Tuesday, August 24, 2010

nasi arab last minute siap :P

 

tak tau nak makan apa untuk iftar semalam. dalam otak tu dok terbayang shabsuka and nasi arab tapi by 5.30 pm tu masih undecided lagi

then bila tengok apa ada dalam fridge plus dengan kemalasan nak keluar beli barang yg tak cukup, i hentam je buat nasi arab sebab asyik terbayang je nasi arab kat blog kak ain…sedap sangat nasi arab ni and next time kena buat lagi sebab semalam i buat tk guna beras basmathi sebab beras basmathi dah habis daaaa…

021

i makan dengan leftover kari daging yang i masak a few days ago..sib baik ada lagi dalam freezer tu…huh, sebab tu la laju je nak try nasi arab ni :)

011

and my other half pulak suh jugak i cuba cuba jaya je camner nak buat yogurt and tomato yang we all slalu makan kat kedai arab tu…yogurt takde so, i blend je tomato and cili api sikit..just add garam sikit..eh eh tak sangka plak sedap gak di makan ngan nasi arab ni :)

019

okay ini resepinya..i kopipes dari kak ain ye!

Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 6 ketul ayam
  • 4 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kiub aya m
  • 1/2 sdk jintan manis
  • 1/2 sdb lada hitam
  • 1/2 sdk jintan putih
  • 3 cwn beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 sdb minyak sapi
  • 1/2 biji bwg besar - di maya ng
  • 1/2 cawan sos tom ato
  • 2 sdb rempah ku rma
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hit am, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit . Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn se di kit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan de ngan acar timun

2 comments:

  1. i suka nasi arab sangat2 sebab masa kat iium ini lah nasi yang i cari hari2 sanggup jalan jauh ke kuliyyah lain sedangkan i kuliyyah lain.. hihi.. lauk dia selalunya i ambik kambing dengan terung yang dia potong nipis and goreng sampai layu.. and sambal tomato yang u buat tu bebetul nampak sebijik sejibik macam yang i makan... rindunya nak makan nasi arabbbbbb huhu...

    ReplyDelete
  2. lady
    itulah tk sangka pulak tomato pakai buat suka hati i tu menjadi gak...i makan ngna tomato tu je tau..tk amik kari daging pun
    nanti lady cuba la resepi ni...senang sgt..dulu i ingat susah tp bila tengok betul2 rupanya sennag je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails