.
2. Pukul dengan speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga aduan kembang dan pekat.
3. Bahagi adunan kpd 3 bahagian, satu kekal warna asal dan warnakan dua bahagian yg lain.
4. Dalam acuan yg telah dilengser dgn mentega, bubuh warna secara berselang seli seperti dalam gambar. Diikuti dengan bahagian tanpa warna pada bhg atasnya.
5. Gunakan spatula utk membuat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus selama 45 minit. Jangan lupa utk membalut penutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.
comel apam ni... i penggemar apam gak.. kalau kacau pakai whisk je boleh tak? i takde mixer..
ReplyDelete:(
salam pkenalan...sedapnya apam tu..gebu sy tgk..nice colour...
ReplyDeletelady
ReplyDeleteboleh je whisk pakai tangan tp make sure lama sikit la
latina
salam kenal kembali...memang sedap...cuba lah
i kena try ni lah zarin...sungguh2 cute.
ReplyDeletecikayu
ReplyDeletetry jgn tk try...sedap youuuu