Wednesday, December 15, 2010

breakfast dengan bihun goreng kunyit

 

 2010-12-15

best jugak sesekali makan bihun goreng untuk breakfast ye!bukan apa, dari breakfast boleh jugak di bawak sampai ke lunch ye! ini memang sah sah kes orang tak rajin ke dapur nih ahaks ;-P

tapikan i ni memang sungguh tak rajin nak prepare heavy breakfast ni. that’s why lah bila dah goreng bihun ni i bawak aje lah sampai lunch..senang citer…petang nanti baru i masak for dinner pulak….hmmm talking about dinner, apa ye nak makan malam nanti ye!

eh, dah melalut sampai dinner pulak, tadi pagi i cuba buat bihun goreng kunyit macam madiha masak tu…sedap and anak i suka sebab tak pedas although memula masa dia nampak kaler kuning tu dia terus cakap “i don’t like” then bila i dah suapkan ke mulut dia, terus dia mintak lagi…meaning sedap lah tu kan!

anyway, resepi ni i copy je from madiha and to madiha, thanks a lot for sharing this wonderful recipe. anak saya suka, saya laaagi lah suka untuk memasaknya ;-)

 

 2010-12-151

bihun goreng kunyit

source: dari dapur madiha

 

Bahan2

1 bungkus bihun (400 gm) ~ direndam hingga lembut/semalaman ~ toskan

1 keping dada ayam ~ dipotong kiub kecil (i guna daging)

2 bungkus fish ball / 4 keping fishcake ~ dihiris tebal

2 biji telur

¼ biji kobis ~ dihiris halus (i guna kobis n carrot)

1 ketul brokoli ~ potong floret (tak masuk pun)

2 ~ 3 biji cili hijau ~ dihiris (optional)

6 ulas bawang merah ~ hiris nipis

3 ulas bawang putih ~ hiris nipis/cincang

1 kiub ayam/ikan bilis (i guna kiub ayam)

1 s/k serbuk kunyit

1 s/k lada sulah

1 ½ ~ 1 ¾ s/k garam (ikut keperluan masing2 ~ jika anda guna sayur sedikit.. garam perlu dikurangkan)

½ s/k serbuk perasa (tk taruk pun)

2 cawan air

½ cawan minyak masak

Cara2 Memasak

1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bawang putih & bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna. Masukkan fishball/fishcake. Kacau2 lagi hingga ayam masak.

2. Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak. Kacau2 sikit telur biar jadi agak hancur (scramble) & berketul2. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.

3. Masukkan semua sayuran & air biarkan sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak. (sambil dikacau boleh potong bihun yg panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau. PERINGATAN : Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.)

 

2010-12-152

sebab bihun ni tak pedas, maka cili kicap itu amat perlu untuk si ibu dan si ayah ;-)

17 comments:

  1. Terliurnyer...lebih kurang macam buat bihun singapore kan...cuma letak kunyit... :-)

    ReplyDelete
  2. eynda
    betul tu...nanti cuba la..sedap

    ReplyDelete
  3. zariiin,.aduuuh,tengok kicap tu yang tak tahan tau..
    mlm ni rendam bihun lah nampaknya..

    ReplyDelete
  4. wah, sronok..I pun baru makan bee hoon goreng singapore lunch tadi..hahaha eh, ahad ni i ade wedding area ur house..jalan suakasih 1/1A la tp..hehehe

    ReplyDelete
  5. ala.. kenapa tak tayang smlm.. baru je goreng bihun singapore smlm.. hehe.. saja ngada2 :p

    ReplyDelete
  6. zarin,

    selalunya kalau i masak meehoon, it would be meehoon singapore or meehoon goreng biasa. tengok meehoon goreng kunyit ni teringat masa kecik2 dulu, ada this one makcik yg bukak kedai near my house, jual nasi goreng kunyit. sedap!! sampai sekarang i teringat2 :D

    ReplyDelete
  7. Zarin,

    Ni kira tahap rajin ler sanggup masak bihun goreng for breakfast...hehehez. I tak kuasa lah nak ke dapur for breakfast or lunch cuma masak utk dinner ajer....kekekez itu baru namanya malas ;)

    ReplyDelete
  8. kak anim
    hahaha makan bihun dgn sambal kicap memang best kan!


    qiela
    dah lama i tk makan bihun goreng singapore...nk kena buat jugak lah nanti
    eh, nanti singgahla umah..ehehe kalau i ada ye!


    june
    patutnya nak buat semalam tp malas pulak nk masak semalam, tu yg masak pg td


    shidah
    i ni pun first time cuba goreng kunyit ni



    anie
    eh, i pun mcm u...i only cook for dinner...lain lain waktu tu makan je apa yg ada :D

    ReplyDelete
  9. mcm mane nk tau u ade or x?LOL *blushing..hahahahaa

    ReplyDelete
  10. qielah
    hihi ntah la kan :D
    call lah, kalau ada, ada la...sebabnya weekend je slalu tkde kat rumah ;-)

    ReplyDelete
  11. i tak pernah try bihun kunyit lagi, tapi i rasa mesti i suka bihun ni sebab i suka anything yang letak kunyit, heheh.. masak megi pun i letak kunyit :D

    ReplyDelete
  12. zarin.

    Selain dari kweytiau, i juga suka bihun.. rasa kalau makan bihun kurus ni, 3 pinggan pon boleh jalan.. tambah lagi ada cili kicap.

    ReplyDelete
  13. lady
    owh, tak sangka pulak u suka anything yg berkunyit ;-)
    cuba lah..mana tahu kot2 u suka


    hann
    i pun sama macam u hikhik

    ReplyDelete
  14. terima kasih sudi mencuba resepi ringkas tu.. memang sesuai untuk anak2 sebab tak pedas.. kalau nak pedas pun boleh gak.. masukkan je cili padi yg diketuk/dihiris2 halus... akak suka masak gini pagi2 sebab semua bahan semua main hiris2 je... yg penting anak2 memang suka.. thanks ye sudi try..

    ReplyDelete
  15. kak madiha
    memang betul tu kak, senang sgt memasaknya n yg penting tk pedas ;-)
    thanx again for sharing ye kak!

    ReplyDelete
  16. heni
    hihi i had it for breakfast then lunch also :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails